Thursday, May 19, 2011

Malaysia Kita Tercinta

Malaysia kita Tercinta

Malaysia terkenal

Mesra rakyatnya

Manis senyuman

Masyarakat majmuk bertoleransi

Mana pula asal engkau ini

Macam tak ada cara lain bercakap

Marah tak usul periksa

Melalak macam apa

Menganggap diri pandai

Menganggap diri cukup perkasa
Mau apa sebenarnya engkau

Mungkinkah dibayar pihak tertentu

Mungkinkah cubaan huru harakan Malaysia tercinta

Memalukan

Memalukan diri

Memalukan bangsa

Memalukan agama

Meluat orang tengok

Macam beginikah pemimpin

Mana sudah slogan pemimpin berhemah

Mana sudah pemimpin jadi teladan

Manusia macam apa juga kau ini

Masakan tiada cara lain

Mau perang konon

Mau mati untuk apa

Mau letak mana itu otak
Mana sudah Encik Sabar pergi

Menuduh sembarangan tu bukannya elok sangat

Mengucap mengucap

Menurut kawan-kawan mengucap redakan amarah

Memang amalan sihat

Mari duduk bersama

Mari kita minum kopi

Masih banyak pilihan

Mahu apa kau

Mahu teh ais, teh special teh tarik bilang saja

Mari bertenang

Mari ber musyawarah

Mari berdamai

Mari bersahabat

Mari bersama

Mari bersatu

Membangun

Malaysia kita tercinta

0 comments: