Renungan Pagi: Segala tulisan yang diilhamkan Allah memang bermanfaat untuk mengajar, untuk menyatakan kesalahan, untuk memperbaiki kelakuan dan untuk mendidik orang dalam kebenaran. Dengan demikian tiap-tiap manusia kepunyaan Allah diperlengkapi untuk setiap perbuatan baik. Sebab segala sesuatu yang ditulis dahulu, telah ditulis untuk menjadi pelajaran bagi kita, supaya kita teguh berpegang pada pengharapan oleh ketekunan dan penghiburan dari Kitab Suci.(2 Timotius 3: 16-17; Roma 15: 4)
Baca juga 1 Korintus 10: 1-11
Saya pernah diberitahu orang hanya orang tertentu saja dapat memahami Alkitab. Saya juga pernah diberitahu membaca Alkitab akan membuat kita hilang akal dan boleh jadi gila. Pada mulanya saya terpengaruh dengan kata-kata seperti itu. Apatah lagi bila saya membuka Bible (Alkitab) dan saya dapati hanya ayat-ayat yang banyak nombor-nombor di sininya. Kesan pertama adalah Alkitab seperti buku panduan telefon dan juga macam kamus Oxford. Umur ketika itu baru sekitar 10 tahun. Tetapi cerita-cerita Alkitab yang mendiang ibu selalu bawaan sangatlah menarik.
Bila di Tingkatan 1 saya diberitahu bahawa Alkitab itu sudah diubah dan tidak betul, terutama sekali bahagian Perjanjian Baru. Ada seorang yang saya kenal baik mengoyakkan Alkitabnya, dibuangnya Perjanjian Baru dan disimpan untuk dibaca hanya Perjanjian Lama. Katanya, itulah yang asli sebab banyak persamaan dengan agama yang dia anuti sekarang.
Pernahkah kita berhadapan dengan orang seperti itu yang bilang sama kita itu Perjanjian Baru tidak betul tetapi Perjanjian Lama saja yang betul?
Kita tidak mahu berdebat. So saya ajak kita ketepikan dulu Perjanjian Baru. Kita tutup (kasi offline) dulu semua data yang kita ada berhubung Perjanjian Baru dan mula membaca Perjanjian Lama (Kejadian sehingga Maleakhi) saja. Apakah yang akan kita dapati di sana? Tinjauan Alkitab akan membawa kita kepada 3 perkara utama yang berakhir dengan pertanyaan yang semakin besar sekiranya kita hanya berhenti di Maleakhi.
Dalam Perjanjian Lama kita akan membaca tentang janji kedatangan satu Peribadi. Janji kedatangannya dapat kita susuri sejurus selepas kejatuhan Adam dan Hawa dalam Keadian 3: 15. Di mana janji ini dikembangkan kepada Abraham, Musa, Daud dan nabi-nabi. Sekiranya kita berhenti di Malekhi, kita akan tertanya-tanya 'Siapakah Peribadi ini?' dan kekal menjadi satu misteri sekiranya kita hanya berhenti di sana. Selain itu kita membaca tentang banyaknya korban binatang dan pasti tak terhitung bilangan galon darah yg tercurah utk melaksanakan korban binatang tersebut. Tapi kalau berhenti setakat Maleakhi, kita akan tertanya-tanya makna sebenar dan yang terutama semua korban binatang tersebut. Perkara lain yang kita dapati bila membaca Perjanjian Lama adalah janji akan suatu tanah air yang aman damai di mana budak dan ular akan bermain bersama-sama, sarigala dan domba akan bergumpul bersama. Bila kita berhenti setakat di maleakhi.. kita terhenti pada hasrat yang tidak terfahami dan terpenuhi..
Tetapi, apabila kita melangkah ke dalam Perjanjian Baru, tertulis indah dalam Matius 1: 1 di mana Firman Tuhan berkata, "Inilah silsilah Yesus Kristus, anak Daud, anak Abraham. .... (Matius 1: 1). Rupa-rupanya Perjanjian baru merupakan penggenapan dan penjelasan kepada apa yang dijanjikan dalam Perjanjian Lama. Di mana Alkitab adalah tentang Kristus, Allah yang menjelma menjadi manusia kerana kasihNya kepada anda dan saya. Dia membuktikan kasihNya itu dengan mati untuk kita semua sehingga barangsiapa yang percaya tidak bianasa melainkan beroleh kehidupan yang kekal... Semoga renungan singkat ini dapat menggalakkan kita untuk membuka membaca menyelidiki dan mentaati pengajaran dan perintah dalam firmanNya.
Selamat pagi, family and friends! Tuhan memberkati! :)
Friday, February 10, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)