Thursday, April 16, 2015

Pastor SIB Palsu

Penjelasan tentang Pendakwah yang mengaku sebagai "Bekas Pastor Yohanes"

Antara yang dia katakan ceramah  dalam dua video ceramahnya (bukan dalam urutan)

1) Dia belajar untuk jadi pstor lapan tahun.
2) Dia ketua missionaries yang pimpin orang menginjil.
3) SIB ada van penginjilan dan ada dana Rm 10k. dsb dsb
4) Dia sudah pastor dua tahun.
5) Dia cakap Namaus berpusat di Bario.
6) Dia sejak berumur tujuh tahun sudah dilatih jadi "askar Jesus".
7) Dia dihantar belajar 'freemason", "pre-mission"? (Kurang jelas sebutan)
8) Dia kata "orang Kristisn tidak boleh mempersoal tritunggal".
9) Dia kata "pembaptisan sebagai upacara penghapusan dosa".
10) Dalam video pertama dia mengaku  bekas Roman Katolik dalam video kedua dia mengaku orang SIB.


Tapi apa yang dia cakap tidak betul.

1) Dia tidak cakap di sekolah mana dia belajar. Tidak perlu belajar sampai lapan tahun utk jadi pastor. Kalau ada pastor SIB begitu saya akan tahu sebab saya pernah jadi pegawai pentadbir pusat SIB Sabah.

2) Saya kenal ketua penginjilan dan dia bukan salah seorang. Pastor baru dua tahun bertugas belum dipercayakan tugas memimpin seperti itu. Pastor lebih senior yang buat. Kalau pemimpin dalam latihan ada juga.

3) SIB tidak banyak wang. Apalagi di tahun-tahun yang dia katakan dalam testimoninya. Masa saya melayani dulu bagus la kalau ada kereta. Kami jalan kaki dan saya nyanyi "Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan" sama isteri saya. Gaji pula kurang RM 300 sebulan tapi itupun selalu tidak cukup. Inikan pula ada Van Penginjilan dan dana Rm 10,000? Orang di Pusat ada van kapcai yang asyik bertukar tangan dan ada sebuah suzuki jeep penginjilan yang juga sering bertukar tangan. Saya tidak pernah dengar nama "Pastor Yohanes" ini. Saya sudah lebih 24 tahun dalam SIB Sabah, saya tidak pernah dengar cerita ini.

4) Pastor di bawah dua tahun belum ditahbis (disahkan) sebagai pastor. Kalau benar dia dulunya dia seorang pastor, besar kemungkinan dia belum ditahbis.

5) Namaus tidak pernah berpusat di Bario. Bario itu di uluuu Sarawak punya highlands. Namaus berpusat di Kota Kinabalu. Mula di Kepayan kemudian berpindah ke Likas.

6) Gereja tidak ada melatih orang jadi "askar Jesus" sejak tujuh tahun. Semua orang percaya adalah askar Tuhan dalam ertikata musuh kita adalah Iblis bukan darah dan daging (manusia). Baca itu di Efesus 6:10-18. Dan rata-rata penganut Kristian apalagi seorang pastor dalam SIB menyebut Tuhan dengan sebutan "YESUS" bukan "JEESUS"!

7) Dihantar belajar "free mason", "pre-mission"? Free Mason adalah gerakan rahsia yang tidak ada kena mengena dengan gereja SIB Sabah. Pre-mission? Apa itu? Selama lebih 24 tahun dengan gereja SIB saya tidak tahu ada latihan pre-mission. Kita tidak guna istilah itu, sekurang-kurangnya bukan dalam gereja SIB dan si kawan ini mengaku diri sebagai seorang bekas pastor dalam gereja SIB.

8) Orang Kristian bebas mempersoalkan apa saja berhubung Tuhan, Alkitab, tritunggal dan apa juga yang berhubung keimanannya. Sebab itulah timbul ada golongan Kristian yang percaya tritunggal, ada juga yang tidak percaya kepada tritunggal. Siapa kata tidak boleh persoalkan?

9) Pembaptisan bukan upacara penghapusan dosa. Pembaptisan adalah upacara orang percaya memberi kesaksian kepada dunia bahaa dia sudah menjadi seorang yang percaya kepada kematian dan kebangkitan Kristus dari antara orang mati (Roma 6:3-4).

10) Bah korang timbanglah sendiri!



Tuhan memberkati "Pastor Yohanes"!


Salam. Ini adalah kenyataan yang benar dari saya selaku seorang pastor.

Respon dari: Pena Rajawali

Tuesday, April 14, 2015

Runtuhkan Tembok-Tembok!

Siri Bimbingan Doa - Bahagian 1 

Hai anakku, berikanlah hatimu kepadaku, biarlah matamu senang dengan jalan-jalanku. (Amsal 23:26 TB)

Renungan

Kita semua mahu diberkati oleh Tuhan. Kita mahu semua permohonan doa kita segera dijawab-Nya. Bila doa kita tidak atau masih belum dijawab Tuhan, kita merasa kurang senang sehingga tidak kurang yang meragui janji, kasih mahupun kuasa Tuhan. 

Ada juga orang yang sampai mempersalahkan orang lain dan menuduh mereka kurang membantunya dalam doa sehingga dia belum terlepas dari pergumulan hidupnya sehingga membuat kesimpulan bahawa kasih pada Tuhan yang disebut saudara-saudari seimannya hanyalah satu kepalsuan selama ini. "Mengapa Tuhan lambat jawab, mengapa saya belum dapat keluar dari semua masalah ini? Betulkah kawan-kawan seiman mengasihi dan mendoakan saya selama ini?" Sikap prasangka yang ada padanya kemudian membuatkan dia merasa dingin terhadap Tuhan, gereja dan persekutuan. "Buat apa ke gereja? Buat apa adakan persekutuan dengan kawan-kawan? Saaama saja.. bukan ada perubahan juga?"

Barangkali penyebab utama doa kita terhampat terletak bukan di tempat lain atau disebabkan oleh orang lain. Penyebab utama adalah pada sikap kita di hadapan Tuhan. Sikap kita yang salah mempengaruhi cara kita melayani Tuhan. Kita anggap Tuhan itu hamba kita. Kita perlakukan Dia semacam kuli atau abdi kita. Kita layan Dia tidak lebih daripada orang suruhan kita. Sikap kita sebegitu menampakkan yang sebenarnya diri kitalah yang memerintah dan berkuasa dalam hidup kita dan bukannya Dia. 

Kita perlu tahu dan ingat bahawa sebelum Tuhan mengajar kita untuk meminta, mencari dan mengetok (Matius 7:7), Dia terlebih dahulu mengajar kita tentang sikap yang tepat di hadapan Bapa syurgawi yang harus sentiasa ada pada kita. Sikap itu terdapat dalam Matius 6:9 dan 6: 33. Maksud ayat dalam 6:9 dan 6:33 adalah sikap berserah kepada Tuhan, merendahkan diri di hadapan-Nya serta mencari dahulu kerajaan-Nya perlu menjadi sikap utama dalam kita sebelum meminta apa-apapun daripada-Nya. 

Petikan dari kitab Amsal di atas menunjukkan pada kita bahawa Tuhan terlebih dahulu meminta sesuatu daripada kita. Apakah yang diminta-Nya? Dia meminta hati kita dengan sepenuhnya dan meminta agar menyenangi jalan-jalan (firman)-Nya. Bagaimana, adakah hati kita sudah benar-benar terserah kepada Tuhan seperti yang diminta-Nya?

Jadi doa kita terhalang oleh sikap kita yang tidak merendahkan hati dan diri di hadapan Tuhan. Kita mahu Tuhan bertindak mengikut syarat dan persyaratan kita, tetapi persyaratan Tuhan kita tidak hiraukan. Tuhan berkata, "Mengapa kamu berseru kepada-Ku: Tuhan, Tuhan, padahal kamu tidak melakukan apa yang Aku katakan?" (Lukas 6:46)

Satu lagi penghalang dalam hal berdoa adalah sikap yang tidak mengampuni orang. Kepahitan dalam hati merupakan kekejian di mata Tuhan yang adalah kasih. Bukankah Dia mengajar kita untuk saling mengasihi dan mengampuni sesama kita? Adalah susah derita dan sengsara kita melebihi sengsara Kristus di kayu salib? Kalau tidak,mengapa terlalu sulit bagi kita untuk melepaskan doa pengampunan meneladani Kristus sewaktu sengsara di salib berkata, "Bapa ampunilah mereka sebab mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan?"

