Monday, April 13, 2009

Sudah selesai!

SUDAH SELESAI

Yohanes 19: 30,1 Korintus 2: 6-9, 1 Korintus 15:3-5

Seruan ‘sudah selesai’ merupakan salah satu daripada 7 kata-kata terakhir Yesus di kayu salib.

Apakah 7 kata-kata terakhir Yesus itu?

  1. Ya Bapa ampunilah mereka ... (Lukas 23:34)
  2. Pada hari ini engkau bersamaku di Firdaus ... (Lukas 23:43)
  3. Inilah anakmu, inilah ibumu ... (Yohanes 19: 26) ---[sempat menjaga kebajikan ibunya]
  4. Eli-eli lama sabakthani...!!! ... {Matius 27: 46)
  5. Aku haus! ...(Yohanes 19:28)
  6. Sudah selesai! ... (Yohanes 19:30)
  7. Bapa ke dalam tangan-Mu Kuserahkan nyawa-Ku ... (Lukas 23:46)

Saya suka membawa kita melihat kesan seruan ‘sudah selesai’ kepada orang-orang yang ada pada waktu itu..

Kira-kira bagaimanakah seruan ini diserukan oleh Yesus sementara Dia sedang menanggung derita yang tidak terkata di kayu salib itu? Kira –kira bagaimanakah seruan ini dilafazkan Yesus? Sayang sekali Alkitab kita yang biasa ini tidak dilengkapi dengan perisian MP4!

Seruan sudah selesai ini mempunyai kesan yang berbeza kepada beberapa orang dari kumpulan yang berbeza.

Kesan seruan terhadap murid-murid-Nya.

Murid-murid Yesus (kecuali Yohanes) semua telah lari meninggalkan Yesus ketika Yesus ditangkap. Mereka telah pergi bersembunyi. Mereka tidak mendengar seruan ini. Sebaik saja Yesus ditangkap, murid-murid telah melarikan diri dan pergi bersembunyi. Petrus yang cuba melihat dari jauh secara sembunyi-sembunyi pula telah menyangkal-Nya. Sekiranya bukan begitu kenyataannya, sudah tentu mereka tidak akan melarikan diri dan pergi bersembunyi! Bagi mereka apabila Yesus ditangkap dan dijatuhkan hukuman mati disalib ianya sama dengan istilah “GAME OVER”.

Pertanyaan. Mengapakah mereka telah melarikan diri dan pergi menyembunyikan diri mereka? Bukankah Yesus berkali-kali telah memberitahu bahawa Dia berkuasa untuk memberikan nayawa-Nya dan berkuasa pula untuk mengambilnya semua? Bukahkah Yesus telah berkali-kali berkata bahawa Dia akan bangkit pada hari yang ketiga (Matius 16:21, 17:23,20:19)?

Jawaban. Mereka melarikan diri sebab mereka takut akan mengalami nasib yang sama. Mereka takut sebab mereka tidak percaya kepada apa yang telah diajar dan dikatakan oleh Yesus sebelumnya. Mereka tidak percaya kepada apa yang telah diajarkan Yesus selama tiga tahun mereka bersama-sama sebab mereka telah sudah mempunyai sistem kepercayaan yang sudah berakar dalam diri mereka. Sistem kepercayaan mereka ini didasarkan atas janji Tuhan dalam Ulangan 18:17-19

Ulangan 18:17-19 (Tuhan Allah berfirman kepada Nabi Musa)
18:18 seorang nabi akan Kubangkitkan bagi mereka dari antara saudara mereka, seperti engkau ini; Aku akan menaruh firman-Ku dalam mulutnya, dan ia akan mengatakan kepada mereka segala yang Kuperintahkan kepadanya.
18:19 Orang yang tidak mendengarkan segala firman-Ku yang akan diucapkan nabi itu demi nama-Ku, dari padanya akan Kutuntut pertanggungjawaban

2 Samuel 7:12-16 (alasan mengapa Yesus disebut sebagai anak Daud)
7:12 ... Aku akan membangkitkan keturunanmu yang kemudian, anak kandungmu, dan Aku akan mengokohkan kerajaannya.
7:13 Dialah yang akan mendirikan rumah bagi nama-Ku dan Aku akan mengokohkan takhta kerajaannya untuk selama-lamanya.
7:16 Keluarga dan kerajaanmu akan kokoh untuk selama-lamanya di hadapan-Ku, takhtamu akan kokoh untuk selama-lamanya."
Berdasarkan ayat-ayat ini bangsa israel telah membentuk sistem teologi messias mereka. Berdasarkan ayat-ayat ini umat israel menantikan seorang messias (penyelamat) yang mempunyai ciri-ciri Musa sewaktu Tuhan menggunakan Musa melepaskan umat israel dari perhambaan di tanah Mesir.

Teologi messias(penyelamat) bangsa Israel

  1. Musa membawa dan mengajarkan Firman (Hukum Taurat) ---messias rohani dinantikan
  2. Musa berkuasa atas politik (melepaskan dari cengkaman musuh) --- messias berkuasa politik dinantikan
  3. Musa memberi manna (kecukupan ekonomi)---seorang messias ekonomi di nantikan
Dua daripada 3 ciri khas yang ada pada Musa telah orang lihat ada pada Yesus. Khutbah Yesus di Bukit dan Yesus memberikan lima ribu orang laki-laki. Setelah peristiwa memberi makan 5 ribu orang laki-laki itu bangsa Israel mahu memaksa Yesus untuk menjadi Raja ke atas mereka. Baca itu dalam Yohanes 16:14-15.

Lukas 16: 14-15
Ketika orang-orang itu melihat mujizat yang telah diadakan-Nya, mereka berkata: "Dia ini adalah benar-benar Nabi yang akan datang ke dalam dunia."
6:15 Karena Yesus tahu, bahwa mereka hendak datang dan hendak membawa Dia dengan paksa untuk menjadikan Dia raja, Ia menyingkir pula ke gunung, seorang diri.

Itulah sebabnya sewaktu masuk ke Yerusalem seminggu sebelum penyaliban-Nya, Dia telah dialu-alukan seperti seorang raja dan semua orang berteriak “Hosana hosana”, yang bererti “Selamatkanlah kami, selamatkanlah kami!!”

Teologi messias yang ada pada orang Israel sewaktu kedatangan Yesus yang pertama ini betul tapi ada satu perkara penting yang kurang. Mereka ada 3 ciri messias yang mereka nantikan.., tetapi Perjanjian Lama menubuatkan messias yang akan datang dalam 4 ciri-ciri khas. Apakah itu?

Empat ciri khas untuk messias (Penyelamat) yang dinanti-nantikan kita sudah tahu

  1. Messias rohani
  2. Messias ekonomi
  3. Messias berkuasa politik
  4. Messias yang menderita (Kejadian 3: 21,Yesaya 52-53, Yohanes 1;29)

Para ahli kitab orang Yahudi tidak dapat menerima konsep seorang messias yang menderita sebab itu mereka mentafsirkan Yesaya 52-53 sebagai berbicara tentang bangsa Israel dan bukan tentang satu peribadi dari bangsa Israel. Jadi mereka menantikan seorang messias yang hebat, mancho dan berkuasa mengalahkan kuasa penjajahan yang berkuasa atas bangsa dan negara mereka.

Jadi para murid telah lari kerana mereka mempunyai teologi yang kurang tepat. Rupa-rupanya fikiran dan kepercayaan mereka belum dapat diubah walaupun sudah tiga tahun bersama Yesus. Mereka mempunyai agenda tersembunyi dalam mengikuti Yesus. Ada kepentingan peribadi yang mereka mau gapai. Tetapi bila mereka nampak orang yang mereka harap-harap akan menjadi Raja mereka ditangkap, diseksa dan disalibkan, ke manakah mereka pergi? Mereka lari dan sembunyi sebab mereka fikir Yesus sudah kalah. Semua impian dan harapan jatuh berkecai seperti kaca atas batu...

Daripada bahagian ini kita dapat menarik satu pelajaran rohani iaitu apa yang kita percaya akan mempengaruhi sikap hati kita, pembawaan serta perilaku kita setiap hari. Apakah yang menjadi keprcayaan kita selama ini?

Kesan seruan terhadap Iblis dan roh-roh jahat

Iblis dan roh-roh jahat mendengar seruan itu dan mereka menganggap itu adalah

  1. Satu seruan kekalahan di pihak Yesus.
  2. Satu seruan mengaku kalah. 1 Korintus 2:8
  3. Satu petanda Iblis telah mengalahkan Anak Allah.
  4. Satu petanda Iblis telah menang.

Kegelapan yang memenuhi wilayah itu selama 3 jam ( Lukas 23:44) memberi pengertian bahawa 1) semua roh-roh jahat hadir untuk mempastikan Yesus tidak dapat lari dan dikalahkan, 2 ) semua dosa sejak Adam sehingga ke dosa bayi terakhir yang akan dilahirkan, telah ditanggungkan ke atas Anak Domba Allah.

Mari kita cuba membayangkan gambaran keadaan ini di alam roh...Iblis sangat-sangat gembira sebab dia menyangka dia telah menang.Pasti ada pesta pora dalam alam roh. 1/3 malaikat yang telah menjadi roh-roh jahat berpesta dan Iblis balik-balik cakap “Yes, I have overcame the Son of God! Saya sudah bagi tau kamu kan? Aku telah menang! Dunia ini saya yang punya!! Bukankah dulu lagi saya sydah kata saya akan mengatasi yang mahatinggi! (Yesaya 14) Lihat lah sekarang! Apalagi pesta liar yang penuh hujat pun berterusan!

TETAPI...

Tetapi cerita belum habis lagi. Sebab pada hari yang ketiga, YESUS TELAH BANGKIT DARI KEMATIAN!!! Pada waktu Dia mati secara jasmani, roh-Nya telah masuk ke alam maut dan merebut kunci kerajaan maut dari tangan Iblis.

Malang sungguh bagi Iblis. Dia sangka dia telah menang. Dalam bahasa Catur (Chess), Iblis menyangka di Bukit Golgota dia telah mengalahkan Yesus dengan gerakan Checkmate.. Tetapi Tuhan kita luarbiasa., pada ketika dia di checkmate oleh Iblis, pada ketika itu juga Iblis telah di counter-checkmate! Ini tidak boleh berlaku dalam permainan Catur/Chess yang biasa. Hanya Tuhan yang dapat berbuat begitu! Tuhan telah counter-checkmate Iblis di petak yang sama!

Sebab itu bagi kita yang percaya kepada Yesus dan karya yang telah diselesaikan-Nya di kayu salib, pada hari ini kita menerima wibawa ke tas Iblis dan roh-roh jahat! Dalam nama Tuhan Yesus, oleh kuasa darah-Nya, kita mendapat kemenangan terhadap Iblis, roh-roh jahat dan ke atas semua penyakit!

Terhadap kepala tentera

Ketua pasukan (centurion). Bukan mudah mencapai tahap seorang centurion. Seorang mesti gagah berani dan ada banyak pengalaman perang. Dalam pengalamannya sebagai seorang tentera dia telah melihat ramai orang yang berhadapan dengan maut dan tidak kurang jumlah tentera yang mati di hadapan matanya. Semua orang akan menjadi takut saat menghadapi maut. Seruan nyaring Yesus tidak menampakkan seorang yang kalah atau takut mati. Nada Yesus lebih menyuarakan kemenangan. Baginya, itu lebih menampakkan ‘kemenangan’ daripada perkara lain. Sebab itu ketua pasukan membuat kesimpulan “sungguh Dia ini anak Allah!” Belum pernah ada orang yang hampir mati dapat menyerahkan rohnya sepertimana yang Yesus telah lakukan. Dia menyerahkan nyawanya dengan “suara yang nyaring”.

Terhadap Allah Bapa

  1. Satu seruan kemenangan.
  2. Satu seruan penggenapan – Kejadian 3:15
  3. Satu seruan – “sudah habis dibayar! Semua hutang lunas!”
Di syurga Allah Bapa dan semua malaikat-malaikat peristiwa penebusan manusia daripada dosa itu. Ketika Yesus berseru “sudah selesai!” Allah Bapa boleh kita bayangkan sebagai berkata “Engkaulah Anak-Ku! Aku sangat bangga dengan Engkau!Saya yakin engkau dapat menyelesaikannya!!”

Kata asli untuk 'sudah selesai'

Kata asli untuk 'sudah selesai' adalah 'TETELESTAI'. Kata ‘tetelestai’ merupakan bahasa jual beli yang difahami semua orang pada ketika itu. Ini bahasa perniagaan dan perakaunan. Hutang dan bayaran ansuran yang lunas dibayar akan disahkan dengan kata ‘tetelestai!”. Banding 1 Korintus 6:20

Erti dan Manfaat seruan ‘sudah selesai’

Apakah yang telah diselesaikan oleh Yesus sehingga kita menerima manfaat daripadanya?
Apakah yang telah diselesaikan dengan seruan itu?

  1. Menyelesaikan semua nubuatan mengenai messias/Penyelamat yang telah dijanjikan (dari kelahiran sehingga karya penyelamatan-Nya)
  2. Menggenapi dan menyelesaikan sistem korban binatang dan menggantikan dengan sistem korban yang baru – Roma 12:1-2; Ibrani 13: 15-17
  3. Menyelesaikan semua tuntutan Hukum Taurat (upah dosa adalah maut dan hanya Yesus yang telah dapat hidup tanpa melanggar Hukum taurat)
  4. Membatalkan peraturan-peraturan ibadah Hukum Taurat dalam Perjanjian Lama dan memulakan Perjanjian Baru dalam Roh Kudus yang bukan ditentukan oleh soal makan dan minum tetapi oleh kehidupan yang ditentukan oleh soal kebenaran, damai sejahtera dan sukacita oleh Roh Kudus (Roma 14:17) – Cerita tentang perdebatan tentang makanan dan minuman dengan seorang dari gereja lain. Orang itu berkata tidak boleh makan daging babi tetapi boleh makan daging pelanduk. Tetapi apa kata Imamat bab 11? Ini perlu dibanding dengan apa yang berlaku dalam Kisah Para Rasul 10, 15 dan 1 Timotius 4: 1- 4.
  5. Membuka jalan masuk ke ruangan maha kudus. Matius 27: 51. Ruangan maha kudus hanya dapat dimasuki sekali setahun dan hanya oleh Imam Besar. Tujuan Imam Besar memasuki ke dalam sana adalah untuk memercikkan darah anak domba ke atas kepingan Hukum 10 yang terdapat dalam Tabut perjanjian (yang asli dipercayai telah disembunyikan Yeremia dalam gua di Bukit Golgota). Imam Besar perlu melakukan upacara ini dengan penuh hati-hati. Kakinya akan dipasang dengan loceng dan tali yang panjang diikat pada kakinya. Sekiranya loceng berhenti berbunyi untuk masa yang lama itu bererti Imam Besar telah mati disambar oleh kemuliaan Tuhan dan perlu ditarik dengan tali itu. Sungguh dasyat kemuliaan Tuhan! Tetapi syukur! Oleh korban Kristus kita dapat datang ke hadirat Tuhan dengan penuh keberanian! (Ibrani 4:14-16). Inilah nikmat salib!! Oleh korban-Nya kita menjadi 1 Petrus 2:9. Darah Kristus tercurah hingga ke tabut Perjanjian dalam Gua di Bukit Golgota. (Arkeologi)
  6. Karya penyelamatan telah digenapi!
  7. Menyelesaikan ketaatan-Nya sebagai ‘Anak Manusia’ (Filipi 2:8)

Apakah makna dan manfaat seruan ini bagi kita (pada hari ini)?

  1. Jalan keselamatan telah diselesaikan bagi kita (Yohanes 14: 6; Amsal 16:25)
  2. Ada pengampunan dan keselamatan kepada semua yang mahu bertaubat dan percaya – Yesus menggantikan Yesus Barabas, kedua-dua orang pencuri mengejek Yesus pada mulanya, kemudia salah seorang daripada perampok itu bertaubat dan diselamatkan..
  3. Masalah manusia yang terbesar (kematian) telah diselesaikan oleh Tuhan! Adakah masalah terbesar selain “berhadapan dengan maut”?
  4. Disebabkan oleh karya yang telah diselesaikan oleh Kristus di kayu salib maka bagi setiap orang yang percaya, kematian bukanlah akhir satu cerita melainkan satu ‘pintu’ berpindah ke alamat yang lebih baik.

Respon kita kepada seruan ‘sudah selesai’

Apabila kita sungguh-sungguh mempercayai pemberitaan dan mesej tentang salib Kristus, maka kita perlu

  1. Hidup bergaul dengan Allah – Kejadian 5: 24. Hidup bergaul dengan Allah dalam “kekudusan-Nya”. “Hagios” – dipisahkan dan dikhusukan.
  2. Merelakan Yesus hidup di dalam kita – Galatia 2: 19-20
  3. Yesus ditinggkan dan berkarya di dalam dan melalui hidup kita – Yohanes 3:30, 7:38
  4. Kita perlu hidup dalam penuh kesyukuran dan kemenangan setiap hari
  5. Kita perlu hidup memikul salib (bahkan memeluk salib Kristus) – Matius 10:38 - Kita perlu ambil peduli , kita perlu mengerti, kita perlu percaya dan memerlukan salib sebagai “penyelarasan” hidup kita, maka barulah kita merupakan seorang Kristian dalam pengertian Alkitab yang sesungguhnya!


Penutup

Salib tidak menjanjikan hidup yang glamour. Tapi salib adalah satu-satunya jalan untuk mendapatkan penyelarasan (alignment) dengan Tuhan.

Lukas 9:23, Matius 10:38, Matius 16:24, dan Lukas 14:26 merupakan ayat-ayat iklan untuk mengikuti Yesus. Kita bukan disuruh membenci ahli keluarga kita, tetapi maksud membenci di sini adalah kasih yang tersangat tinggi dan mendalam untuk Yesus bila dibandingkan dengan kasih kita kepada orang-orang kesayangan bahkan diri sendiri pun maka kasih itu seperti satu “kebencian”.

Iklan untuk mengikuti dunia bagaimana? IKLAN MINUMAN KERAS, IKLAN ROKOK ... tetapi kemudian berakhir dengan apa? Iklan ‘avasi montok diau! Sebaliknya iklan Yesus yang nampaknya seperti menyiksakan, bukankah membuahkan kehidupan penuh berkat dan bahagia?

Tapi tahukah anda, sedarkah anda bahawa minuman keras inilah antara belenggu nombor satu yang menyebabkan bangsa Kadazandusun ini masih ramai terbelenggu dengan kemiskinan? Hosea 4:11 berkata [alkohol] menghilangkan daya fikir! Minuman yang disebut dalam ayat in adalah air anggur dan dalam air anggur ini ada alkohol.

Mari kembali kepada sejarah bapa-bapa dan nenek moyang kita dalam SIB. Sabah dan Sarawak. Sebelum Injil Kristus datang, mereka terjual kepada kemabukan. Raja Brooke sudah lepas tangan satu bangsa yang hanya terkenal dengan kemabukan mereka suatu ketika dahulu. Cerita ini telah dibukukan dalam ‘Mabuk Sebelum Fajar’ @ Drunk Before Dawn. Tapi bila bangsa ini menerima Kristus, akibatnya pada hari ini inilah antara bangsa yang sangat disegani di Sarawak bahkan di Malayisa juga. Orang-orang Sabah juga tidak ketinggalan. Injil telah merubah gaya hidup kita, daripada kemabukan kepada kemajuan peribadi. Puji Tuhan!

Jadi apabila kita memahami mesej salib ini, jangan kan memikul salib, kita bahkan mahu memeluk salib Tuhan ini! (Lagu “I will cling to the old rugged cross”, and exchange it some day for a crown”)--- On A hill Far Away

Disebabkan ada orang yang telah percaya, mengerti dan telah memikul salib dalam hidup mereka dan datang ke Pulau Borneo maka sekarang kita diberkati dengan Injil Yesus Kristus. Adakah mesej Injil Kristus akan berhenti dalam generasi ini? Adakah anak-anak kit juga mengerti dan percaya? Apakah tanggungjawab kita? Bukankah Yesus berkata “Engkau telah menerimanya dengan percuma maka dengan itu kita juga perlu memberikannya dengan secara percuma juga?

Bagaimana dengan sayap misi dan penginjilan kita?

Bagaimana dengan hubungan peribadi kita dengan Tuhan dan sesama kita? Adakah itu diselaraskan pada salib Kristus?

Mahukah kita memikul salib bahkan memeluk salib Kristus? Ingat! Tanpa salib, tidak akan ada pengalaman Pentakosta (pengalaman dipenuhi dan dipimpin oleh Roh Kudus). Tanpa salib dalam kehidupan kita kita tidak layak untuk dipakai oleh Tuhan dalam pelayanan dalam Kerajaan-Nya.

Lagu hymn “I will cling to the old rugged cross, and exchange it someday for a crown...

Tuhan memberkati kita semua.

Doa peneguhan dan pemberkatan.

Tuesday, March 31, 2009

Adakah DIA akan marah...?

Adakah keyakinan dan expressi iman kepercayaan kita akan ditentukan oleh segolongan politikus yang mementingkan diri sendiri?

Saya bercakap tentang larangan ke atas orang non-Muslim menggunakan tulisan dan sebutan "Allah". Atau adakah larangan itu hanya pada tulisan dan penerbitan dan bukan pada 'sebutan', atau kedua-duanya sekali? Yang penting ada larangan telah dikeluarkan. Larangan yang mendapat pelbagai reaksi bukan hanya di kalangan non-Muslim tetapi juga dari kalangan orang Muslim juga.

Saya tidak mahu hurai banyak la di sini. Saya tidak mau hurai dari segi sejarah dan teologi yang panjang lebar. Orang lain sudah buat itu. Kata orang,'I dont have to reinvent the wheel '.Saya hanya ingin bertanya "Adakah DIA (Allah), akan marah kalau orang-orang non-Muslim menyebut Nama itu?" Kalau DIA marah, apakah buktinya? Dalam kitab yang saya baca, yang saya percaya cerita-cerita dalam kitab saya ada juga dalam kitab Al-Quran, kalau DIA marah, akan berlaku pelbagai musibah ke atas manusia yang menyakiti hati-Nya. Tapi sejauh ini, sejak sebelum saya dilahirkan apakah musibah yang telah dijatuhkan ke atas kami yang telah dan sedang menggunakan sebutan "Allah" ini, jikalau memang salah kalau kami menggunakannya?

Tok Guru sendiri pernah berkata orang non-Muslim tidak salah kalau orang non-Muslim menggunakan istilah Allah. Jadi kenapa ada orang yang tahap perguruannya entah sampai di mana, yang mahu memandai-mandai melarang orang lain daripada menggunakannya?

Seperkara lagi, kalau dalam DIA (Allah), ada pengampunan dosa, bagaimanakah nanti orang berseru kepada Nama itu kalau orang non-Muslim dilarang daripada menggunakannya?

Kalian takut timbul kekeliruan? Masalah kekeliruan boleh diatasi dengan ajaran yang mantap. Jadi ajarlah belia dan beliawanis anda apa yang patut mereka faham dan amalkan.

Mengapa sibuk melarang orang berbuat benda yang baik? Bukankah menyebut Nama itu suatu amalan yang baik? Kalau ada orang yang menyebut Nama itu dengan sembarangan, DIA (Allah) tahulah bagaimana mengurus orang itu. Tapi setahu saya Allah itu kasih dan DIA paaaaaaaaaaaanjang sabar-Nya. Allah itu baik dan suka mengampuni sifat-Nya.

Mengapa sibuk melarang orang bebuat benda yang baik? Sepatutnya pihak penguatkuasa agama Islam dikerahkan untuk menutup semua tempat-tempat maksiat yang ada di sana-sini di seluruh negara..Mengerahkan tenaga kerja yang ada dalam membenteras pengedaran video-video lucah sebagai contoh... Siapa tahu pihak masjid dan gereja dapat bekerjasama dalam membentuk masyarakat yang lebih harmonis? Soal iman dan keyakinan biarlah menjadi pilihan hati peribadi, sebab akhirnya Tuhan bukan melihat apa yang diluar sahaja, tetapi Tuhan melihat apa yang sebenarnya di dalam hati setiap insan...

Saya nak tanya sekali lagi: Adakah DIA (Allah) akan marah?

Perisai & Pedang: Senyum-senyum selalu ;-)

Saturday, March 28, 2009

Yesus pun tidak tahu....?

Siapa sebenarnya 'Yesus' yang disembah oleh orang Kristian? Adakah Yesus ini Tuhan? Adakah Yesus ini Tuhan Allah Pencipta langit bumi laut dan segala isinya yang telah turun menjadi manusia? Seorang rajai boleh turun dari takthanya dan hidup seperti seorang rakyat biasa, tetapi seorang rakyat biasa tidak boleh menyamar sebagai seorang raja dan dapat terlepas dengan penipuannya!

Yesus adalah Tuhan Allah yang telah turun menjadi seorang manusia. Dia datang untuk menebus dan menyelamatkan manusia daripada dosa,neraka dan hukuman kekal. Alkitab berkata "Karena begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal" (Yohanes 3: 16)

Tetapi benarkah Yesus itu Tuhan Allah yang telah menjadi manusia? Dasar iman orang Kristian adalah Alkitab (Firman Allah). Tapi apa kata Alkitab itu sendiri tentang Yesus?

Ada pihak tertentu yang suka memetik Matius 24: 36 untuk menyerang dan memperkecil-kecilkan iman Kristian. Pihak ini kalau menyerang orang nombor satu, tapi kalu pihak dan kepercayaan mereka diusik sedikit saja, besok-besok akan adalah gereja yang kena pecah, kena bakar, kena bom dsb dsb. Padahal seringkali saya nampak sticker di belakang kereta Kancil yang mengatakan agama mereka sebagai "a religion of peace". Sangat ironis!

Matius 24: 36 berkata "Tetapi tentang hari dan saat itu tidak seorang pun yang tahu, malaikat-malaikat di sorga tidak, dan Anak pun tidak, hanya Bapa sendiri."

Yesus sendiri tidak tahu hari kedatangan-Nya dan kesudahan dunia? Kalau Dia tidak tahu, bukankah itu membuktikan yang Yesus sebenarnya bukan Mahatahu? Sekiranya Dia Tuhan Allah yang menjadi manusia, kenapa Dia tidak tahu? Adakah Dia setakat pura-pura tidak tahu?

Ramai belia dan beliawanis orang Kristian yang kecundang imannya bila diperhadapkan dengan ayat ini dan pertanyaan yang dikaitkan dengannya seperti contoh di atas. Penyerang-penyerang dan pengkritik-pengkritik iman Kristian akan menggunakan Matius 24: 36 dan berkata "Tembelang Yesus pecah dengan ayat Matius 24:36 ini, di sini Yesus terang-terangan mengaku yang Dia bukan Tuhan, tapi ramai orang Kristian masih buta!".

Selain kesukaran memahami konsep Yesus sebagai "Anak Allah", ayat ini juga sulit dimengerti dan dijelaskan oleh ramai orang percaya. Ekoran daripada itu, bukan sedikit yang telah berpindah alamat dari segi kepercayaan mereka. Jadi apakah sebenarnya yang berlaku dalam Matius 24:36? Mengapa Yesus mengaku sebagai "tidak tahu" tentang hari kedatangan-Nya yang kedua kali dan tentang kesudahan dunia?

Penjelasan untuk Matius 24:36

Dalam ayat ini Yesus sedang bercakap sebagai seorang manusia 100%. Ayat Matius 24:26 ini dikatakan Yesus dalam konteks-Nya sebagai manusia biasa. Dan sebagai seorang manusia, pengetahuan adalah terbatas. Tanpa campurtangan dan Wahyu dari Tuhan, adalah mustahil untuk mengetahui apa bakal berlaku di masa hadapan. Sewaktu hidup sebagai manusia sempurna, Yesus perlu melalui semua yang perlu dilalui oleh manusia, hanya Dia tidak berbuat dosa. Alkitab berkata Yesus telah "mengosongkan diri-Nya" (Filipi 2: 6-8). Dia telah mengosongkan diri-Nya supaya Dia dapat menggenapi semua tuntutan Hukum Taurat supaya Dia dapat manjadi "Anak Domba Allah yang menghapus dosa dunia" (Yohanes 1:29). Dalam hidup Yesus sebagai manusia, Dia tidak menggunakan kuasa yang ada pada-Nya sendiri, tetapi Dia hidup sepenuhnya sebagai seorang manusia yang serba terbatas dan bergantung penuh kepada pimpinan dan kuasa Roh Kudus. Roh Kudus telah turun memenuhi-Nya sewaktu Dia dibaptis Yohanes Pembaptis. Sebab itu Yesus berkata "Roh Tuhan ada pada-Ku, oleh sebab Ia telah mengurapi Aku, untuk menyampaikan kabar baik kepada orang-orang miskin; dan Ia telah mengutus Aku untuk memberitakan pembebasan kepada orang-orang tawanan, dan penglihatan bagi orang-orang buta, untuk membebaskan orang-orang yang tertindas, untuk memberitakan tahun rahmat Tuhan telah datang." (Lukas 4: 18-19). Dalam hidup-Nya sebagai manusia, dalam pimpinan kuasa Roh Kudus, Dia telah menggenapi tuntutan Hukum Taurat dalam hidup dan dalam kematian-Nya. Kerana Dia tidak berdosa maka kubur dan maut tidak dapat menahan-Nya sehingga setelah tiga hari Yesus Kristus telah bangkit sebagai Pemenang!!

Jadi kita kena faham Matius 24:36 dalam konteks Yesus berkata-kata dari sudut seorang manusia yang terbatas pengetahuannya. Ini bukan ayat untuk menyangkal keTuhanan Yesus Kristus bila kita melihatnya dalam konteks karya penebusan Kristus.

Jadi tidak ada tembelang Yesus yang pecah sebenarnya...

Ada sesiapa nak tambah?








Tuesday, March 24, 2009

Kekayaan yang sebenarnya...

Miskin di hadapan Allah dan tidak kaya di hadapan Allah adalah dua perkara yang berbeza.

Tuhan Yesus berkata

"Berbahagialah orang yang miskin di hadapan Allah, karena merekalah yang empunya Kerajaan syurga"(Matius 5:3).

Di tempat lain Tuhan Yesus memberi contoh seorang kaya yang bodoh

"Ada seorang kaya, tanahnya berlimpah-limpah hasilnya. Ia bertanya dalam hatinya: Apakah yang harus aku perbuat, sebab aku tidak mempunyai tempat di mana aku dapat menyimpan hasil tanahku. Lalu katanya: Inilah yang akan aku perbuat; aku akan merombak lumbung-lumbungku dan aku akan mendirikan yang lebih besar dan aku akan menyimpan di dalamnya segala gandum dan barang-barangku. Sesudah itu aku akan berkata kepada jiwaku: Jiwaku, ada padamu banyak barang, tertimbun untuk bertahun-tahun lamanya; beristirahatlah, makanlah, minumlah dan bersenang-senanglah! Tetapi firman Allah kepadanya: Hai engkau orang bodoh, pada malam ini juga jiwamu akan diambil dari padamu, dan apa yang telah kausediakan, untuk siapakah itu nanti? Demikianlah jadinya dengan orang yang mengumpulkan harta bagi dirinya sendiri, jikalau ia tidak kaya di hadapan Allah."(Lukas 12: 16-21)

Miskin di hadapan Allah bercakap tentang 'menyedari keadaan kita yang berdosa dan tidak ada yang kita dapat bangga atau harapkan di hadapan Allah. Kita hanya berharap dan berserah sepenuh kepada anugerah dan belas kasihan-Nya. Dalam menyedari keadaan kita yang "miskin" kita akan datang kepada-Nya dengan penuh kerendahan hati dan sentiasa datang dengan pengakuan dosa dan memohon agar terus menerus disucikan (1 Yohanes 1:9) dan dikuatkan (Yesaya 40:31). Orang yang miskin di hadapan Allah adalah orang yang sentiasa menyedari keadaannya di hadapan Tuhan dan sentiasa berharap kepada-Nya. Orang seperti ini menyedari bahawa di luar Tuhan, kita tidak dapat berbuat apa-apa (Yohanes 15: 5).

Tidak kaya di hadapan Allah merupakan kemiskinan yang sesungguhnya. Sungguh menakutkan kalau ini berlaku pada kita setelah kita bersusah payah bekerja mencari wang dan mengumpulkan harta benda dalam dunia ini. Keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu sekarang ini membuktikan kebenaran kata-kata ini. Kekayaan dalam dunia ini ada batas gunanya. Peribahasa 'semut mati kerana gula' sesuai benar untuk orang-orang semacam ini. Kita semua perlu bekerja dan menabung, Firman Tuhan menasihatkan kita agar mencontohi semut yang rajin bekerja (Amsal 6: 6-8) tetapi janganlah sampai kita lupa siapa kita, dari mana kita, di mana kita dan kemana kita akan pergi. Orang kaya bodoh ini lupa semua itu. Pada fikirannya kehidupan dalam dunia ini hanyalah untuk bersenang-senang saja. Sekarang ini saya fikir ungkapan "the American Dream" iaitu "sandy beaches drinking rum every night" sudah sudah tinggal siulan, nyanyian dan yalah..... tinggal "American dream".. Sesungguhnya Tuhan sedang menggoncangkan dunia agar tinggal tetap apa yang tidak dapat digoncangkan.. (Ibrani 12: 26-29). Apakah yang tidak dapat digoncangkan? Iman kita (Lukas 18: 8, 1 Yohanes 5: 4-5)

Apakah sepatutnya yang diperbuat oleh orang kaya ini agar tidak dilabel Tuhan sebagai 'orang kaya yang bodoh?'

  1. Orang kaya perlu bersyukur (Mazmur 50:14, 23)
  2. Orang kaya perlu membayar persepuluhannya (Maleakhi 3: 10)
  3. Orang kaya perlu kaya dalam berbuat baik, menjadi kaya dalam kebajikan, suka memberi dan membagi (1 Timotius 6: 17-19)

Kita diselamatkan dengan anugerah kasih karunia Tuhan (Efesus 2: 8) dan bukan dengan amal- baik kita. Kita tidak dapat diselamatkan dengan jalan berbuat baik kerana semua orang telah berbuat dosa dan upah dosa adalah maut. Yesus Kristus perlu mati disalib bagi menanggung hukuman dosa manusia dan darah-Nya yang tercurah menyucikan kita (yang percaya) daripada segala jenis dosa. Aamal baik yang kita lakukan setelah percaya dan menerima Yesus Kristus ke dalam hati semata-mata suatu ungkapan kepada apa yang telah berlaku dalam hati kita dan yang pasti sudah menjadi milik kekal kita iaitu:keselamatan. Orang yang tidak mempunyai hati yang suka memberi dan membagi berkemungkinan besar belum memiliki dan mengalami pemberian terbesay yang Tuhan Allah dapat berikan kepada manusia iaitu diri-Nya sendiri sewaktu Dia datang sebagai manusia di dalam Tuhan Yesus Kristus.

Saya tidak menggunakan istilah "anak Allah" sebab itu selalu di salah mengerti dengan pengertian biologi. Sebenarnya istilah "anak Allah" jangan di salah mengerti dengan pengertian biologi melainkan dengan pengertian yang saya sebut sebagai 'pengertian kata hubungan dan fungsi'. Apakah kata hubungan dan fungsi di antara mangga dengan anak kunci? Di antara kunci pada daun pintu dengan anak kunci? Pernahkah mangga kunci mengandung sembilan (9) bulan lalu melahirkan anak kunci? tetapi mengapa disebut sebagai anak kunci? Ia disebut anak kunci sebab hanya dengan anak kunci mangga dan daun pintu dapat di buka. Hanya dengan anak kunci kita dapat membuka rahsia disebalik pintu atau banrang-barang yang berkunci. Bukankah begitu? Jadi apabila kita menggunakan istilah Yesus Kristus sebagai "Anak Allah" sebenarnya bukanlah Allah itu beranak, melainkan Yesus itu adalah kunci satu-satunya yang dapat membuka dan membawa kita mengetahui dan memahami rahsia Allah yang perlu difahami kita. Ada juga bapa-bapa yang berfikiran pendek bila memarahi anaknya akan membentak "Bodoh! Anak anjing!" Bilamasa pula si bapa ni "projek" dengan anjing??? Kenapa disebut anak sendiri sebagai 'anak anjing'? Kerana sifat anak sewaktu di marahi itu barangkali seperti anjing sehingga menimbulkan kemarahan si bapa. Boleh mengerti? Jadi disebut "Yesus Anak Allah" itu maknanya 'Yesus bersifat Allah' dan memangpun Dia adalah Allah yang menjadi manusia. Tuhan Allah memang tidak beranak dan Dia pun bukan diperanakkan!

Kita bercakap tentang kekayaan yang sebenarnya...

Jadi apakah jalan supaya kita sentiasa 'kaya di hadapan Tuhan?'

1. Tidur secukupnya, jangan berlebihan (Amsal 6: 10-11, 24: 33-34)
2. Tetap masa teduh peribadi (Mazmur 5,Mazmur 108:3, Markus 1: 35, Kisah 5:21)

Amalan masa teduh peribadi seumpama bunga yang membuka kelopaknya untuk sinar mentari di pagi hari. Akibatnya bunga mengeluarkan haruman dan keindahannya kepada persekitarannya.. Kombinasi baja dan sinaran matahari membuatkan bunga indah dan memberkati. Demikian juga kombinasi Firman yang kita baca dan renungkan dalam hadirat Tuhan akan membuatkan kita harum dan indah kepada persekitaran kita... (Tetapi bau kematian bagi mereka yang akan biasa! Orang-orang yang tidak mengenal Tuhan 'sakit mata' melihat anak-anak Tuhan..)

3. Terus hidup sebagai persembahan hidup setiap hari (Roma 12: 1-2)
4. Terus mengalir dalam perbuatan baik, kebajikan, memberi dan membagi (1 Timotius 6: 17-19, Yohanes 7:38)


Kekayaan yang sesungguhnya adalah kehiduapan yang berkelimpahan, kehidupan yang mengalir keluar, di mana saja dan bila saja .. ada saja orang yang diberkati oleh Tuhan di dalam dan melalui kita. Yesus, Putra Allah memilih pasangan miskin untuk datang ke dalam dunia, hidup cara yang sangat sederhana..namum kekayaan terucah dari mulut dan kehidupan-Nya. Dia mati, dikuburkan dan dibangkitkan dari kematian semata-mata supaya anda dan saya dapat mengenal, menerima dan memiliki kekayaan yang sesungguhnya...

Pada hari ini, hitunglah dan kongsikanlah berkat-berkat-Nya....! ;-)

Friday, March 20, 2009

Seperti layang-layang putus tali...

Siapakah yang tidak suka kepada layang-layang? Saya yakin semua orang sukakan layang-layang. Seawal berumur 6 tahun saya sudah bermain layang-layang bersama abang-abang dan kawan-kawan sekampung. Seronok sekali masa bermain layang-layang. Apa yang seronok saya ingat sekarang adalah proses pembuatan layang-layang. Kami tidak membeli layang-layang, tapi kami membuat layang-layang menurut citarasa masing-masing.

Kalau kami bermain, kami akan bertanding layang-layang siapakah yang dapat naik paling cepat ke tempat paling tinggi. Ada pula sewaktu-waktu layang-layang kami akan dilagakan di antara satu sama lain seperti burung-burung yang sedang berkelahi di angkasa.

Tetapi saya pernah tidak berpuas hati dengan layang-layang.. Saya merasa sedih sebab layang-layang tidak dapat bergerak dan terbang sendiri. Layang-layang sangat bergantung kepada angin, tali dan 'tuan'nya.

Saya ingat kata-kata seorang kawan rapat yang berkata "Pelayanan itu seperti menerbangkan layang-layang. Kita dapat beli layang-layang yang cantik atau membuat layang-layang yang cukup cantik dan megah.. tetapi kalau tidak ada angin, dapatkah layang-layang kita itu terbang? Kita dapat membuat layang-layang, tetapi dapatkah kita membuat angin? Sebagaimana dengan layang-layang yang tidak ada angin, demikian jugalah pelayanan yang tidak disertai dengan angin Roh Kudus... Saya sangat suka dan bersetuju dengan gambaran yang diberikannya..

Kehidupan dalam hubungan dengan Tuhan dalam Firman-Nya juga dapat diibaratkan dengan permainan layang-layang. Suatu waktu si layang-layang yang sudah naik tinggi di angkasa melihat pemandangan yang ada di bawahnya. Layang-layang melihat jauh. dan ternampak keindahan di tempat lain. Layang-layang teringin ke sana tapi tak terdaya kerada ada tali yang mengikatnya ke 'tuan' yang di bawah. Layang-layang mula merasa terkongkong. Layang-layang mula meronta-ronta mahu melepaskan diri. Akhirnya dia berjaya memutuskan tali ke tuannya. Untuk seketika layang-layang menarik nafas lega... "Wah, bebas...aku kini bebas. Bebas bak burung terbang..." Layang-layang menikmati udara bebas sekejap. Kemudian layang-layang cuba untuk terbang. "Eh, kenapa ni? Kenapa saya tidak dapat terbang semau saya? Kenapa saya mula hilang ketinggian? Tuan, tuan.. di mana ko?" Akhirnya layang-layang jatuh tersadai di atas semak berduri sehingga layang-layang yang cantik megah tadi kini koyak rabak dan patah....

Bila kita mahu hidup di luar kehendak Firman Tuhan, hidup kita akan berakhir seperti dengan layang-layang yang putus tali...

Anda ada gambaran lain yang lain yang dapat menolong sesama kita?

Wednesday, March 11, 2009

Di persimpangan iman...


