Saturday, November 01, 2008

Peta perkembangan Agama Semenjak 3000 SM ke 2000M

Saya terjumpa satu peta perkembangan agama yang saya dapati sangat menarik... Ini bagus untuk dikongsikan bersama. Klik sini untuk situs asal.


Wednesday, May 21, 2008

Hampir tertipu atau tidak sensitif?

Saya masih di Kuala Lumpur. Tinggal dengan seorang kawan di sebuah hotel sederhana dekat Subang.

Saya mahu cerita apa yang baru taaadi saya alami. Kamu tentukan samada saya telah berbuat sesuatu yang betul ataupun tidak. Silakan memberi komen anda di bahagian komen di bawah sana tu..

Begini, petang tadi lebihkurang jam 6.30 petang saya bermesyuarat dengan beberapa orang kawan orang putih. Adalah bah yang kami bincangkan itu. Mesyuarat siap macam jam 9 begitu. Selepas itu saya pun pi Carrfour mau pi beli sesuatu... Saya sedang bergegas mau pi satu meeting lagi pada jam 10 pm.

Sewaktu di hujung jambatan dekat carrfour itu saya ternampak seorang lelaki separuh umur berserban berjanggut panjang berjacket putih berjalan perlahan-lahan hampir rebah. Lelaki itu sedang sikut beg pakain di bahunya dan tangan kiri seperti sedang meraba-raba bahagian dadanya...

Dia betul-betul di depan mata saya. Saya tidak boleh terus limpas dan pura-pura tidak nampak. Dia nampak sakit dan perlu diberi perhatian. Saya selalu bila saja nampak orang susah depan mata saya yang begitu-begitu saya akan teringat Matius 25 iaitu perumpamaan tentang domba dan kambing itu. Dalam hati saya berkata "Mana tau ini Dia yang sedang menyamar?" Tapi saya sedar ada juga yang suka ambil ksempatan terhadap kebaikan hati orang lain... Setuju? Saya pernah ditipu beberapa kali...

Kalau kau la kan? Apala yang kau akan buat? Limpas saja? Kejamnya.... Pura-pura tidak nampak? Jangan begitu..nanti Tuhan kasi buta betul2 apa macam? Apakah yang akan anda lakukan kalau ko?

Saya mendekati lelaki itu dan menyapa "Pak Cik, Pak Cik ok?" Saya mesti mengaku, bila panggil orang lain "pakcik" ni kan buat saya terasa macam 25 lah pula...Hehehehe. Kalau mau rasa muda, mula-mulalah hormat warga tua ni... atau yg lebih tua... Tapi kalau saya kamu kena panggil "brother" laa...

Saya mendekati orang tadi dan bertanya keadaannya. Dia jawab sambil terketar-ketar (lakonan senario kali) "Saya ok, nak... Saya cuma nak jalan ke Masjid sana tu..." Pada masa itu saya tidak nampak ada masjid yang terdekat. Tapi kemudian bila saya lihat dalam peta pada kawan sebilik saya, memang ada masjid di tempat yang ditunjuk "pak cik" tersebut.

Dia mula bercerita yang kawan mungkir janji tak bagi dia wang rm 250,000 untuk membayar kos pembedahan jantung yang dia baru lalui... dan sekarang dia sedang dalam perjalanan untuk bermalam di sebuah masjid yang dimaksudkannya.

Saya berfikir "Kalau dia baru dibedah, kenapa dia dibiar-biar jalan sendiri seperti ini? Adakah Jantung Negara sekejam ini membiar orang belum sembuh berjalan sendiri?" Saya mula berfikir barangkali saya sedang berhadapan dengan seorang penipu lagi. Macam yang saya bilang tadi, saya pernah mengalaminya...

Tapi saya tidak boleh tinggalkan orang itu begitu saja. Ini satu peluang untuk "berbuat baik". Saya berfikir setidak-tidaknya saya perlu mendoakan orang itu. Siapa tau dia betul-betul sakit kan? Saya terfikir juga mahu hantar dia sampai ke masjid itu dengan memapahnya tapi itu bermakna saya tidak ke pertemuan yang saya janji pada jam 10 itu... Apa harus saya buat? Satu yang pasti, saya mesti mendoakan orang itu. Saya pun memberitahu yang saya tidak ada wang yang cukup untuk membantu orang itu (dia minta rm36 untuk tambang bas balik ke Johor Baru).

Ngam ka? kalau ko apa ko buat?

Saya pun bilang, mari saya doakan Pak Cik. Boleh? Dia bilang boleh. Saya pun berdoa "Tuhan, saya berdoa Engkau tolong bapak ini. Engkau saja yang lebih tahu keadaannya sekarang.." Belum saya jauh berdoa, Pak Cik tadi memberhentikan doa saya dengan lembut "Eh, anak berdoa dalam nama Isa kan? Isa itu Yesus. Saya tak apa punya. Saya terima doa dalam nama Yesus. Anak ini orang ketiga yang sudah mendoakan saya dalam nama Yesus. Sebab nama itulah saya dapat berjalan sejauh ini..." Saya tersintak.. Luarbiasa!

Saya bilang saya tidak dapat hantar "pak cik" itu ke masjid sebab saya tak ada kereta dan saya ada temu-janji. Sebenarnya saya sangsi terhadapanya. yang buat saya susah mau percaya adalah bial dia bilang dia baru siap bedah jantung... Saya tidak taulah, tapi mana ada pesakit yang baru dibedah akan dibiar berjalan seorang-orang begitu? Pertimbangan inilah yang buat saya susah mahu mempercayainya...

So saya mendoakannya dan meninggalkannya begitu saja....

Adakah saya hamir tertipu atau tidak sensitif?

What say you?

Tuesday, May 20, 2008

Di mana sudah itu Satelit Chips 666?

Minggu lepas inbox mesej hp saya dihujani dengan sms... Tidak kurang juga yang menalipon untuk bertanya tentang perkara yang sedang heboh diperkatakan.. Apa yang berlaku buat perasaan saya bercampur-campur di antara rasa kelucuan, sedih dan rasa kesian....

Saya rasa lucu sebab baru saja mesej dalam sms begitu orang sudah panik dan ketakutan. Cuba kalau kita di negara lain di mana orang-orang percaya diburu dengan senapang dan tidurnya dalam hutan dan bukan itu saja, semasa tidur harus membuka sebelah mata!

Saya rasa sedih sebab betapa orang lebih cepat dipengaruhi oleh khabar-khabar angin dan bukan oleh sesuatu yang pasti seperti yang terdapat dalam kebenaran Firman Tuhan (Alkitab).

Saya merasa kesian sebab ramai orang percaya sekarang ini tidak merasa perlu untuk mendalami apa yang diajarkan oleh Firman Tuhan, sehingga mudah saja diumbang ambing oleh pelbagai perkara yang kononnya "ada tertulis dalam Firman Tuhan"? O brother....

Kamu tidak tahu apa yang saya maksudkan? Kalau kamu tidak tahu bererti kamu (yang sedang membaca) tidak ada menerima dua mesej sms di bawah ini:

SMS pertama

"Pdt. Silas Belamy m'minta kami truskan pesan ptg dr Amerika supaya b'mula dr jam 11 malam ini semua sim kad handfon dicabut dari hp dan disimpan sampai tarikh 14/5 pagi br digunakan sbb antikristus malam ini akan melancarkan satelit Chips 666 ke angkasa menyerang masuk melalui hp & jangan terima pgllan/sms dari no Axis dgn awalan 0866 dan 0838 @ apabila nombor masuk berubah jd merah mesti dimatikan, jangan diangkat,jgn dibaca sms tsbt,sbb 2 org tlah mati di Amerika di sbbkan mrka membuka pangglan"
Mesej diterima 13/7/08 21: 21:54

SMS kedua

Tanggal 12 mei 08 peluncuran satelit CIPS 666 oleh Amerika utk dicap di tangan/dahi manusia pengganti kartu krdt & wang untuk bblanja. Pengikut Kristus jgn mau trima cap 666 apabila diajak; kerna angka 666 adalah angka setan. wahyu 13: 1-18. Kirim kepada teman-teman yang lain sebelum terlambat! Sms dari seorang hamba Tuhan di Jakarta.
Mesej diterima 13/7/08 21:20:47

Bagaimana sekarang? Sekarang sudah 20 Mei 2008. Saya tak nampak ada apa-apa yang berlaku pun? Saya tak cabut pun simkad? Saya tak nampak pun mesej yang berubah warna menjadi merah? Jadi mana sudah itu?

Yang sangat melucukan pula adalah ini: Masa saya di Sabah saya dengar khabar angin ada 2 orang di Puchong Kuala Lumpur sudah meninggal kerana menerima mesej yang serupa itu. Diorang ni konon mati sejurus selepas menerima mesej itu dengan mulut yang berbuih-buih.
Tapi bila sekarang saya ada di Kuala Lumpur saya dengar pula khabar angin yang bilang ada orang di Inanam Sabah yang sudah mati sebeb menerima sms yang begitu... Alahai.... Inilah manusia, mudah sekali diperdayakan....

Satelit chip dilancarkan untuk menyerang orang-orang percaya? hahahaha

Kalau dorang mau pakai satelit, dari duuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuluuu lagi sudah boleh pakai maaa.. tengok saya teknologi Google Earth yang boleh dimuat turun dengan percuma tu.. Dengan perisian ini, atap rmah saya pun boleh nampak dengan satelit oooo.. Saya ingat lagi kerjarumah anak saya yang perempuan masa dia masih Darjah 6, dorang diminta untuk tunjukkan di mana mereka tinggal... apalagi, saya print out saja imej satelit kedudukan rumah kami!

Dengan teknologi It sekarang kita mudah saja dijejaki. .. Sekarang ini kod bar 666 tu dah pun digunakan dalam berjual beli dalam bentuk bar komputer di setiap barangan yang menggunakan sistem laser untuk semakan harga setiap barangan yang kita beli....

Memang, yang kita elakkan adalah jangan sampai tangan dan kepala kita dicap dengan no 666 tu la kan? Kalau betullah pelancaran satelit 666 tu benar-benar berlaku, jadi kenapalah? Bukankah itu tanda Kristus semakin sangat hampir kedatanganNya kalau itu 666 sudah muncul? Bukankah kemunculan 666 itu telah dinubuatkan?

Sebenarnya antikristus sudah lama muncul di kalangan kita. Macam kemunculan Yohanes Pembaptis tidak disedari, macam kemunculan Yesus yang pertama tidak disedari pada mulanya dan tidak dipercayai oleh ramai orang, demikian juga dengan kemunculan antikristus ini.

Apa kata Alkitab tentang si Antikristus itu?

Buka dan baca dalam 1 Yohanes 2: 18-23

2:18 Anak-anakku, waktu ini adalah waktu yang terakhir, dan seperti yang telah kamu dengar, seorang antikristus akan datang, sekarang telah bangkit banyak antikristus. Itulah tandanya, bahwa waktu ini benar-benar adalah waktu yang terakhir.
2:19 Memang mereka berasal dari antara kita, tetapi mereka tidak sungguh-sungguh termasuk pada kita; sebab jika mereka sungguh-sungguh termasuk pada kita, niscaya mereka tetap bersama-sama dengan kita. Tetapi hal itu terjadi, supaya menjadi nyata, bahwa tidak semua mereka sungguh-sungguh termasuk pada kita.
2:20 Tetapi kamu telah beroleh pengurapan dari Yang Kudus, dan dengan demikian kamu semua mengetahuinya.
2:21 Aku menulis kepadamu, bukan karena kamu tidak mengetahui kebenaran, tetapi justru karena kamu mengetahuinya dan karena kamu juga mengetahui, bahwa tidak ada dusta yang berasal dari kebenaran.
2:22 Siapakah pendusta itu? Bukankah dia yang menyangkal bahwa Yesus adalah Kristus? Dia itu adalah antikristus, yaitu dia yang menyangkal baik Bapa maupun Anak.
2:23 Sebab barangsiapa menyangkal Anak, ia juga tidak memiliki Bapa. Barangsiapa mengaku Anak, ia juga memiliki Bapa.

Jadi siapakah antikristus itu? Antikrisus adalah orang-orang yang menyangkal Bapa maupun Anak. Maksudnya ialah tidak mempercayai rencana penyelamatan yang Allah Bapa telah rencanakan dan laksanakan dalam Tuhan Yesus Kristus. Mereka juga adalah orang-orang yang bilang Yesus bukan Tuhan, dia hanya seorang manusia biasa...Mereka menyangkal keTuhanan Kristus..

Siapakah 666? Banyak sudah spekulasi dan tulisan dibuat orang tentang si 666 ini..

30 tahun dulu ada "nubuatan" @ ramalan yang sangat terkenal ditulis orang. Tulisan itu bilang empayer Russia (USSR) adalah empayer Iblis dengan President nya sebagai 666 sebab di dahinya ada birth mark seperti tanda luka.. Ada juga tulisan yang bilang seorang ketua agama dalam kalangan denominasi Kristian adalah si Antikristus itu....Macam-macam la...

Saya juga bingung dengan ramalan dan "nubuatan" tengan siapa sebenarnya si Antikristus ini.. So bagi sesiapa yang betul-betul serius mahu menggali apa kata Alkitab tentang siapa si Antikristus itu atau "apa" si antikristus itu dengan lebih mendalam maka saya saran anda muat turun artikel dari situs ini yang tajuknya the False Prophet

Bah, bosan sudah? Ya la tu....

So mana sudah tu tu satelit? Sesiapa yang kenal da tahu nombor hp Pdt. Silas Belamy, tolong bagitau dia saya krim salam.... Harap dapat belanja saya makan bakso atau nasi padang di Jakarta suatu hari nanti... Insya Allah....

Salam damai....

Wednesday, April 23, 2008

Gereja Tuhan yang benar

"Kamu dari gereja mana? Kamu beribadah di gereja mana? Kamu dari aliran gereja yang mana satu ya?" Biasanya begitulah pertanyaan di antara sesama orang Kristian yang baru berkenalan...

Ini sudah semacam lumrah memandangkan sekarang ini sudah begitu banyak sekali denominasi gereja yang ada dalam dunia. Entah apa-apa semua nama yang ada. Biasala kan? dalam keluarga yang besar pun kita bukan kenal semua nama-nama kerabat kita. Saya tak kenal sudah anak-anak kepada nephews dan niece saya. Apalagi dalam keluarga Allah yang tersangat besar. Kan?

Cubalah fikir, dalam negeri tumpah darah Sabah ini saja sudah ada Sidang Injil Borneo(SIB), Roman Katolik(RC), Seventh Day Adventists(SDA), Basel , Gereja Yesus Benar,Daily Bread,Church of God, Sidang Injil Sabah, Protestant Church of Sabah(PCS), Pelita Cahaya Sabah, Anglikan, Gereja Karismatik, His Sanctuary of Glory, Glory Christian Centre, Pentakosta, Gereja Tabenakel, Grace Chapel dll…

Kewujudan gereja dengan begitu banyak aliran ini membuat bukan sedikit orang yang menjadi bingung dan tertanya-tanya “ Yang manakah gereja yang benar?” Itu jugalah pertanyaan yang bermain di kepala saya apabila saya mula serius ke gereja sewaktu berumur sekitar 18 tahun. Saya sangat hairan dengan kewujudan begitu banyak sekali aliran gereja. Bukankah 'Yesus' hanya satu dan Dia berdoa agar kita semua menjadi 'satu' (Yohanes 17)? Anda juga ada kemuskilan yang sama?

Saya harap posting kali ini sedikit sebanyak dapat membantu.

Bah baca dulu Kisah Para Rasul 2: 1-4, 41-47. Kalau mau belajar Alkitab (Firman Tuhan ini, mau sabar, kena pelan-pelan, kena tunjuk kesungguhan, barulah ada hasil. Orang tidak sabar tidak akan dapat apa-apa)

Kisah Para Rasul 2: 1-4, 41-47 mengisahkan tentang gereja Tuhan yang pertama setelah pencurahan Roh Kudus di hari Pentakosta. Ini merupakan Gereja Asli yang telah dilahirkan oleh kuasa Roh Tuhan sendiri. Disebabkan gereja yang pertama ini telah dilahirkan oleh kuasa Roh Kudus sendiri,maka saya tidak melebih-lebih sekiranya saya berkata ciri-ciri yang terdapat dalam gereja yang awal ini selayaknya diambil dan dijadikan ukuran bagi semua gereja yang menyusul, dulu sekarang dan yang akan datang sekalipun. Dengan kata yang lain, apabila ciri-ciri yang terdapat dalam bahagian Firman Tuhan ini terdapat dalam sesebuah gereja yang ada dalam zaman mana sekalipun , maka gereja itu dapatlah dikatakan sebagai gereja yang benar di hadapan Tuhan, tanpa mengira apa nama aliran gereja tersebut.

Tanpa berlengah, apakah ciri-ciri khas gereja yang terdapat dalam teks ini?

Sebelum itu perlu dijelaskan di sini bahawa istilah 'gereja' yang saya gunakan di sini bukan merujuk kepada suatu 'bangunan gereja' melainkan kepada persekutuan orang-orang percaya yang datang berkumpul dan melayani dalam Nama Tuhan Yesus Kristus.

Jadi apakah yang patut menjadi ukuran bagi sesebuah gereja Tuhan yang benar?

Ada sekurang-kurangnya 9 ciri-ciri yang terdapat dalam Kisah Para Rasul 2: 1-4, 41-47 yang dengannya kita dapat mengenalpasti samada sesebuah gereja itu yang benar atau sebaliknya.

1. Gereja yang mengutamakan kepenuhan dan pimpinan Roh Kudus (2:1-4)

Apa kata Tuhan tentang ini? Dia pernah berkata Roh Kudus akan diam dalam kita. Roh Kudus akan mengajar dan mengingatkan kita semua yang telah diajarkanNya. Roh Kudus akan menginsafkan kita akan dosa dan hari penghakiman. Roh Kudus akan memimpin kita dalam seluruh kebenaran. Roh Kudus akan memberi kita kuasa selaku saksi-saksiNya di mana kita berada sampailah ke hujung bumi. (Yohanes 14:15-21, 26, 16:7-8, 12-13, Kisah Para Rasul 1:8). Dalam Wahyu 2-3, gereja diminta untuk dengar-dengaran apa yang mahu disampaikan oleh Roh kepada jemaat-jemaat.

2. Gereja yang mengutamakan Firman Tuhan (2:42)

Pengajaran rasul-rasul adalah pengajaran Kristus yang didasari atas Firman Tuhan. Lihat Yohanes 14: 15-26, Lukas 24;27, Matius 28:20)

3. Gereja yang mengutamakan doa (2:42)

Dikatakan oleh Firman Tuhan mereka setiap hari datang berkumpul dan berdoa bersama-sama. Ini terbukti benar dalam kitab Kisah Para Rasul dan surat-surat para rasul. Mereka menghadapi semua cabaran dan tentangan dengan kesatuan doa mereka (Contoh Kisah Para Rasul 4:31, 6:4,13:3,14:23,16;25,20:36,21:5,21:17)

4. Gereja yang mengutamakan kesatuan (2:44)

Gereja yang awal hidup bersatu dan dalam kasih Kristus. Kesatuan ini sangat indah kelihatan sehingga ramai tertarik dan turut percaya kepada Kristus. Ini merupakan doa Yesus pada malam sebelum Dia ditangkap untuk disalibkan. Realiti Kristus amatlah ketara dalam persekutuan dan perkumpulan gereja yang awal sehingga ini menjadi faktor utama yang mempersatukan dan memperkembangkan jemaat. Dan kesatuan ini diikat dengan kasih Kristus.

5. Gereja yang mengutamakan pelayanan kasih (2:45)

Dikatakan dalam ayat ini "mereka yang menjual harta miliknya, lalu membagi-bagikannya kepada semua orang sesuai dengan keperluan masing-masing". Dengan kata lain mereka saling memperhatikan dan saling melayani sesama mereka. Inilah pelayanan kasih. Inilah misi gereja. Gereja yang awal bukan satu institusi seperti sekarang ini di mana 'jemaat' setia datang dan duduk mendengar tetapi dalam keadaan terasing dari sesama. Jemaat gereja awal mengenal siapa duduk di kiri kanan depan belakang dan peka dengan keperluan yang ada di sekitarnya sebelum berfikir bantuan atau misi ke seberang laut.

Yesus pernah berkata "Dengan demikian semua orang akan tahu, bahwa kamu adalah murid-murid-Ku, yaitu jikalau kamu saling mengasihi "(Yohanes 13: 34-35)

6. Gereja yang mengutamakan Perjamuan Kudus (2:46)

Gereja yang benar akan "mengutamakan" Perjamuan Kudus. Bukan setakat "mengadakan". Kalau "mengutamakan" maka itu menampakkan sikap gereja sementara kalau setakat "mengadakan" itu semacam "jangan tidak" dan "asal ada" saja. Bagaimana itu diterima jemaat, itu terserah pada mereka. Tapi kalau "mengutamakan" Perjamuan Kudus" itu bererti gereja cukup mengerti kepentingan dan penekanan yang tersirat dalam Perjamuan itu sendiri.

Kenapa perlu mengutamakannya?
  • Ia memperingatkan kita kematian kebangkitan Yesus dari kubur dan janji kedatangan-Nya yang kedua kali.
  • Ia merupakan pemberitaan Injil yang simbolik.
  • Ia membawa keinsafan akan dosa.
  • Ia mendorong kesetiaan sehingga kedatangan Kristus kedua kali.

Berapa kerapkah Perjamuan ini perlu diadakan? Dalam setiap persekutuan? Sekali seminggu? Sekali sebulan?Penekanan bukanlah pada kekerapannya melainkan pada pengertiannya. Saya percaya itulah yang cuba diperbetulkan oleh Rasul Paulus dalam 1 Korintus 11 itu.

7. Gereja yang mengutamakan pujian kepada Tuhan (2:47)

Gereja yang benar akan mengutamakan pujian dan penyembahan kepada Tuhan. Ini adalah kesinambungan ibadah umat Tuhan yang biasa dijalankan dalam Perjanjian Lama.

Mazmur 22:4 berkata Tuhan Allah bersemayam di atas puji-pujian umat-Nya.
Mazmur 100: 4 "masuk gerbang-Nya dengan nyanyian syukur"
Ibrani 3:16 "...menyanyikan mazmur, dan puji-pujian dan nyanyian rohani, kamu mengucap syukur kepada Allah di dalam hatimu".

Bila pujian ini penting maka jemaat Tuhan tidak akan berusaha datang tepat masa ke gereja untuk bersama-sama menaikkan pujian dan kesyukuran dan mendengar Tuhan.

8. Gereja yang benar membuahkan kesaksian yang baik (2:47)

Firman Tuhan berkata "Dan mereka disukai semua orang". Baguskan kalau ini realiti gereja dalam masyarakat masa kini?

Mengapakah gereja awal ini disukai oleh semua orang? Kerana kasih Kristus yang sangat ketara sesama mereka dan yang mereka ulurkan juga kepada orang lain seperti kepada orang-orang miskin, yatim piatu dan janda-janda (lihat Yakobus 1:27)

Ada tertluis dalam sejarah gereja bahawa apabila orang luar melihat keadaan kehidupan gereja yang awal, maka mereka akan berkata “Lihatlah betapa baiknya mereka itu. Lihatlah betapa mereka saling mengasihi…” dan kesaksian ini membawa ramai orang percaya kepada Kristus dan diselamatkan.

Dalam surat Filipi ada tertulis, "biarlah kebaikan hatimu diketahui semua orang" (Filipi 4:5). Saya percaya Tuhan bukan menyuruh kita untuk minta puji di sini...tetapi apa yang Tuhan maksudkan adalah Rise and shine! (Yesaya 60:1). Kita berbuat baik sebab Kristus telah terlebih dahulu berbuat baik kepada kita.

9. Gereja yang benar mengutamakan Amanat Agung Kristus (2:47)

Dalam ayat ini dikatakan "tiap-tiap hari Tuhan menambahkan jumlah mereka dengan orang yang diselamatkan"

Ayat ini bukan bererti mereka hanya duduk diam dan Tuhan yang menambahkan jumlah mereka.Tetapi ayat ini mereka semua keluar bersaksi dan Tuhan menyertai kesaksian mereka(peribadi, perkataan dan perbuatan) sehingga setiap hari ada saja orang percaya dan bertaubat. Dan mereka tak payah disuruh untuk bersaksi pun, melainkan kesaksian mereka menjadi gaya hidup mereka. Kalau hari ini Manchester United, Chelsea, Livepool dan Arsenal jadi perbual dan gaya hidup di kedai kopi, maka pada hari itu (dan sepatutnya jadi realiti hari ini juga), Kristus bangkit dari kematian merupakan topik hangat yang diperkatakan!

Amanat Agung merupakan gaya hidup gereja Tuhan yang awal. Bagaimana dengan gereja Tuhan yang ada dalam tahun 2008 ini?
Gereja awal keluar bersaksi, gereja masa kini keluarkan risalah dan "menjemput"..... Aduhai... Gereja masa kini cuba menjemput dan menarik dengan "kecanggihan" yang ada.... Tetapi daya tarikan bukan "tarikan Kristus", apala tu? Tapi banyak jugala kesaksian yang saya dengar dari ramai orang bagaimana motif awal datang ke gereja tidak betul tetapi kemudian menjadi 'betul' apabila mendengar dan menerima pemberitaan dan pengajaran Kristus dalam gereja. Yes!

Jadi yang mana satukah aliran gereja yang benar?

Anglikan? Roman Katolik? Sidang Injil Borneo? Karismatik? True Jesus? Hope of God? Glory Christian Centre? His Sanctuary of Glory? Pelita Cahaya Sabah? Protestant Church of Sabah? Seventh Day Adventists?Daily Bread?Methodist? Grace Chapel? Living Waters? Vineyard? United Pentacostal Church?Gereja Lokal?Revival Church? Gereja Injil Sepenuh? Emmanuel Church? Dan yang terbaru ..GISI? (Maaf saya belum tahu GISI huruf penuhnya apa..., maklum masih baru bah kan?)

Pertanyaan, yang mana satu betul?

Bagi saya, berdasarkan Firman Tuhan yang telah dihuraikan, betul salah sesebuah gereja ditentukan sejauh mana kesetiaan sesebuah gereja itu kepada 9 ciri khas yang telah digariskan oleh Firman Tuhan dalam Kisah Para Rasul 2:1-4, 41-47 ini.

Gereja Tuhan yang benar adalah gereja Tuhan yang

  1. Mengutamakan Roh Kudus.
  2. Mengutamakan Firman Tuhan
  3. Mengutamakan Doa
  4. Mengutamakan Kesatuan.
  5. Mengamalkan pelayanan kasih.
  6. Mengutamakan Perjamuan Kudus
  7. Mengutamakan Pujian Penyembahan
  8. Membuahkan kesaksian yang baik.
  9. Mengutamakan Amanat Agung.
Bagaimana sekarang, apakah yang kita perlu buat sesuai dengan Firman Tuhan yang kita telah perhatikan bersama?

  1. Terima Kisah Para Rasul 2:1-4,41-47 sebagai Firman Tuhan yang kita perlu taati.
  2. Buang sikap yang memandang rendah gereja yang lain.
  3. Pandanglah semua gereja dengan mata yang diperbaharui menyedari bahawa kesetiaan kita terhadap Firman Tuhan itulah yang menentukan kedudukan kita di hadapan Tuhan samada benar atau salah.
  4. Berdoa agar semua gereja kembali kepada Kisah Para Rasul 2: 1-4, 41-47
  5. Terimalah orang-orang percaya dari gereja-gereja lain sebagai saudara dalam Kristus di mana dengan mereka kita boleh bersatu dan bekerjasama dalam pelayanan Tuhan.
So apa kata mu? Kata orang putih "feel free to add"... Sekarang ni nak pi mandi dulu lepas tu pi sarapan... Mau sarapan apa aa hari ni? Mana sudah yang janji mau makan Tom Yam sama-sama tu?

Tuesday, March 25, 2008

Siapa punya telinga....


Saya mesti membuat satu pengakuan ini.... Saya tidak sempat membuat posting di sini sebagaimana yang saya janjikan kepada kawan-kawan sebab saya sering tersangkut di laman-laman seperti Malaysia-Today.net, Malaysiakini.com dan Othermalaysia.org. Teringin juga nak membaca semua artikel dalam Malaysiakini.com yang English punya tapi takde peruntukanlah untuk itu.... Ada sesiapa yang loaded yang bermurah hati nak selesaikan 'masalah' ni untuk saya? Hehehe

Baiklah. Saya mau tanya ni... Sedia?

Anda ada telinga? Cuba raba tengok? Atau pi bercermin kalau tu dua telinga masih sangkut di tempatnya? Ada kan?

Kalau ada, apakah kata Alkitab kepada setiap orang yang mempunyai telinga?

Baca Wahyu 2:7,11,17 dan Wahyu 3: 5,12,21

Ada tertulis dalam ayat-ayat ini bahawa sesiapa yang punya telinga harus mendengar apa yang dikatakan Roh kepada jemaat-jemaat.

Saya tidak mahu berdebat dengan golongan cendikiawan Kristian yang mengatakan sekarang ini Tuhan tidak lagi "bercakap" kepada manusia seperti dulu sebab wahyu bertulis (Alkitab) sudah lengkap diturunkan kepada kita. Kalau Alkitab bilang "Siapa bertelinga hendaklah ia mendengarkan apa yang dikatakan Roh kepada jemaat-jemaat...", maka begitulah itu. Bagus lagi golongan ini ajak saya pergi makan Tom Yam daripada ajak berdebat dalam hal ini.

Betulkah Tuhan masih bercakap-cakap kepada kita?

Kalau bilang "bercakap-cakap" dengan Tuhan itu memberi gambaran yang kita bercakap-cakap dengan Tuhan tentang Liga English..Liga Eropah, tentang wayang Narnia dan Iron Man yang akan datang... Saya tidak selesa menggunakan istilah Tuhan "bercakap-cakap" dengan kita sebab Dia tidak pernah bercakap tentang Liga Inggeris atau benda-benda yang seperti itu dengan saya. Cuma sekali tu, saya betul-betul meminta dari Dia yang Mahakuasa supaya German menang ke atas Itali semasa Piala Dunia hari tu... tapi saya rasa Dia lebih minat dengan pasukan Italy bah... (hahaha)

Kita mesti hati-hati bila bercakap tentang "mendengar suara Tuhan" ini. Jangan sampai kita meletakkan diri kita setaraf dengan nabi-nabi dan rasul-rasul Tuhan zaman dulu. Silap-silap ada yang disambar petir atau ditelan oleh tanah nanti... Dijauhkanlah kiranya bala dan tulah yang seperti itu daripada kita...

Tapi ada ayat-ayat yang menyuruh kita untuk mendengar suara Roh kan? Mungkin saja Tuhan tidak akan bercakap-cakap dengan kita tentang Liga Inggeris tentang bagaimana cantiknya jaringan-jaringan si Wayne Ronney atau betapa hensemnya Christiano Ronaldo (kalau saya wanita saya pasti tergila-gila ...oops ke situ pula haha) tapi cukup jelas Tuhan ingin berkomunikasi dengan kita dan kita perlu peka dengan apa yang hendak disampaikanNya.

Persoalannya: Bagaimana mahu mendengar? Bagaimana mahu mengenal suaraNya?

Ada tiga suara yang sering mempengaruhi kita setiap hari. Suka atau tidak suka, mahu atau tidak mahu, sedar atau tak sedar. ketiga-tiga suara ini sentiasa mempengaruhi kehidupan anda dan saya.

Apakah tiga suara ini?

1. Suara sendiri
2. Suara Iblis
3. Suara Roh/Tuhan

Bagaimana kita tahu yang berbisik di hati kita tu berasal dari Tuhan dan bukannya dari diri kita sendiri dan lebih teruk lagi, bukan berasal dari si Jahat @ Penyesat @ Iblis?

Suara sendiri adalah fikiran dan pertimbangan peribadi. Contoh dalam Alkitab adalah seperti

1. Bisikan hati/fikiran Nebukadnezar sewaktu berfikir tentang pencapaian dan kebesarannya (Daniel 4: 30)
2. Fikiran Orang kaya yang bodoh yang bangga dengan kekayaannya (Lukas 12: 19)

Suara Iblis atau suara roh-roh jahat yang diutus Iblis pula adalah suara yang mahu menyesatkan kita, mendorong kesombongan kita dan yang memutarbelitkan Firman Tuhan.

1. Iblis menyesatkan perhatian Hawa dengan memutarbelitkan Firman Tuhan (Kejadian 3: 1 banding dengan Kejadian 2: 16-17. Baca juga Matius 4: 5-6)
2. Iblis mendorong kesombongan dalam hati Hawa dengan mengatakan Hawa akan jadi sama seperti Tuhan sekiranya dia memakan buah terlarang itu (Kejadian 3: 5)

Kita perlu sangat berhati-hati sebab Iblis juga pandai guna Firman Tuhan untuk menyesatkan kita. Ada tertulis Iblis juga menyamar sebagai malaikat terang (2 Korintus 11:14)

3. Suara Tuhan pula adalah bisikan hati, suara hati, suara yang kedengaran yang bersesuaian dengan ajaran Firman Tuhan, bila ditaati akan memuliakan Tuhan dan pasti akan memberkati sesama manusia.

Bagaimana untuk mengecam suara Tuhan?

Sekurang-kurangnya ada 6 cara yang disebut dalam Alkitab tentang bagaimana seseorang itu dapat mendengar suara Tuhan.

1. Melalui Firman Tuhan yang kita baca (2 Timotius 3:16-17)
2. Melalui bisikan Roh (Yohanes 14:26) yang memperingatkan kita Firman yang sudah kita baca dan tersimpan dalam hati (Mazmur 119:9-11)
3. Melalui suara yang kita dengar (Yesaya 30:21)
4. Melalui orang lain (1 Petrus 4:11). Ini melalui hamba Tuhan yang berkhutbah, kongsi Firman Tuhan atau orang yang Tuhan utus untuk bercakap kepada kita secara peribadi.
5. Melalui keadaan (Roma 8:28) Tuhan juga berkata-kata sesuatu kepada kita melalui keadaan. Ini memerluka kedewasaan dan kepekaan terhadap Roh Kudus di tahap tertentu.
6. Melalui mimpi (Kisah Para Rasul 2: 17. Contoh Kejadian 41 )
7. Melalui penglihatan (Kisah Para Rasul 2: 17 banding Kisah Para Rasul 10: 9-16,16: 9)

Ada tiga syarat untuk mendengar suara Tuhan

1. Hidup dalam pengampunan dan penyerahan setiap hari. Pengampunan dari Tuhan dan saling mengampuni sesama manusia sangat penting untuk dapat mendengar suara Tuhan.
2. Hidup dalam sikap yang takut akan Tuhan Allah.
3. Hidup dalam kepenuhan Roh Kudus.

Disiplin untuk mendengar suara Tuhan.

Saya memilih disiplin nabi Yeremia untuk pelajaran ini. Yeremia sangat peka dan sangat jitu dalam soal mendengar suara Tuhan. Perhatikan keyakinannya dalam Yeremia 26: 15

Yeremia berkata "...Tuhan benar-benar mengutus aku kepadamu..."

Bagaimanakah dia boleh begitu pasti dan yakin? Dia boleh begitu yakin sebab

1. Yeremia telah dipilih Tuhan (Yeremia 1: 5)
2. Yeremia hidup menikmati Firman Tuhan (Yeremia 15: 16)
3. Yeremia hidup dalam doa (Yeremia 23:18,22)
4. Yeremia mengamalkan puasa (Yeremia 36:6)
5. Yeremia menyembah dan menantikan Tuhan setiap pagi (Ratapan 3: 21-26 banding Markus 1:35)

Tidak ada jalan pintas untuk dapat mengenal dan mendengar suara Tuhan. Untuk mengenal seseorang itu kita perlu meluangkan masa dengan orang itu. Demikian jugalah dengan Tuhan. Kita perlu bergaul dengannya dalam masa teduh peribadi dalam berdoa dan penyembahan peribadi. Firman Tuhan diumpamakan benih, tidak ada benih yang tumbuh membesar dan berbuah dalam sekelip mata. Dalam proses masa, dalam pimpinan Roh Kudus dan kerendahan hati di pihak kita maka benih Firman akan bercambah, berakar , bertumbuh dan berbuah dalam kehidupan kita.. Buah yang akan tinggal tetap, buah yang akan mempermuliakan Tuhan dan memberkati manusia. ...

Apa yang saya dapat kongsikan di sini adalah perjalanan hidup saya selama baru 24 tahun berjalan bersama Dia. Doa dan harapan saya, apa yang saya post kali in dapat membantu ramai orang. Sebarang pertanyaan, sila masukkan ke bahagian komen di bawah ini.

God bless you all!!




Saturday, February 23, 2008

Jangan jemu-jemu berdoa...

Sudah lama saya tak menghantar posting ke laman blog saya ni... Bukan apa, saya ada sibuk sedikit dalam tahun 2007 dan awal tahun 2008 ini... Biasalah bah tu kan?

Saya ada satu cerita. Saya cukup yakin cerita ini akan mendorong anda untuk tidak jemu-jemu berdoa untuk orang lain.. apatah lagi bila anda ada gerakan hati untuk berdoa bagi seseorang itu!

Begini ceritanya...

Pada satu hari saya baru saja mau check in ke dalam sebuah rumah tumpangan di sebuah pekan dalam negeri Sabah apabila tiba-tiba hati saya tergerak untuk pindah ke rumah penginapan yang tidak berapa jauh dari tempat itu. Saya tidak tahu apa lojik dan alasan untuk memilih rumah penginapan yang lain sebab bagi saya 'lebihkurang' saja keadaan semua rumah tumpangan yang ada.

Tapi saya dah biasa merasa "gerakan hati" itu. Pada waktu-waktu yang lain "gerakan hati" itu merupakan bilisikan yang lembut dan halus. Bila itu belaku, kita tidak ada pilihan kecuali "menuruti" gerekan hati tersebut.

Saya pun mengubah pilihan dan terus pergi menempah bilik di rumah penginapan "yang ditunjukkan". Boleh tahan juga bilik itu. Pilihan yang tepat. Saya mandi dan bersedia ke pertemuan malam itu.

Tiba-tiba...

Tiba-tiba saya terdengar suara jampi serapah di bilik sebelah. Saya tercegat sejenak. "Inikah maksud saya disuruh ke bilik ini dan bukan yang di sana tadi?" Saya cuba 'mendengar' kalau ada'' arahan' yang selanjutnya. Saya tergerak untuk berdoa di luar bilik itu. Saya meminta supaya semua jampi serapah dalam bilik itu dibatalkan oleh kuasa Tuhan Yesus. Lepas itu saya keluar makan malam.

Kamu mahu tahu apa yang telah berlaku selepas itu?

Selepas makan malam, saya kembali untuk mengambil sesuatu dalam bilik apabila saya terserempak dengan seorang yang saya kenal sebagai 'berpengaruh' dalam gereja di kawasan itu.

"Eh, kau kerja di sini?"
"Tidak, jumpa kawan saja..." Dia tersengih-sengih sambil membawa bakul berisi 3 botol air mineral besar yang penuh. "Kau pula apa buat di sini?"
"Saya ada pelayanan sini. Oh, kau dari bilik sini tadi?" Saya menjawab dan bertanya sambil menuding jari ke bilik yang sebelum ini saya terdengar ada jampi serapah. Dia menjawab "Ya.... Bah, jalan dulu aah? Saya mau cepat-cepat ni.."
"Oh ya la.., kita jumpa lagi" Kami pun bersalaman dan ambil haluan masing-masing.

Tapi fikiran saya jadi penuh tanda tanya. "Bukankah itu si...?" Setiba di tempat pertemuan saya bertanya kepada bebarapa orang yang mengenali orang itu. Saya hancur hati bila mengetahui yang orang itu sudah melepaskan jawatannya, tidak ke gereja dan sudah merancang untuk meninggalkan isterinya.. Pada malam itu saya menalipon beberapa orang untuk bersyafaat bagi peribadi yang saya maksudkan ..

Saya yakin. Saya telah diatur untuk bemalam di rumah penginapan itu dan bukan pada pilihan saya yang pertama sebab Dia mahu saya melihat apa yang manusia berusaha untuk sembunyikan.