Mari memeriksa diri kita pada hari ini di hadapan Tuhan. Adakah kita melayan Tuhan dalam hidup kita tidak ubah Dia diperlakukan sebagai abdi kita? Atau adakah kepahitan yang tersimpan bahkan sudah sampai berakar di dalam hati kita? Kita perlu sedar kalau benar kita sudah mengalami kasih dan pengampunan Tuhan secara peribadi maka kita juga ada kesanggupan untuk mengampuni orang yang bersalah terhadap kita. 

Dua sikap yang salah ini iaitu sikap memandang rendah pada Tuhan dan sikap tidak mengampuni merupakan dua tembok penghalang utama kita tidak mendapat jawaban doa kerana sikap-sikap ini menghasilkan doa yang salah di hadapan Tuhan (Yakobus 4:1-3)

Kita perlu runtuhkan tembok-tembok penghalang ini dan jauhkan dari hidup kita. Runtuh sikap merendahkan Tuhan dengan jalan pertaubatan, meminta ampun dan kembali mengatur hidup kita di hadapan Dia. Bila ini berlaku maka kita mulakan hari-hari kita dengan sikap berserah penuh kepada-Nya berpandukan doa "Bapa Kami" yang didoakan berserta penghayatan dan kesungguhan. Doa "Bapa Kami" sangat penting sebab di dalamnya tersirat aspek penyerahan dan pengampunan di hadapan Tuhan. Hanya dengan amalan ini, bila dilakukan dengan penuh kesungguhan maka tembok-tembok penghalang doa dapat diruntuhkan dan teruslah bersabar menantikan pertolongan dari Tuhan yang tidak pernah terlalu awal dan juga tidak terlewat. Sesungguh Dia adalah Tuhan, Dia yang meletakkan matahari, bintang dan bulan ditempat mereka serta mengusur jadual perjalanan cakrawala dan alam semesta, kita juga tidak terlepas dari perhatian-Nya. Hanya pastikan tembok-tembok penghalang doa sudah diruntuhkan. 

Ini satu nasihat yang panjang. Nasihat panjang serupa ini perlu untuk membawa kita keluar dari sikap yang salah di hadapan Tuhan. Bila pembaca mengerti penulisan ini, janganlah hanya menulis "amen" tetapi tulislah sesuatu yang dapat menambah baik pengertian kita berhubung tajuk yang dibincangkan. Atau ada yang mahu memberi kesaksian peribadi berhubung perkara ini barangkali?

Tapi, adakah semua doa yang tidak terjawab diakibatkan oleh sikap memnting diri dan tidak mahu mengampuni? Ikuti di pos yang menyusuli...


(Bersambung..)

Selamat sejahtera famili dan friends! Tuhan Allah memberkati Malaysia, Tuhan Allah memberkati kita semua!

© Pena Rajawali

Friday, January 27, 2012

Tidak faham, telah dipalsukan atau malas?

Renungan Pagi: Dengan apakah seorang muda mmpertahankan kelakuannya bersih? Dengan menjaganya sesuai dengan firman-Mu. Firman-Mu itu pelita bagi kakiku dan terang bagi jalanku. Bila tersingkap, firman-firman-Mu memberi terang, memberi pengertian kepada orang-orang bodoh. (Mazmur 119: 9, 105,130)

Ramai orang ingin sekali membaca Alkitab tetapi mengeluh tidak memahaminya maka mereka berhenti sebelum bermula. Tetapi kenapa mesti begitu? Haruskah seorang bayi memahami proses penghadaman terlebih dahulu sebelum mula minum susu dan makan bubur?

Tidak kurang pula yang terganggu oleh pihak tertentu yang berkata Alkitab sudah dipalsukan. Betulkah? Kalau sudah dipalsukan maka itu bukan lagi Alkitab. Tapi anehnya, Alkitab yang dikatakan telah dipalsukan itu mengajar orang untuk saling mengasihi bukan membenci, mengampuni bukan mendendami, mengajar suami untuk setia sampai mati terhadap isterinya dan bukan senang-senang kasi cerai, mengajar jalan damai bukan perang, menolak rasuah, mengajar anak-anak menghormati ibubapa, mementingkan unit kekeluargaan, memperingati kudusnya pernikahan dan memberi nikmat serta kemerdekaan kepada mereka yang memanfaatkan firman Tuhan...

Tapi musuh utama kepada pembacaan firman adalah sifat malas kita. Kepada kita yang malas saya mau ajak kita melawat gerbang-gerbang yang indah. Ada 66 gerbang semuanya. Maksud saya 66 kitab dalam Alkitab dalam 66 hari. Senaraikan kitab dalam Alkitab lepas tu bacalah beberapa bab pertama (tak perlu habiskan) dalam setiap kitab sehingga selesai dilawati 66 "gerbang" itu. Tidak sampai 10 minit untuk melakukannya. Buatlah catatan ringkas di tepi senarai-semak 66 gerbang anda berhubung apa yang kita nampak, kesan di hati/minda atau apa juga pertanyaan yang timbul. Silakan.

Kita perlu ingat membaca Alkitab seperti masuk sekolah. Seorang budak Darjah 1 mustahil akan dapat menampung pembelajaran dalam peringkat yang jauh lebih tinggi... tetapi bila sudah melalui proses pembelajaran, lambat laun dia dapat faham juga tu nanti...

Apa macam? Masuk akal juga? Bah luangkan masa bersaat teduh di hadirat Tuhan dalam membaca firman dan berdoa.

Selamat pagi, famili and friends! Be richly blessed today! :)

Thursday, December 16, 2010

Bahasa Cinta

Selamat pagi. Syukur kepada Dia untuk hidup yang diperpanjangkan dan hari yang baru. Inilah hari yang telah Tuhan jadikan untuk saya dan anda. Mari kita bersukacita di dalamnya.


Pagi ini saya terjaga dari tidur dengan satu nyanyian yang dengan jelas berkumandang dalam benak hati. Sebuah lagu rohani yang saya pelajari sewaktu baru setahun Kristian lahir baru dalam tahun 1985. Lagu berjudul "Bahasa Cinta". Senikata lagu ini terambil dari Firman Tuhan yang terdapat dalam 1 Korintus 13.


Bahasa Cinta

Andaikata kulakukan

Yang luhur mulia

Jika tanpa kasih cinta

Hampa tak berguna


Ajarilah kami bahasa cintaMu

Agar kami dekat padaMu ya Tuhan

Ajarilah kami bahasa cintaMu

Agar kami dekat padaMu


Andaikata kufahami

Bahasa semua

Hanyalah bahasa cinta

Kunci tiap hati


Cinta itu lemah lembut

Sabar sederhana

Cinta itu murah hati

Rela menderita


Firman Tuhan:


1 Korintus 13: 1-13


13:1 Sekalipun aku dapat berkata-kata dengan semua bahasa manusia dan bahasa malaikat, tetapi jika aku tidak mempunyai kasih, aku sama dengan gong yang berkumandang dan canang yang gemerincing.

13:2 Sekalipun aku mempunyai karunia untuk bernubuat dan aku mengetahui segala rahasia dan memiliki seluruh pengetahuan; dan sekalipun aku memiliki iman yang sempurna untuk memindahkan gunung, tetapi jika aku tidak mempunyai kasih, aku sama sekali tidak berguna.

13:3 Dan sekalipun aku membagi-bagikan segala sesuatu yang ada padaku, bahkan menyerahkan tubuhku untuk dibakar, tetapi jika aku tidak mempunyai kasih, sedikit pun tidak ada faedahnya bagiku.

13:4 Kasih itu sabar; kasih itu murah hati; ia tidak cemburu. Ia tidak memegahkan diri dan tidak sombong.

13:5 Ia tidak melakukan yang tidak sopan dan tidak mencari keuntungan diri sendiri. Ia tidak pemarah dan tidak menyimpan kesalahan orang lain.

13:6 Ia tidak bersukacita karena ketidakadilan, tetapi karena kebenaran.

13:7 Ia menutupi segala sesuatu, percaya segala sesuatu, mengharapkan segala sesuatu, sabar menanggung segala sesuatu.

13:8 Kasih tidak berkesudahan; nubuat akan berakhir; bahasa roh akan berhenti; pengetahuan akan lenyap.

13:9 Sebab pengetahuan kita tidak lengkap dan nubuat kita tidak sempurna.

13:10 Tetapi jika yang sempurna tiba, maka yang tidak sempurna itu akan lenyap.

13:11 Ketika aku kanak-kanak, aku berkata-kata seperti kanak-kanak, aku merasa seperti kanak-kanak, aku berpikir seperti kanak-kanak. Sekarang sesudah aku menjadi dewasa, aku meninggalkan sifat kanak-kanak itu.

13:12 Karena sekarang kita melihat dalam cermin suatu gambaran yang samar-samar, tetapi nanti kita akan melihat muka dengan muka. Sekarang aku hanya mengenal dengan tidak sempurna, tetapi nanti aku akan mengenal dengan sempurna, seperti aku sendiri dikenal.

13:13 Demikianlah tinggal ketiga hal ini, yaitu iman, pengharapan dan kasih, dan yang paling besar di antaranya ialah kasih.


Be blessed!



Sunday, May 16, 2010

Tanggalkan kasut anda....

Pada hari ini saya tidak tahu apa angin saya datang ke gereja hanya memakai sandal. Biasanya saya akan berkasut kalau ke gereja. Mungkin hari ini saya ada 'rileks' sikit berbanding hari-hari Ahad yang lain di mana saya kena mengajar dalam Kelas Alkitab Dewasa @ Christianity 101.

Kebaktian pun bermula.. Saya tiba-tiba merasa tidak selesa dengan tidak berkasut seperti biasa. Saya buat keputusan mau pulang saj untuk menggantikan sandal dengan kasut. Saya bisik kepada anak buah saya "Saya mau pulang pi tukar kasut.. inda selesa la saya rasa... " Saya tau itu akan mengambil masa 35 minit untuk saya pergi dan sampai semula ke kebaktian .. Tapi masa pujian penyambahan akan sudah habis bila saya sampai balik ke ruangan kebaktian... Anak buah saya tidak bersetuju "Kenapa pula. Uncle? Ok pun tu saya tengok..." Jadi bila dia bilang begitu saya pun ubah fikiran dan kembali ikut dalam pujian penyembahan...

Tiba-tiba...

Tiba-tiba saya terasa tidak selesa dan mahu menanggalkan sandal saya itu... dan saya teringat peristiwa Tuhan menyuruh supaya kasut ditanggalkan kerana tempat yang dipijak adalah "holy ground" @ tempat yang kudus. Peristiwa ini berlaku sewaktu Tuhan bercakap dengan Musa dalam belukar berapi dan kepada Yosua sebelum Yosua masuk enakluki tanah yang telah dijanjikan Tuhan kepada umat Israel (Keluaran 3: 5; Yosua 5:15)....

Saya pun tanggalkan sandal saya dan susun baik-baik di bawah kerusi di hadapan saya...

Bagaimana harus saya tuliskan pengalaman yang saya rasa? Apa perkataan perlu saya guna supaya dapat menggambarkan suasana yang saya alami...?

Selepas saya menanggalkan kasut saya itu, tiba-tiba saya hilang dalam hadirat Tuhan dan saya tidak sedar dan tidak sedar @ 'self conscious' dengan persekitaran saya dan terus hilang dalam 'worship'... Lagu yang membuat saya 'hilang dan tenggelam dalam hadirat-Nya' adalah lagu di bawah ini:

For Who You Are

G C G C
G
Standing here in Your presence
C
thinking of the good things You have done
G
waiting here patiently
C
just to hear Your still small voice again

PreChorus:
Em Dsus C Dsus
holy, righteous, faithful to the end,
Em Dsus C D
Saviour, healer, re deemer, and friend

Chorus:
G
I will worship You for who You are
C/E
I will worship You for who You are
Dsus
I will worship You for who You are
C
Je sus (repeat)

G C/E Dsus D

Bridge:
G C/E
My soul secure, Your promise sure
Dsus C
Your love endures al ways (2x)

Puji Tuhan!

Baru-baru ini ada dua acara diadakan di SIB Likas... Konferensi Api Roh Kudus dan Living Wisdom Seminar. Dalam kedua-dua acara ini Tuhan banyak memberkati dan mengkuatkan saya...

Dalam "Living Wisdom" seminar kami diajar dan diperingatkan tentang "succesful worship service @ ibadah yang berhasil". Pengajar memberitahu 'ibadah yang berhasil' adalah ibadah di mana 'you have an encounter with God' (anda mempunyai pertemuan dengan Tuhan)..

Saya rasa 'pengalaman tanggalkan sandal' pagi ini adalah encounter saya dengan Tuhan, di mana Dia benar-benar mahu saya menyembah Dia sebagaimana saya adanya... walaupun saya tak datang sekemas hari-hari Ahad sebelumnya... Tuhan menjemput saya masuk dan berdiri di tempat kudus-Nya (His holy ground) dan menerima seadanya saya... dan saya will worship Him for He is (saya akan menyembah Dia atas Siapa Dia dalam hidup saya)

Ini pengalaman saya. Saya tidak beniat menjadikan ini satu pengajaran atau ikutan. Saya hanya mahu bersaksi bahawa menyembah Tuhan itu indah dan dalam hadiratNya ada sukacita yang berlimpah-limpah.. (Mazmur 16: 11)

Bapa, terima kasih atas hadirMu dalam Yesus dalam hidup ini.. Terima kasih sebab di dalam Engkau saya menemukan diri saya dan tujuan hidup yang Engkau sudah tentukan untuk setiap kami anak-anakMu. Tujuan hidup itu adalah untuk memuliakanMu. Terima kasih juga sebab Engkau tidak lagi emanggil kami hamba, tetapi sahabat-sahabatMu. Terima kasih sebab walaupun Engkau Allah, Raja yang kekal, Engkau juga adalah abang sulung dan sahabat saya.. Terima kasih sebab saya tahu Engkau sentiasa ada di sisi saya dan rindu untuk bergaul dengan saya..sebab itulah tujuan Tuhan menciptakan kami manusia, iaitu supaya kami semua dapat menjadi anak-anak dan sabahat-sahabatMu dalam Kristus Yesus. Amin.

I will worship you for who You are... and you know its from the bottom of my heart..

Wednesday, March 24, 2010

Rajawali terbang lagi!

Pena Rajawali masih hidup!

Saya pernah membaca tentang brung rajawali apabila sudah meningkat pada umurnya.. Burung ini akan mengundurkan diri dari "dunia kependekaran" .... Bulunya tidak secerah dulu, matanya sudah tidak sebaik dulu, kukunya juga tidak setajam dulu dan paruhnya menumpul membuatkannya sukar untuk mengoyakkan daging .. Sang helang yang suatu ketika hebat, kini kehebatannya memudar...

Tetapi cerita burung ini belum habis di sana...

Dia akan terbang ke tempat tinggi di sana dia akan memfokuskan matanya hanya ke arah matahari. Dia berhenti makan dan minum. Dia akan berdiam diri dan tidak akan terganggu dengan hujan atau salji yang menimpanya. Dia tidak terganggu dengan gangguan di sekitarnya. Ribut akan melanda namun dia tidak akan berganjak. Ini memakan masa sampai berminggu-minggu. Berhari-hari berlalu burung yang tidak lagi kelihatan menarik ini tetap berdiam di atas gunung batu yang tinggi melihat ke arah matahari. Dia masih menanti. Sang helang mengerti pepatah "no pain no gain"... sehinggalah sampai pada suatu hari... bulu-bulu baru mulai menggantikan yang lama, paruhnya menajam dan kuku-kuku baru menggantikan yang lama. Matanya kembali tajam, begitu juga dengan pendengaran telinganya. Bertebggek di puncak gunung batu adalah helang yang sudah diperbaharui, kelemahan dan semua yang lama telah digantikan dengan kekuatan dan semua yang baru. Dia terus bertenggek atas puncak gunung batu, diselaraskan telinganya kepada arah dan kelajuan angin... apabila mata amgin itu tiba sang helang akan memberikan jeritan nyaring dan meloncat ke udara! Satu loncatan kemenangan!

Burung rajawali ditentukan untuk mencapai potensi sepenuh pada masa menghadapi banyak cabaran hidup. Kekuatannya ketara ketika melalui banyak sengsara. Keteguhannya hanya menyerlah di tengah badai, kuasa dan kekuatannya hanya nampak bila berhadapan dengan musuh.

Ramai orang percaya seperti burung yang tidak boleh terbang. Kita terikat pada tarikan bumi. Kita kehilangan visi dan tahap-tahap rohani yang perlu digapai, hidup kita ditenggelami ribut.

Tapi marilah kita belajar menanti-nantikan Tuhan. Mari kita lebarkan sayap iman kita untuk naik tinggi di atas badai. Marilah jatuh cinta lagi dengan Yesus kekasih jiwa kita. Biarlah Tuhan menjamah hati kita dan memperbaharui kita sama seperti pada burung rajawali...

Burung rajawali kembali terbang dan terbang melayang jauh di atas... penuh dengan kemegahan dan kemuliaan Tuhan!

Sunday, September 13, 2009

Mengapa Berdoa?

Mazmur 34: 9

Kecaplah dan lihatlah, betapa baiknya TUHAN itu!
Berbahagialah orang yang berlindung pada-Nya!

MENGAPAKAH KITA BERDOA?

Kita berdoa sebab Tuhan Yesus telah menyuruh kita untuk berdoa (Lukas 18: 1; Matius 26:41).

Dengan berdoa kita meletakkan 'sifat kedagingan kita/kecenderungan berbuat dosa' di bawah penguasaan Roh Kudus.

Kita berdoa kerana melaluinya kita dapat bercakap-cakap dengan Tuhan dan mencurahkan isi hati kita kepada-Nya (Mazmur 62:9; Mazmur 16:11).

Kita dapat hikangkan tekanan/stress dan bebanan..

Kita berdoa sebab dengannya kita dapat berserah 100% kepada kehendak Tuhan (Matius 6:10; Matius 26: 39, 42)

Berdoa bukan memaksa atau mengancam Tuhan untuk melaksanakan kehendak kita. Berdoa adalah meletak diri kita di dalam kehendak-Nya. Janganlah sampai mengancam Tuhan anda akan berkahwin dengan pasangan dari agama lain semata-mata kerana keinginan anda untuk dijodohkan dengan si-dia tidak dikabulkan-Nya. Tuhan tahu apa yang Dia perbuat. Percaya saja. masih ramai lagi orang boleh menjadi jodoh...

Kita berdoa sebab dengan tindakan itu kita menyelaraskan sudut pandangan kita dengan sudut pandangan Tuhan (Mazmur 73: 17, Matius 26:41)

Dalam pandangannya sendiri pemazmur hampir berputus asa dan menganggap mengikut dan melayani Tuhan sebagai suatu yang dia-sia. Tetapi apabila dia "masuk ke dalam tempat kudus" (berdoa) dia mendapat sudut pandangan Allah, iaitu sudut pandangan kekekalan. Oleh sebab itu dia kembali dikuatkan. Kalau melihat keadaan dunia sekarang dari sudut pandangan manusia yang terbatas kita boleh jadi gila dibuatnya... Tetapi bila kita berdoa kita dapat melihat kesudah orang-orang yang tidak mengenal Tuhan..

Kita berdoa sebab dengan berdoa kita mendapat apa yang kita perlukan iaitu jawaban, pimpinan dan pertolongan (Matius 7:7; Yeremia 33:3; Ibrani 4:14-16)

Tuhan akan memberi jalan keluar daripada kebuntuan yang dihadapi. Contoh, bila berhadapan dengan bakal bapa mertua di Miri suatu ketika dulu. Rancangan bersiri "Little House On The Prairie" sangat membantu.

Kita berdoa sebab dengan berdoa kita dapat hidup bergaul dengan Allah (1 Korintus 14:18-19)

Paulus berdoa dalam bahasa Roh sewaktu dia bersendirian dan itu satu cara untuk bergaul dengan Tuhan. Ingat Henokh (Kejadian 5:24). alkitab berkata bukan semua mendapat bahasa Roh tetapi semua orang boleh berdoa. berdoalah di mana saja dan bila saja. Doa tidak terbatas dalam jam berdoa yang ditentukan gereja sekali seminggu selama sejam setengah!