Akhir-akhir ini ada beberapa orang sibuk mempertikai tentang istilah ‘Allah’ yang tidak boleh digunakan oleh non-Muslim. Sebelum saya lahir ke dalam dunia, orang-orang Kristian di Sabah sudah lama menggunakan sebutan itu untuk Tuhan. Kalau pada nama Allah ada pertaubatan dan jalan keselamatan, mengapa melarang orang lain daripada menggunakannya? Saya rasa Tuhan sendiri merasa hairan bila melihat gelagat sesetengah manusia yang cuba "membela Tuhan'. Manusia tidak perlu membela Tuhan, Dia dapat membela diri-Nya sendiri. Manusia itulah yang memerlukan pembelaan. Dalam posting kali ini saya mahu bercerita pengalaman peribadi saya sewaktu saya mencari Siapa sebenarnya Tuhan itu...
Saya harap tulisan saya ini tidak disalahmengerti atau sengaja disalahertikan sebagai “menghina” pihak tertentu. Jauh daripada itu. Sahabat yang saya anggap paling karib pun adalah seorang Muslim. Malangnya kami sudah putus hubungan sejak Tingakatan 4. Saya respek sangatlah kawan yang saya panggil sebagai 'Nat' itu. Saya respek keluarganya. Walaupun saya tak sempat bertandang ke rumahnya di Langkawi, tetapi melihat foto keluarganya saya tahu keluarga ini bukanlah calang-calang dari segi ikatan keluarga. Saya terharu pada suatu hari sewaktu keluarganya menghantar Nat kembali ke asrama, saya ternampak Nat mencium tangan abahnya. Jauh dalam hati kecil saya, saya merasa cemburu melihat keakraban dan kemesraan keluarga itu. Masa itu kami baru tingkatan 1. Bukan itu saja, malah saya sangat menghormati kawan saya ini sebab dia sajalah dari antara ramai kawan yang pernah berkata “Joe, hari ini Ahad kan? Awat hang tak pi church?Hang kan seorang Kristian?” Saya tersentuh dengan pertanyaan itu... Saya menghadapi kesulitan ke gereja pada hari Ahad pada masa itu sebab hari Ahad merupakan hari persekolahan di negeri kedah. Saya ingat lagi sewaktu di sekolah rendah kami belajar “Sivik”. Dalam kelas sivik, kami di ajar untuk saling menghormati budaya dan kepercayaan sesama rakyat Malaysia. Saya dapati brother ini kaya dengan siviknya. Pertanyaannya itu telah mencetus beberapa pertanyaan dalam diri saya “Kenapa saya tak ke gereja? Tapi ke gereja itu untuk apa? Adakah saya ini seorang Kristian? Apakah yang membuat saya ini seorang Kristian?” Setahu saya, saya hanya di lahir dalam keluarga yang mengaku sebagai orang-orang Kristian. Tetapi pada masa itu “haram apa-apa pun aku tak tau " (ini loghat Kedah..)
Saya memperhati kawan-kawan sekeliling saya. Mereka semua orang yang baik-baik. Ada la beberapa kes budak nakal, saya pun pernah didera orang itu, mata saya merah ditumbuk sewaktu saya masih sedang tidur. Ada juga seorang senior yang memaksa saya berinjut @ ketok-ketampi sebanyak 1000 kali. Ya .. SERIBU kali. Tapi pada keseluruhannya mereka ini baik-baik belaka. Saya tidak berdendam.
Satu hal yang saya perhatikan pada masa itu adalah saya tidak dilarang daripada menyebut perkataan ‘Allah’. Malah saya sangat digalakkan. Saya diajar menyebutnya dengan betul, malangnya lidah orang Dusun Sabah ni tak dapat menyebutnya dengan betul (hahahahahaha). Saya juga diajar menyebut ucapan untuk memeluk Islam. Ada di antara kawan-kawan yang agak bersifat fanatik berkata dengan menyebutnya maka saya sudah menjadi seorang Islam. Tetapi beberapa kawan yang lain membantah dengan mengatakan saya belum boleh dikatakan telah memeluk agama itu sebab itu belum disebut dengan niat hendak memeluk agama, belum dengan penuh pengertian dan bukan juga dengan seikhlas-ikhlas hati. Bila mereka melayan saya sedemikian, rasa hormat terhadap mereka semakin menebal.
Tetapi suatu hari rasa hormat yang mula menebal itu hancur sama sekali...
Seorang ustaz datang dan meminjam Bible yang ada pada saya. Kawan-kawan sebilik memberitahunya bahawa saya memiliki Bible. Saya dengan senang hati meminjamkan kepada ustaz tadi. Memang masa tu saya belum tau bagaimana membaca atau apa manfaat membaca Bible. Saya juga belum tahu bahawa ada kitab Kristian yang disebut sebagai ‘Alkitab’ pada masa itu. Sebenarnya, saya senang hati apabila kitab Bible itu diambil daripada saya sebab saya juga merasa sedikit segan hendak membuka apalagi membacanya dalam bilik asrama yang ada seramai lebih 30 orang penghuni. Jelas sekali kawan-kawan merasa ganjil, takut atau tidak merasa selesa dengan adanya Bible itu dengan saya. Masa tu saya sedikit hairan juga dengan sikap kawan-kawan yang sangsi dengan saya dan Bible yang ada pada saya. Jadi apabila Bible itu ‘dipinjam’ saya akui saya merasa lega sedikit. Kawan-kawan pun kembali rapat seperti biasa dengan saya.. Tapi kenapa membakar Bible saya??
Beberapa minggu berlalu. Saya sudah lupa tentang Bible yang telah dipinjam itu. Saya juga tidak mengambil tahu sangat. Pada suatu hari sewaktu melintasi rumah ustaz tersebut untuk ke sekolah, saya ternampak sebahagian daripada kulit Bible saya yang tidak terbakar. Gumpalan debu hitam masih berasap dengan kulit Bible di atasnya. Saya terkejut dalam hati. Sebahagian hati kecil saya berkata “Sekarang saya tak usah baca Bible ni lagi”. Tetapi sebahagian kecil hati saya pula berkata “Kenapa membakar Bible saya? Apa haknya membakar yang bukan miliknya..?" Saya tidak pun diberitahu yang saya tidak boleh ada Bible dalam locker saya. Kejadian itu membuat saya berfikir dan bertanya “Apakah yang ada dalam Bible sehingga ada orang yang takut kepadanya dan mahu pula membakarnya? Kenapa buku-buku lucah yang disembunyi kawan-kawan tidak dilaporkan kepada ustaz dan selepas itu dibakar? Kenapa banyak-banyak bahan jahat yang ada, Bible pula yang dibakar?” Kejadian itu telah membuat semakin mahu mencari kebenaran Tuhan. Sebab itu saya tidak membuang peluang untuk ke gereja setiap hari Ahad apabila saya pulang bercuti di Sabah sempena cuti panjang sekolah setiap hujung tahun.
Saya ingat dengan jelas pengalaman di suatu hari Jumaat. Kawan-kawan Muslim semua ke masjid. Kawan yang Hindu ke kuil. Saya kesunyian. Saya merasa tiada arah, erti dan tujuan hidup. Apa erti hidup ini? Kenapa saya ada dalam dunia ini? Keadaan saya lebih perih terasa apabila kawan-kawan Muslim mengatakam yang saya akan dibuang dan menjadi kayu api dalam neraka kekal apabila saya meninggal nanti sebab saya ini seorang “Kristian”. Kenyataan seperti itu membuat saya merasa sangat sedih. Hati kecil saya memberontak dan inginkan jawaban “Jadi untuk apalah hidup ini kalau akhirnya saya akan mati dan akan menderita di neraka? Untuk apakah semua perbuatan baik yang diminta daripada saya kalau akhirnya semua itu tidak akan menghasilkan apa-apa? Bukankah lebih baik saya hidup mengikut semau nafsu kerana akhirnya saya akan dibuang ke neraka? Adakah jalan keluar daripada keadaan ini? Adakah sesiapa yang dapat menolong saya untuk mengerti semua ini?” Saya semakin banyak berdialog dengan diri saya. Saya baru berumur sekitar 13 tahun ketika itu.
Saya tidak suka pada persoalan yang tidak terjawab. Satu “ujikaji” perlu dilakukan. Pembaca kena bertanya kepada saya secara peribadi apa “ujikaji” yang telah saya jalankan itu. Ada la sebab musabab kenapa itu tidak dapat ditulis dalam sini. :-)
Tetapi ujikaji itu membawa saya semakin dalam dalam kekusutan persoalan saya. Saya ingat lagi saya melutut menangis selepas membuat "ujikaji' itu dan berkata “Tuhan, siapakah Engkau? Siapakah saya ini? Untuk apa saya ada di dunia ini? Adakah saya akhirnya akan dibuang ke neraka? Untuk apakah hidup kalau akhirnya begitu? Tuhan, siapakah Engkau? Apakah jalan untuk datang kepada-Mu? Tuhan, saya tidak mahu mati sebelum saya tahu jalan yang benar untuk datang kepada-Mu. Kalau Islam jalan kepada-Mu, tolonglah supaya saya dapat menjadi seorang Muslim. Tetapi kalau jalan kepada-Mu ada di dalam Kristian, tolong saya untuk mengerti dan menjadi seorang Kristian yang sebenarnya. Saya tidak mahu mati sebelum berjumpa jalan kepada-Mu. Kalau nanti Tuhan tunjukkan jalan kepada-Mu, maka saya akan memberitahu semua orang jalan kepada-Mu terutama sekali kepada setiap orang yang berada di persimpangan iman seperti saya sekarang ini...”
Dipendekkan cerita, pada tahun 1984 saya telah ‘ditangkap’ oleh Tuhan. Sekarang saya cukup faham tentang Tuhan Allah yang kerana kasih-Nya yang begitu besar akan isi dunia ini telah menjadi seorang manusia (Yesus) untuk menyelamatkan manusia daripada hukuman neraka kekal dengan jalan mati di kayu salib bagi setiap orang berdosa (Yohanes 1:1-3, 14, 3:16).
Iman Kristian tidak mempersenda-sendakan sebutan 'Allah". Kami juga dilarang untuk menyebut nama Tuhan dengan sembarangan. Itu cukup jelas dalam Hukum 10 (Baca di Keluaran 20). Iman Kristian juga bukan menduakan atau mentigakan Tuhan. Iman Kristian percaya kepada Tuhan Allah yang maha berkuasa yang boleh melakukan apa sahaja menurut kerelaan kasih dan kuasa-Nya. Orang Kristian menyembah Tuhan yang Maha Esa. Tuhan Allah ini wujud dalam tiga penyataan diri yang disebut sebagai ‘Tri-Tunggal’ yang sebenarnya istilah itu tidak ada dalam Alkitab. Istilah ini dibuat manusia dalam usaha mahu mengerti lebih dalam lagi tentang Tuhan. Tetapi dalam usaha mahu mengerti, malangnya manusia lebih banyak dibingungkan dan tidak kurang pula yang tersandung dengan istilah itu sehingga orang-orang Kristian disebut sebagai menyembah “Tiga Allah”... Sebenarnya tidak. Orang Kristian hanya menyembah Satu Tuhan iaitu Allah yang Esa. Sebab siapakah yang dapat menyelami lautan Atlantik, Laut Cina Selatan dsb dsb dalam kemampuan sebagai seorang manusia biasa?? Inikan pula mahu menyelami Allah, Pencipta langit, laut, bumi bahkan seluruh alam semesta ini?? Nenek moyang kita saja kita sudah sukar untuk jelaskan asal usul mereka, inikan pula mahu menjelaskan tentang Tuhan Allah yang kekal? Fikir-fikirkanlah sejenak...
Ada seorang pujangga berkata “Tuhan Allah: Kalau hendak mengerti-Nya, kita akan kehilangan ‘kepala’ kita; kalau kita hendak membuang-Nya; kita akan kehilangan nyawa kita”.
Pada hari ini saya tidak perlu bersusah payah belajar cara sebutan “Allah” seperti yang cuba diajarkan kawan-kawan sewaktu di Tingkatan 1 dulu. Sebab Tuhan sebenarnya melihat ke dalam hati kita. Lagipun hari ini, apabila Roh Allah masuk ke dalam hati saya, maka Roh Allah dan roh saya bersama-sama berseru, “Ya Abba, ya Bapa”.. (Roma 8: 16)
Saya yakin Allah Bapa di syurga merasa sedih sebab sekarang ini ada segelintir manusia yang memandai-mandai cuba menghalang orang-orang percaya dariapada menggunakan istilah 'Allah'. Tetapi Dia tidaklah terlalu sedih sebab Dia merasa lebih sedap apabila kita memanggil-Nya “Bapa”. Tetapi kita hanya dapat memanggil-Nya “Bapa” apabila kita sudah memiliki Kristus dalam hati kita, sebab ada tertulis “barangsiapa menerima Dia, diberi-Nya kuasa untuk menjadi anak-anak Allah” (Yohanes 1:12)
Pada hari ini, apabila anda berada di persimpangan iman seperti yang pernah saya alami, maka pilihlah Kristus. Dia tidak akan pernah mengecewakan anda.
Apa kata mu?

Sunday, March 01, 2009

"Iblis, kau pasti akan menyesal!"

Tidak Alkitabiah? Cerita yang dibikin-bikin? Publisiti murahan? Tidak seperti yang diajar di sekolah Alkitab mahupun seminari? Penyampaian khutbah tidak seperti yang diajar dalam kelas homiletika? Ini tidak ngam dengan doktrin gereja SIB...

Barangkali itulah yang bermain di dalam kepala sesetengah orang terutama yang bergelar 'pastor'. Saya bilang begini sebab saya juga ada berfikiran begitu.

Saya merujuk kepada salah satu kesaksian yang diselitkan dalam khutbah sempena pertemuan pemimpin-pemimpin dan pekerja penuh masa gereja SIB baru-baru ini. Hamba Tuhan memberi kesaksian tentang bagaimana anak perempuannya yang berumur 14 tahun dijangkiti kuman di otak dan sudah berada di ambang maut. Pada ketika itu segala sesuatu seperti hancur dalam hatinya. Dia malah berkata pada dirinya dan kepada Tuhan.. "Selepas ini mana mungkin saya dapat mendoakan orang yang sakit lagi". Dokter pakar berkata akan berusaha sebaik yang mungkin tetapi anaknya besar kemungkinan akan mati menjelang awal pagi. Dan ketika itu jam sudah menunjukkan jam 2.30 pagi. Si hamba Tuhan ini mula hilang harapannya.. Tidak tahu apa lagi yang hendak dilakukan selain terus memohon dan memohon kepada Tuhan, tapi dalam masa-masa seperti itu Tuhan rasanya terlalu jauh dan seakan-akan tidak mendengar...

Tiba-tiba...

Tiba-tiba, sewaktu perasaan yang sangat tertekan, iman mulai muncul dalam hatinya. Dia tiba-tiba menjadi sangat marah kepada Iblis.. Dia mula bangkit dan berkata ke arah tubuh anaknya yang tidak sedar diri terlantar di katil "Iblis! Kau pasti menyesal kerana menyentuh anak dan famili saya! Kalau anak saya ini mati, kau pasti akans angat menyesal!! Kalau anak saya hidup pun, kau tetap akan menyesal, sebab kau telah sentuh keluarga saya!!"

Wooooo....... ! Meremang bulu roma! Saya pernah menengking Iblis pergi daripada mengganggu fikiran saya, saya juga pernah menengkingnya keluar dari bilik tidur sewaktu masih di sekolah Alkitab duuuuuuuuulu.... tapi pengalaman hamba Tuhan yang satu ini memang sangat luarbiasa...

Kamu tahu apa yang terjadi pada anak yang otak dijangkiti kuman itu? Sekitar jam 10 pagi, sedang bapanya (si hamba Tuhan) duduk di sisi katilnya dan meletakkan kepala pada tilam, anak perempuannya mengalihkan badan ke arahnya dan mengorakkan senyuman kepadanya...

Anak itu sembuh total!

Hamba Tuhan pandai memberi kata-kata penghiburan kepada jemaat bila dia berkata, "Saya tahu ramai di antara kita yang telah kehilangan anak kepada penyakit, tetapi itu bukan alasan untuk tidak percaya dan terus berharap kepada Tuhan..."

Keesokan harinya saya masih teingat kepada kata-kata si hamba Tuhan tadi .. "Iblis kau akan sangat menyesal! (Devil, you will regret the day you picked up on my daughter and my family! You will regret this..! ).

Saya mula berfikir "Bagaimana mungkin manusia dapat berkata begitu? Apa dasar kami? Bagaimana pula Iblis akan menyesal? Apa maksudnya?"

Tiba-tiba satu ayat Firman Tuhan muncul di benak hati saya .. Ayat Firman Tuhan itu berkata


"Tidak tahukah kamu, bahwa kita akan menghakimi
malaikat-malaikat?"


Lihat dalam 1 Korintus 6:3

Malaikat-malaikat yang akan dihakimi orang-orang kudus (orang-orang yang percaya kepada Kristus) merupakan malaikat-malaikat yang telah memberontak terhadap Tuhan. Seramai 1/3 malaikat-malaikat telah memberontak bersama Lucifer (Yesaya 14:12-15, Wahyu 12:1-9). Iblis dan pengikut-pengikutnya inilah yang akan dihakimi orang-orang kudus! Yang dimaksudkan Paulus dalam 1 Korintus 6:3 adalah malaikat-malaikat yang telah jatuh, yang sekarang lebih dikenali dengan sebutan "Iblis dan roh-roh jahat" atau "Iblis dan setan-setan"..

Bagaimana nanti penghakiman ke atas malaikat-malaikat dijalankan? Itu kita sama-sama tunggu apabila kita sampai di sana kelak...

Saya beberapa ayat yang kita perlu taati dan gunapakai pada hari ini

  1. "Usirlah setan-setan" (Matius 10:8)
  2. "Karena itu tunduklah kepada Allah, dan lawanlah Iblis, maka ia akan lari dari padamu!" (Yakobus 4:7)
Luarbiasa kan Tuhan kita?

Monday, February 23, 2009

God the Mother?

Pernah dengar istilah "God the Mother"? Entah gereja sesat mana yang menggunakan istilah "God the Mother"..

Tapi itulah yang kita dengar keluar dari mulut salah seorang ahli panel di TV1 bila membahaskan "Wajarkah Agama Lain menggunakan Sebutan Allah?" Saya bukan nak berdebat di sini. Saya bukan seorang ahli untuk berdialog. Tapi budak hingusan pun tahu bahawa dalam kepercayaan Kristian tidak ada istilah "God the Mother". Saya tanya kawan dari gereja Katolik juga mengatakan tidak ada. Entah la kalau ada kumpulan Kristian yang baru muncul dengan fahaman teologi yang berbeda. Sekarang ini macam-macam ada.

Tapi beginilah, kalau pihak tertentu mahu agama mereka dihormati, bagaimana kalau belajarlah pula menghormati agama orang lain? Salah satu cara menghormati adalah dengan cara membuat homework terlebih dahulu sebelum bercakap dalam talk show seperti itu.

Ada sekurang-kurangnya dua keuntungan kalau membuat homework, 1) Agama lain akan respek kamu dan 2) Tidak akan mempermalukan diri sendiri dengan betapa dangkalnya pengetahuan yang ada....

Tuhan has no gender kata orang. Tak berjantina. Kita menggunakan panggilan 'Father' bagi Dia sebab dari Dia berasal segala sesuatu. Kalau guna istilah 'Mother' itu membuatkan Tuhan Pencipta (yang nama amnya bagi kami adalah 'Allah') turun mertabat, sebab 'Mother' tu kan di kedudukan yang lebih rendah daripada 'Father'? Memang dalam kasus tertentu ada 'mother' yang kontrol tu 'father'. Tapi secara umumnya bukanlah begitu.

Syukurlah kitab kami tidak mengajar kami untuk membunuh dan menghapus orang-orang yang menghina Tuhan dan kepercayaan kami. Sebaliknya kami diingatkan untuk "mengasihi dan berdoa untuk yang menganiaya kami".. dengan kata lain "give the other cheek". Tapi kalau kami tersalah cakap ja... adalah yang mati di sana sini. Macam tidak lama dulu, satu orang lukis katun, huru-hara satu Eropah. Atau lebih tepat satu dunia? Tapi bila Tuhan kami dihina melalui Da Vinci Code... kami tetap minum teh tarik makan roti canai goyang kami seperti biasa. Kenapa? Kerana Tuhan kami dah biasa kena buat macam tu... Dia pernah ditampar, dipukul, dilukakan, diludahi mukaNya...... pokoknya Dia sangat menderita. Kemudian Dia di salib dan di sana Dia mati. Tetapi kematian dan kuburan tidak dapat menahan-Nya, seban selepas tiga hari, Dia telah bangkit daripada kematian dan pada hari ini Dia hidup!! Musuh-musuhNya menyangka dengan menyalibkan Tuhan yang mulia, mereka telah men-checkmatekan Dia. Ajaib Tuhan, tidak boleh berlaku dalam pertandingan chess/catur yang biasa... tetapi kerana Dia Tuhan, pada saat Iblis men-checkmate kan Dia di salib, pada saat yang sama Tuhan telah counter-checkmate si Iblis! Luarbiasa!