Tiga botol air mineral itu adalah air yang sudah dijampi-jampi untuk tujuan tertentu. Sebab itu saya tergerak berdoa di luar bilik (di lorongan bilik penginapan) supaya kuasa kegelapan dapat dipatahkan.

Saya tidak akan tahu apa-apa kalau saya singgah makan tengahari di pekan itu lagi pada 8-9 Februari baru-baru ini. Saya baru nak pergi membayar makan minum bila saya ternampak orang tadi sedang duduk minum dengan seorang kawan. Saya dipelawa mereka untuk 'join' bersembang dengan mereka.

Saya sangat berminat untuk mengetahui perkembangan saudara yang telah pergi 'berdukun' itu. Saya lantas bertanya, "Bro, apa khabar ko sekarang?" Sambil memandang tepat ke matanya dan menggenggam lengannya di atas meja. Kawannya menyampuk "Dia ok sudah tu sekarang. Dia sudah balik pada isterinya"

Seperti muzik ke telinga saya. "Oh ya? Kau tahu?" Saya tanya sambil tersenyum. "Saya tau. Dan saya terus berdoa untuk dia selama ini." Saya sangat gembiara, "Tuhan bagus sekali kan? Saya pun selalu mendoakan kamu...sejak saya nampak di rumah penginapan tahun lepas tu..."

Puji Tuhan! Saya telah menggunakan kesaksian ini sebagai pembuka kata dalam KKR yang diadakan pada hujung minggu itu. Pertemuan yang tidak diatur dan tidak disengajakan itu telah sangat memberi dorongan kepada saya untuk tidak jemu-jemu berdoa untuk orang yang memerlukan!

Orang itu sekarang dan kembali kepada isteri dan keluarga. Doakan terus supaya Tuhan terus sempurnakan pemulihan dalam orang itu dan akan segera kembali menyembah dan melayani Dia seperti sediakala. Terpujilah Tuhan!

Tuesday, January 29, 2008

Lawan Sumpit Kita!!

Siapa terer main sumpit? Konon-konon mau tunjuk sama itu orang putih (Joy) pamacam mau guna sumpitan (blow-pipe). Ini waktu kami menyimpang sewaktu pulang dari Tenom kembali ke Kota Kinabalu (lupa sudah bila)...












Nampaknya Pst Chin juga tidak mahu kalah, dia pun mahu tunjuk 'hero' dia...













Tengok ni, orang bilang cara pigang sumpit salah dia tidak juga peduli. Dia bilang "let me do it the American way...." Kami semua ketawakan dia...













Tapi eh??? Bullesye!! Kami semua (termasuk instructor sumpitan) garu kepala..kalah sama sumandak orang putih ni... Hahahaha!

Bah Mike, bila lagi? Bawalah anak dan isteri pi betanding menyumpit! Dekat ja dengan rumah mentua ko tempat ni...
Posted by Picasa

Wednesday, January 09, 2008

Blessed new year!

Rajawali masih terbang! Terbang terlalu tinggi sampai tidak kelihatan dengan mata kasar! Ha!Ha!Ha!

Ada yang bertanya samada saya dah tutup blog ini... The answer is not at all! Cuma tu la, bila dah terbang macam burung ke sana ke sini , payah nak duduk and write/type. Maaf, peminat semua! (Chee...)

2007 sangat cepat berlalu. Pejam celik pejam celik tengok tengok kita sudah pun dalam tahun 2008! Agaknya begitu juga akan berlaku dengan 2008 ini! So hows 2007 had been for you?

Bagi saya 2007 ini sangat bererti sebab dalam tahun ini saya dapat bersaksi dan membawa lebih ramai orang kepada Kristus dan menerimaNya sebagai Penyelamat dan Tuhan secara peribadi. Dalam tahun 2007 saya melihat pekerjaan Tuhan yang luarbiasa di dalam dan melalui saya secara peribadi. Dalam tahun 2007 juga saya ingat saya boleh sampai menangis masa berkhutbah bila melihat keadaan pemuda-pemudi yang seakan-akan dah muak dengan Kristus dan gerejaNya. ....Saya akan terus mendoakan kampung itu.

Keseluruhannya 2007 merupakan tahun yang kaya dan rancak dengan tuaian dalam pelayanan. Saya melihat sendiri kerinduan dan respon pemuda-pemudi kepada pemberitaan Firman yang lebih sungguh daripada tahun-tahun sebelumnya dalam pengalaman pelayanan saya. Puji Tuhan! Rasanya ada suatu suasana yang luas yang terbuka untuk pemberitaan, pengajaran Firman Tuhan. Melihat sendiri kerinduan dan respon jemaat khusus pemuda-pemudi kepada Firman Tuhan "is a reward in itself " kata orang putih.

Saya tidak boleh lupa ucap terima kasih kepada semua yang telah sedang dan yang akan terus mendoakan saya dan famili. Puji Tuhan untuk SMS yang dengannya kita dapat kongsikan perkara doa dan updates dengan mudah sekali. Masa-masa sekarang ini, lebih mudah bercerita dengan orang di Moscow daripada orang yang tinggal di taman yang sama.. Apapun, terima kasih untuk sokongan doa dan semua bentuk sokongan yang lain untuk saya dan famili. God bless u all!


Apakah peluncuran untuk 2008? Dalam tahun ini saya akan menggembalakan beberapa orang yang saya telah menangkan kepada Kristus. Saya juga berharap sangat saya tak sesibuk seperti dalam tahun 2007 supaya dapat lebih mendalami beberapa ilmu. Dari segi pelayanan pula saya mahu beri penumpuan kepada peneguhan keluarga bermula daripada mengeratkan hubungan suami isteri sebab saya percaya keutuhan gereja dan masyarakat bermula dari keutuhan suami isteri dan keluarga. Saya yakin berkat pengalaman ditimba beberapa tahun kebelakangan ini dapat dikongsikan untuk memberkati sesama tubuh Kristus. Doakan saya.

Adakah saya bercakap dalam teka teki? Tunggu dan lihat. God bless u!