Kita berdoa sebab dengan berdoa kita dapat mengerti Firman Tuhan dan panggilan Tuhan (Mazmur 119: 18; Efesus 1: 16-20)

Saya ambil doa Efesus 1: 16-20 dan jadikan doa peribadi . Saya mendoakan doa ini apabila saya berhadapan dengan kemusykilan mengerti Firman Tuhan. Itu saya lakukan dalam tahun 1983 setahun sebelum menerima Tuhan secara peribadi dalam bilik.

Kita berdoa sebab dengan berdoa kita mendapat kekuatan dan keberanian baru dalam kuasa Roh Kudus (Yesaya 40:31; Kisah 4:23-31;Lukas 11: 13)

Tuhan tidak pernah gagal memberi penyegaran dan kekuatan baru setiap kali kita datang kepada-Nya.

Kita berdoa sebab doa merupakan nafas rohani dan kunci untuk mengalami kasih dan kuasa mukjizat Allah (1 Yohanes 1: 9; Lukas 11: 13; Yohanes 7: 38)

Menghembus nafas secara rohani adalah mengakui dosa (1 Yohanes 1: 9), dan menarik nafas secara rohani adalah meminta kepenuhan, penyucian dan kekuatan Roh Kudus (Lukas 11: 13).

Sewaktu susah doa akan membawa pengalaman kuasa mukjizat. Dia akan beri jalan keluar dalam keadaan yang buntu. Contoh sewaktu membuat video editting masalah BLACKOUT PROTECTOR di atasi hanya dengan mendengar danmentaati suara Tuhan yang didengar ketika berdoa.

Kita berdoa sebab Yesus sendiri pun berdoa (Markus 1: 35).

Kalau Yesus pentingkan doa, kenapa pula kita tidak? Pagi-pagi benar Yesus pergi ke tempat sunyi untuk berdoa. Tetapi kita pagi-pagi benar sudah di depan... Facebook? Oopps! Tapi di sana ada juga applikasi selipan Alkitab yang boleh dijadikan renungan...

Bagaimana dengan kita?

Ada orang-orang yang berkata "Buat apa berdoa? Bukankah Tuhan sudah tahu sebelum kita ucap apa-apa? Baca tu sama dalam Mazmur 139!" atau "Betulkah ada Tuhan yang mendengar doa kita ni? Mana Tuhan? Saya tak nampak pun?". Orang yang berpandangan seperti itu belum mengenal Tuhan dan tidak mempunyai hubungan dengan Tuhan secara peribadi.

Tuhan Allah memang maha tahu (Mazmur 139). Tetapi Dia mahu kita datang dan bercakap-cakap dengan Dia sebab Dia telah menciptakan kita untuk tujuan bersekutu@ fellowship!

Sebagai bapa, ada empat kata-kata yang saya sedap dengar diucap oleh anak-anak kepada saya:

  1. Thank you.
  2. Sorry.
  3. Bapa hebat. Bapa pandai yang begini yang begitu...atau bagus oo yang bapa buat tadi...
  4. Bapa, ada saya mahu cakap/tanya sesuatu....

Saya suka dengar yang begitu! Apalagi Bapa yang di syurga apabila kita datang untuk bercakap-cakap dan bersekutu dengan Dia! Fellowship, bersekutu, bergaul!

Kesaksian

Saya mula berdoa sejak berumur 6 tahun setelah diajar ibu saya. Doa pertama yang saya ingat adalah doa ingin mengenal Tuhan dengan lebih dekat. Kemudian saya bersungguh-sungguh mencari jalan Tuhan di antara jalan Kristus dengan Muhammad sewaktu Tingkatan 1. Dalam tahun 1984 Kristus menyelematkan saya apabila saya menerima Dia menjadi Tuhan dan Penyelamat saya secara peribadi. Kesaksian ini ada dalam posting dalam blog ini yang terdahulu. Sekiranya ada di antara pembaca yang sedang berada di persimpangan iman seperti yang pernah saya alami dahulu, maka pilihlah Kristus dan Dia tidak akan pernah mengecewakan anda!

Mazmur 34: 9

Kecaplah dan lihatlah, betapa baiknya TUHAN itu! Berbahagialah orang yang berlindung pada-Nya!

Ya kecaplah sendiri!!