Ke sana pula saya...

So tiada 'God the Mother' dalam pengajaran kami... God's act of kindness like that of a 'mother' tu memang belambak dalam kitab .. tapi untuk mengatakan konsep Tuhan dalam Kristian itu adalah "God the Father, God the Mother, Holy Spirit" tu tidak tepat...

Yang tepat adalah The Father, The Son and the Holy Spirit. And the Father, The Son and The Holy Spirit is ONE GOD.

Salam damai..

P/s Dulu semasa masuk saja Darjah 1 kami terus kena baca Rukunegara. sewaktu-waktu kami akan laungkan itu semasa perbarisan pagi. Bapa saya merupakan Gurubesar kami. Kami juga selalu dingatkan jangan menghina kepercayaan dan agama orang lain. Ada baiknya kalau kita semua ingat-ingat pada Rukunegara...

Monday, February 09, 2009

Ya untuk Yesus , tidak untuk Alkitab (?)

Saya ada seorang sahabat baik. Dia mempunyai seorang teman lelaki. Teman lelakinya ini mengaku seorang Kristian dan mengaku percaya Yesus tetapi tidak dapat menerima Alkitab sebagai Firman Tuhan. Baginya Alkitab itu sudah tidak asli lagi. Dia berpendapt Alkitab sudah banyak mengalami perubahan dalam peredaran zaman. Perubahan yang telah berlaku disebabkan oleh banyaknya terjemahan dan tidak kurang pula terjemahan yang dibuat manusia untuk kepentingan pihak-pihak tertentu.

Memang ada pihak yang telah cuba untuk mengubah dan menambah Alkitab. Beberapa yang saya ingat sekarang adalah Kumpulan Saksi-saksi Yehovah yang mempunyai "Alkitab" sendiri. Dalam salah satu penulisan mereka yang saya pernah baca, mereka mengatakan Yesus merupakan jelmaan salah seorang malaikat! Kita tidak dapat menerima Kitab Yehovah Witnesses sebagai sahih. Satu lagi pihak yang sudah jauh terkeluar dari akidah Kristian adalah orang-orang Mormon. Mereka mendasari iman mereka pada Kitab Mormon yang dikatakan telah jatuh dari langit. Kumpulan ini juga terkenal dengan amalan poligaminya. Kedua-dua Saksi-Saksi Yehovah dan Mormon ini mengaku mereka hidup berpandukan Firman Tuhan yang sebenar dan mereka tidak akan mengenal lelah untuk "mengkristiankan" orang-orang Kristian. Sasaran mereka adalah orang-orang yang rajin ke gereja apalagi orang-orang yang berjalan dengan Alkitab di tangan. Tidak ada gunanya berdebat dengan orang-orang dari golongan ini. Mereka sudah terlatih untuk berdebat dan petik-petik ayat. Orang yang tidak rajin membaca dan menyelidiki Alkitab akan sangat mudah terpengaruh.

Tapi benarkah Alkitab yang ada pada kita sekarang sudah tidak boleh dipercayai lagi?

Saya mahu bandingkan Alkitab dengan beberapa tulisan kuno yang diterima sebagai berwibawa dan menjadi rujukan untuk mengkaji dunia di zaman silam. Saya mahu ambil dua contoh sahaja.

1. Herodotus of Halicarnassus.
484 BC–c. 425 BC. Dia dianggap sebagai "Bapa Sejarah". Dia merupakan ahli sejarah yang mengumpul bahan sejarahnya secara tersusun. Salinan awal kepada karyanya adalah dalam tahun 900 m. Jarak masa di antara penulisan dan salinan awal adalah selama 1300 tahun. Jumlah salinan yang ada sampai pada hari ini hanya 8.
2. Buku Gallic War oleh Julius Ceasar. Ditulis sekitar tahun 58-50 sm. Salinan terawal yang ditemui adalah sekitar tahun 900 m. Jarak masa di antara tahun penulisan ada selama 950 tahun. Jumlah salinan yang ada sampai pada hari ini hanya ada 9-10 salinan. Tulisan ini diterima sebagai sah dan berwibawa bila bercakap tentang sejarah yang berkaitan dengan orang Rum.

Karya Herodutus dan Julius Ceasar di terima sebagai sah dan berwibawa sampailah ke hari ini.

Bagaimana pula dengan Alkitab khususnya Perjanjian Baru?

Perjanjian Baru ditulis sekitar tahun 40-100 m. Salinan terawal dalam tahun 130 m. Salinan manuskrip Perjanjian Baru yang lengkap dalam tahun 350 m. Jarak masa adalah 300 tahun sahaja. Jumlah salinan yang ada pada kita? Ada lebih 5000 salinan dalam bahasa Yunani, 10,000 salinan dalam bahasa Latin dan 9,300 dalam bahasa-bahasa lain.

Kalau penulisan lain yang jarak masa sangat jauh dengan jumlah salinan yang sedikit di terima sebagai sah sehingga hari ini, kenapa mempertikaikan kesahihan Perjanjian Baru yang jarak masa penulisan dan salinan awal jauh lebih dekat dan jumlah salinan-salinan yang boleh dikatakan sebagai 'menggunung'?

Pertimbangkanlah!

Saya hairan kalau ada orang yang mengaku percaya kepada Yesus tetapi tidak percaya dan tidak dapat menerima Alkitab.

Bukankah Alkitab berkata "Jadi, iman timbul dari pendengaran, dan pendengaran oleh firman Kristus". (Roma 10:17)

Saya harap tulisan ini sedikit sebanyak masuk akal dan masuk hati....

Saturday, November 01, 2008

Peta perkembangan Agama Semenjak 3000 SM ke 2000M

Saya terjumpa satu peta perkembangan agama yang saya dapati sangat menarik... Ini bagus untuk dikongsikan bersama. Klik sini untuk situs asal.


Wednesday, May 21, 2008

Hampir tertipu atau tidak sensitif?

Saya masih di Kuala Lumpur. Tinggal dengan seorang kawan di sebuah hotel sederhana dekat Subang.

Saya mahu cerita apa yang baru taaadi saya alami. Kamu tentukan samada saya telah berbuat sesuatu yang betul ataupun tidak. Silakan memberi komen anda di bahagian komen di bawah sana tu..

Begini, petang tadi lebihkurang jam 6.30 petang saya bermesyuarat dengan beberapa orang kawan orang putih. Adalah bah yang kami bincangkan itu. Mesyuarat siap macam jam 9 begitu. Selepas itu saya pun pi Carrfour mau pi beli sesuatu... Saya sedang bergegas mau pi satu meeting lagi pada jam 10 pm.

Sewaktu di hujung jambatan dekat carrfour itu saya ternampak seorang lelaki separuh umur berserban berjanggut panjang berjacket putih berjalan perlahan-lahan hampir rebah. Lelaki itu sedang sikut beg pakain di bahunya dan tangan kiri seperti sedang meraba-raba bahagian dadanya...

Dia betul-betul di depan mata saya. Saya tidak boleh terus limpas dan pura-pura tidak nampak. Dia nampak sakit dan perlu diberi perhatian. Saya selalu bila saja nampak orang susah depan mata saya yang begitu-begitu saya akan teringat Matius 25 iaitu perumpamaan tentang domba dan kambing itu. Dalam hati saya berkata "Mana tau ini Dia yang sedang menyamar?" Tapi saya sedar ada juga yang suka ambil ksempatan terhadap kebaikan hati orang lain... Setuju? Saya pernah ditipu beberapa kali...

Kalau kau la kan? Apala yang kau akan buat? Limpas saja? Kejamnya.... Pura-pura tidak nampak? Jangan begitu..nanti Tuhan kasi buta betul2 apa macam? Apakah yang akan anda lakukan kalau ko?

Saya mendekati lelaki itu dan menyapa "Pak Cik, Pak Cik ok?" Saya mesti mengaku, bila panggil orang lain "pakcik" ni kan buat saya terasa macam 25 lah pula...Hehehehe. Kalau mau rasa muda, mula-mulalah hormat warga tua ni... atau yg lebih tua... Tapi kalau saya kamu kena panggil "brother" laa...

Saya mendekati orang tadi dan bertanya keadaannya. Dia jawab sambil terketar-ketar (lakonan senario kali) "Saya ok, nak... Saya cuma nak jalan ke Masjid sana tu..." Pada masa itu saya tidak nampak ada masjid yang terdekat. Tapi kemudian bila saya lihat dalam peta pada kawan sebilik saya, memang ada masjid di tempat yang ditunjuk "pak cik" tersebut.

Dia mula bercerita yang kawan mungkir janji tak bagi dia wang rm 250,000 untuk membayar kos pembedahan jantung yang dia baru lalui... dan sekarang dia sedang dalam perjalanan untuk bermalam di sebuah masjid yang dimaksudkannya.

Saya berfikir "Kalau dia baru dibedah, kenapa dia dibiar-biar jalan sendiri seperti ini? Adakah Jantung Negara sekejam ini membiar orang belum sembuh berjalan sendiri?" Saya mula berfikir barangkali saya sedang berhadapan dengan seorang penipu lagi. Macam yang saya bilang tadi, saya pernah mengalaminya...

Tapi saya tidak boleh tinggalkan orang itu begitu saja. Ini satu peluang untuk "berbuat baik". Saya berfikir setidak-tidaknya saya perlu mendoakan orang itu. Siapa tau dia betul-betul sakit kan? Saya terfikir juga mahu hantar dia sampai ke masjid itu dengan memapahnya tapi itu bermakna saya tidak ke pertemuan yang saya janji pada jam 10 itu... Apa harus saya buat? Satu yang pasti, saya mesti mendoakan orang itu. Saya pun memberitahu yang saya tidak ada wang yang cukup untuk membantu orang itu (dia minta rm36 untuk tambang bas balik ke Johor Baru).

Ngam ka? kalau ko apa ko buat?

Saya pun bilang, mari saya doakan Pak Cik. Boleh? Dia bilang boleh. Saya pun berdoa "Tuhan, saya berdoa Engkau tolong bapak ini. Engkau saja yang lebih tahu keadaannya sekarang.." Belum saya jauh berdoa, Pak Cik tadi memberhentikan doa saya dengan lembut "Eh, anak berdoa dalam nama Isa kan? Isa itu Yesus. Saya tak apa punya. Saya terima doa dalam nama Yesus. Anak ini orang ketiga yang sudah mendoakan saya dalam nama Yesus. Sebab nama itulah saya dapat berjalan sejauh ini..." Saya tersintak.. Luarbiasa!

