Sunday, April 19, 2015

PUISI SI KAYU KOSONG

Buanglah laungan hentilah jeritan

Batalkan sepanduk amanlah  kampung

Mengapa ditakut kayu nan kosong

Bila menebal iman di dada?



Tiada mengancam tiada bahaya

Tanda hanya sesama seiman

Tiada wang tiada habuan

Umat sekampung bukan belian



Kayu simbol janji setia

Derita kasih kuasa terbukti

Kasih kosong jangan takuti

Insafkan hati cerahan hajati




(C) - Pena Rajawali







No comments: