Monday, February 23, 2009

God the Mother?

Pernah dengar istilah "God the Mother"? Entah gereja sesat mana yang menggunakan istilah "God the Mother"..

Tapi itulah yang kita dengar keluar dari mulut salah seorang ahli panel di TV1 bila membahaskan "Wajarkah Agama Lain menggunakan Sebutan Allah?" Saya bukan nak berdebat di sini. Saya bukan seorang ahli untuk berdialog. Tapi budak hingusan pun tahu bahawa dalam kepercayaan Kristian tidak ada istilah "God the Mother". Saya tanya kawan dari gereja Katolik juga mengatakan tidak ada. Entah la kalau ada kumpulan Kristian yang baru muncul dengan fahaman teologi yang berbeda. Sekarang ini macam-macam ada.

Tapi beginilah, kalau pihak tertentu mahu agama mereka dihormati, bagaimana kalau belajarlah pula menghormati agama orang lain? Salah satu cara menghormati adalah dengan cara membuat homework terlebih dahulu sebelum bercakap dalam talk show seperti itu.

Ada sekurang-kurangnya dua keuntungan kalau membuat homework, 1) Agama lain akan respek kamu dan 2) Tidak akan mempermalukan diri sendiri dengan betapa dangkalnya pengetahuan yang ada....

Tuhan has no gender kata orang. Tak berjantina. Kita menggunakan panggilan 'Father' bagi Dia sebab dari Dia berasal segala sesuatu. Kalau guna istilah 'Mother' itu membuatkan Tuhan Pencipta (yang nama amnya bagi kami adalah 'Allah') turun mertabat, sebab 'Mother' tu kan di kedudukan yang lebih rendah daripada 'Father'? Memang dalam kasus tertentu ada 'mother' yang kontrol tu 'father'. Tapi secara umumnya bukanlah begitu.

Syukurlah kitab kami tidak mengajar kami untuk membunuh dan menghapus orang-orang yang menghina Tuhan dan kepercayaan kami. Sebaliknya kami diingatkan untuk "mengasihi dan berdoa untuk yang menganiaya kami".. dengan kata lain "give the other cheek". Tapi kalau kami tersalah cakap ja... adalah yang mati di sana sini. Macam tidak lama dulu, satu orang lukis katun, huru-hara satu Eropah. Atau lebih tepat satu dunia? Tapi bila Tuhan kami dihina melalui Da Vinci Code... kami tetap minum teh tarik makan roti canai goyang kami seperti biasa. Kenapa? Kerana Tuhan kami dah biasa kena buat macam tu... Dia pernah ditampar, dipukul, dilukakan, diludahi mukaNya...... pokoknya Dia sangat menderita. Kemudian Dia di salib dan di sana Dia mati. Tetapi kematian dan kuburan tidak dapat menahan-Nya, seban selepas tiga hari, Dia telah bangkit daripada kematian dan pada hari ini Dia hidup!! Musuh-musuhNya menyangka dengan menyalibkan Tuhan yang mulia, mereka telah men-checkmatekan Dia. Ajaib Tuhan, tidak boleh berlaku dalam pertandingan chess/catur yang biasa... tetapi kerana Dia Tuhan, pada saat Iblis men-checkmate kan Dia di salib, pada saat yang sama Tuhan telah counter-checkmate si Iblis! Luarbiasa!

Ke sana pula saya...

So tiada 'God the Mother' dalam pengajaran kami... God's act of kindness like that of a 'mother' tu memang belambak dalam kitab .. tapi untuk mengatakan konsep Tuhan dalam Kristian itu adalah "God the Father, God the Mother, Holy Spirit" tu tidak tepat...

Yang tepat adalah The Father, The Son and the Holy Spirit. And the Father, The Son and The Holy Spirit is ONE GOD.

Salam damai..

P/s Dulu semasa masuk saja Darjah 1 kami terus kena baca Rukunegara. sewaktu-waktu kami akan laungkan itu semasa perbarisan pagi. Bapa saya merupakan Gurubesar kami. Kami juga selalu dingatkan jangan menghina kepercayaan dan agama orang lain. Ada baiknya kalau kita semua ingat-ingat pada Rukunegara...

Monday, February 09, 2009

Ya untuk Yesus , tidak untuk Alkitab (?)

Saya ada seorang sahabat baik. Dia mempunyai seorang teman lelaki. Teman lelakinya ini mengaku seorang Kristian dan mengaku percaya Yesus tetapi tidak dapat menerima Alkitab sebagai Firman Tuhan. Baginya Alkitab itu sudah tidak asli lagi. Dia berpendapt Alkitab sudah banyak mengalami perubahan dalam peredaran zaman. Perubahan yang telah berlaku disebabkan oleh banyaknya terjemahan dan tidak kurang pula terjemahan yang dibuat manusia untuk kepentingan pihak-pihak tertentu.

Memang ada pihak yang telah cuba untuk mengubah dan menambah Alkitab. Beberapa yang saya ingat sekarang adalah Kumpulan Saksi-saksi Yehovah yang mempunyai "Alkitab" sendiri. Dalam salah satu penulisan mereka yang saya pernah baca, mereka mengatakan Yesus merupakan jelmaan salah seorang malaikat! Kita tidak dapat menerima Kitab Yehovah Witnesses sebagai sahih. Satu lagi pihak yang sudah jauh terkeluar dari akidah Kristian adalah orang-orang Mormon. Mereka mendasari iman mereka pada Kitab Mormon yang dikatakan telah jatuh dari langit. Kumpulan ini juga terkenal dengan amalan poligaminya. Kedua-dua Saksi-Saksi Yehovah dan Mormon ini mengaku mereka hidup berpandukan Firman Tuhan yang sebenar dan mereka tidak akan mengenal lelah untuk "mengkristiankan" orang-orang Kristian. Sasaran mereka adalah orang-orang yang rajin ke gereja apalagi orang-orang yang berjalan dengan Alkitab di tangan. Tidak ada gunanya berdebat dengan orang-orang dari golongan ini. Mereka sudah terlatih untuk berdebat dan petik-petik ayat. Orang yang tidak rajin membaca dan menyelidiki Alkitab akan sangat mudah terpengaruh.

Tapi benarkah Alkitab yang ada pada kita sekarang sudah tidak boleh dipercayai lagi?

Saya mahu bandingkan Alkitab dengan beberapa tulisan kuno yang diterima sebagai berwibawa dan menjadi rujukan untuk mengkaji dunia di zaman silam. Saya mahu ambil dua contoh sahaja.

1. Herodotus of Halicarnassus.
484 BC–c. 425 BC. Dia dianggap sebagai "Bapa Sejarah". Dia merupakan ahli sejarah yang mengumpul bahan sejarahnya secara tersusun. Salinan awal kepada karyanya adalah dalam tahun 900 m. Jarak masa di antara penulisan dan salinan awal adalah selama 1300 tahun. Jumlah salinan yang ada sampai pada hari ini hanya 8.
2. Buku Gallic War oleh Julius Ceasar. Ditulis sekitar tahun 58-50 sm. Salinan terawal yang ditemui adalah sekitar tahun 900 m. Jarak masa di antara tahun penulisan ada selama 950 tahun. Jumlah salinan yang ada sampai pada hari ini hanya ada 9-10 salinan. Tulisan ini diterima sebagai sah dan berwibawa bila bercakap tentang sejarah yang berkaitan dengan orang Rum.

Karya Herodutus dan Julius Ceasar di terima sebagai sah dan berwibawa sampailah ke hari ini.

Bagaimana pula dengan Alkitab khususnya Perjanjian Baru?

Perjanjian Baru ditulis sekitar tahun 40-100 m. Salinan terawal dalam tahun 130 m. Salinan manuskrip Perjanjian Baru yang lengkap dalam tahun 350 m. Jarak masa adalah 300 tahun sahaja. Jumlah salinan yang ada pada kita? Ada lebih 5000 salinan dalam bahasa Yunani, 10,000 salinan dalam bahasa Latin dan 9,300 dalam bahasa-bahasa lain.

Kalau penulisan lain yang jarak masa sangat jauh dengan jumlah salinan yang sedikit di terima sebagai sah sehingga hari ini, kenapa mempertikaikan kesahihan Perjanjian Baru yang jarak masa penulisan dan salinan awal jauh lebih dekat dan jumlah salinan-salinan yang boleh dikatakan sebagai 'menggunung'?

Pertimbangkanlah!

Saya hairan kalau ada orang yang mengaku percaya kepada Yesus tetapi tidak percaya dan tidak dapat menerima Alkitab.

Bukankah Alkitab berkata "Jadi, iman timbul dari pendengaran, dan pendengaran oleh firman Kristus". (Roma 10:17)

Saya harap tulisan ini sedikit sebanyak masuk akal dan masuk hati....