Saya bilang saya tidak dapat hantar "pak cik" itu ke masjid sebab saya tak ada kereta dan saya ada temu-janji. Sebenarnya saya sangsi terhadapanya. yang buat saya susah mau percaya adalah bial dia bilang dia baru siap bedah jantung... Saya tidak taulah, tapi mana ada pesakit yang baru dibedah akan dibiar berjalan seorang-orang begitu? Pertimbangan inilah yang buat saya susah mahu mempercayainya...

So saya mendoakannya dan meninggalkannya begitu saja....

Adakah saya hamir tertipu atau tidak sensitif?

What say you?

Tuesday, May 20, 2008

Di mana sudah itu Satelit Chips 666?

Minggu lepas inbox mesej hp saya dihujani dengan sms... Tidak kurang juga yang menalipon untuk bertanya tentang perkara yang sedang heboh diperkatakan.. Apa yang berlaku buat perasaan saya bercampur-campur di antara rasa kelucuan, sedih dan rasa kesian....

Saya rasa lucu sebab baru saja mesej dalam sms begitu orang sudah panik dan ketakutan. Cuba kalau kita di negara lain di mana orang-orang percaya diburu dengan senapang dan tidurnya dalam hutan dan bukan itu saja, semasa tidur harus membuka sebelah mata!

Saya rasa sedih sebab betapa orang lebih cepat dipengaruhi oleh khabar-khabar angin dan bukan oleh sesuatu yang pasti seperti yang terdapat dalam kebenaran Firman Tuhan (Alkitab).

Saya merasa kesian sebab ramai orang percaya sekarang ini tidak merasa perlu untuk mendalami apa yang diajarkan oleh Firman Tuhan, sehingga mudah saja diumbang ambing oleh pelbagai perkara yang kononnya "ada tertulis dalam Firman Tuhan"? O brother....

Kamu tidak tahu apa yang saya maksudkan? Kalau kamu tidak tahu bererti kamu (yang sedang membaca) tidak ada menerima dua mesej sms di bawah ini:

SMS pertama

"Pdt. Silas Belamy m'minta kami truskan pesan ptg dr Amerika supaya b'mula dr jam 11 malam ini semua sim kad handfon dicabut dari hp dan disimpan sampai tarikh 14/5 pagi br digunakan sbb antikristus malam ini akan melancarkan satelit Chips 666 ke angkasa menyerang masuk melalui hp & jangan terima pgllan/sms dari no Axis dgn awalan 0866 dan 0838 @ apabila nombor masuk berubah jd merah mesti dimatikan, jangan diangkat,jgn dibaca sms tsbt,sbb 2 org tlah mati di Amerika di sbbkan mrka membuka pangglan"
Mesej diterima 13/7/08 21: 21:54

SMS kedua

Tanggal 12 mei 08 peluncuran satelit CIPS 666 oleh Amerika utk dicap di tangan/dahi manusia pengganti kartu krdt & wang untuk bblanja. Pengikut Kristus jgn mau trima cap 666 apabila diajak; kerna angka 666 adalah angka setan. wahyu 13: 1-18. Kirim kepada teman-teman yang lain sebelum terlambat! Sms dari seorang hamba Tuhan di Jakarta.
Mesej diterima 13/7/08 21:20:47

Bagaimana sekarang? Sekarang sudah 20 Mei 2008. Saya tak nampak ada apa-apa yang berlaku pun? Saya tak cabut pun simkad? Saya tak nampak pun mesej yang berubah warna menjadi merah? Jadi mana sudah itu?

Yang sangat melucukan pula adalah ini: Masa saya di Sabah saya dengar khabar angin ada 2 orang di Puchong Kuala Lumpur sudah meninggal kerana menerima mesej yang serupa itu. Diorang ni konon mati sejurus selepas menerima mesej itu dengan mulut yang berbuih-buih.
Tapi bila sekarang saya ada di Kuala Lumpur saya dengar pula khabar angin yang bilang ada orang di Inanam Sabah yang sudah mati sebeb menerima sms yang begitu... Alahai.... Inilah manusia, mudah sekali diperdayakan....

Satelit chip dilancarkan untuk menyerang orang-orang percaya? hahahaha

Kalau dorang mau pakai satelit, dari duuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuluuu lagi sudah boleh pakai maaa.. tengok saya teknologi Google Earth yang boleh dimuat turun dengan percuma tu.. Dengan perisian ini, atap rmah saya pun boleh nampak dengan satelit oooo.. Saya ingat lagi kerjarumah anak saya yang perempuan masa dia masih Darjah 6, dorang diminta untuk tunjukkan di mana mereka tinggal... apalagi, saya print out saja imej satelit kedudukan rumah kami!

Dengan teknologi It sekarang kita mudah saja dijejaki. .. Sekarang ini kod bar 666 tu dah pun digunakan dalam berjual beli dalam bentuk bar komputer di setiap barangan yang menggunakan sistem laser untuk semakan harga setiap barangan yang kita beli....

Memang, yang kita elakkan adalah jangan sampai tangan dan kepala kita dicap dengan no 666 tu la kan? Kalau betullah pelancaran satelit 666 tu benar-benar berlaku, jadi kenapalah? Bukankah itu tanda Kristus semakin sangat hampir kedatanganNya kalau itu 666 sudah muncul? Bukankah kemunculan 666 itu telah dinubuatkan?

Sebenarnya antikristus sudah lama muncul di kalangan kita. Macam kemunculan Yohanes Pembaptis tidak disedari, macam kemunculan Yesus yang pertama tidak disedari pada mulanya dan tidak dipercayai oleh ramai orang, demikian juga dengan kemunculan antikristus ini.

Apa kata Alkitab tentang si Antikristus itu?

Buka dan baca dalam 1 Yohanes 2: 18-23

2:18 Anak-anakku, waktu ini adalah waktu yang terakhir, dan seperti yang telah kamu dengar, seorang antikristus akan datang, sekarang telah bangkit banyak antikristus. Itulah tandanya, bahwa waktu ini benar-benar adalah waktu yang terakhir.
2:19 Memang mereka berasal dari antara kita, tetapi mereka tidak sungguh-sungguh termasuk pada kita; sebab jika mereka sungguh-sungguh termasuk pada kita, niscaya mereka tetap bersama-sama dengan kita. Tetapi hal itu terjadi, supaya menjadi nyata, bahwa tidak semua mereka sungguh-sungguh termasuk pada kita.
2:20 Tetapi kamu telah beroleh pengurapan dari Yang Kudus, dan dengan demikian kamu semua mengetahuinya.
2:21 Aku menulis kepadamu, bukan karena kamu tidak mengetahui kebenaran, tetapi justru karena kamu mengetahuinya dan karena kamu juga mengetahui, bahwa tidak ada dusta yang berasal dari kebenaran.
2:22 Siapakah pendusta itu? Bukankah dia yang menyangkal bahwa Yesus adalah Kristus? Dia itu adalah antikristus, yaitu dia yang menyangkal baik Bapa maupun Anak.
2:23 Sebab barangsiapa menyangkal Anak, ia juga tidak memiliki Bapa. Barangsiapa mengaku Anak, ia juga memiliki Bapa.

Jadi siapakah antikristus itu? Antikrisus adalah orang-orang yang menyangkal Bapa maupun Anak. Maksudnya ialah tidak mempercayai rencana penyelamatan yang Allah Bapa telah rencanakan dan laksanakan dalam Tuhan Yesus Kristus. Mereka juga adalah orang-orang yang bilang Yesus bukan Tuhan, dia hanya seorang manusia biasa...Mereka menyangkal keTuhanan Kristus..

Siapakah 666? Banyak sudah spekulasi dan tulisan dibuat orang tentang si 666 ini..

30 tahun dulu ada "nubuatan" @ ramalan yang sangat terkenal ditulis orang. Tulisan itu bilang empayer Russia (USSR) adalah empayer Iblis dengan President nya sebagai 666 sebab di dahinya ada birth mark seperti tanda luka.. Ada juga tulisan yang bilang seorang ketua agama dalam kalangan denominasi Kristian adalah si Antikristus itu....Macam-macam la...

Saya juga bingung dengan ramalan dan "nubuatan" tengan siapa sebenarnya si Antikristus ini.. So bagi sesiapa yang betul-betul serius mahu menggali apa kata Alkitab tentang siapa si Antikristus itu atau "apa" si antikristus itu dengan lebih mendalam maka saya saran anda muat turun artikel dari situs ini yang tajuknya the False Prophet

Bah, bosan sudah? Ya la tu....

So mana sudah tu tu satelit? Sesiapa yang kenal da tahu nombor hp Pdt. Silas Belamy, tolong bagitau dia saya krim salam.... Harap dapat belanja saya makan bakso atau nasi padang di Jakarta suatu hari nanti... Insya Allah....

Salam damai....

Wednesday, April 23, 2008

Gereja Tuhan yang benar

"Kamu dari gereja mana? Kamu beribadah di gereja mana? Kamu dari aliran gereja yang mana satu ya?" Biasanya begitulah pertanyaan di antara sesama orang Kristian yang baru berkenalan...

Ini sudah semacam lumrah memandangkan sekarang ini sudah begitu banyak sekali denominasi gereja yang ada dalam dunia. Entah apa-apa semua nama yang ada. Biasala kan? dalam keluarga yang besar pun kita bukan kenal semua nama-nama kerabat kita. Saya tak kenal sudah anak-anak kepada nephews dan niece saya. Apalagi dalam keluarga Allah yang tersangat besar. Kan?

Cubalah fikir, dalam negeri tumpah darah Sabah ini saja sudah ada Sidang Injil Borneo(SIB), Roman Katolik(RC), Seventh Day Adventists(SDA), Basel , Gereja Yesus Benar,Daily Bread,Church of God, Sidang Injil Sabah, Protestant Church of Sabah(PCS), Pelita Cahaya Sabah, Anglikan, Gereja Karismatik, His Sanctuary of Glory, Glory Christian Centre, Pentakosta, Gereja Tabenakel, Grace Chapel dll…

Kewujudan gereja dengan begitu banyak aliran ini membuat bukan sedikit orang yang menjadi bingung dan tertanya-tanya “ Yang manakah gereja yang benar?” Itu jugalah pertanyaan yang bermain di kepala saya apabila saya mula serius ke gereja sewaktu berumur sekitar 18 tahun. Saya sangat hairan dengan kewujudan begitu banyak sekali aliran gereja. Bukankah 'Yesus' hanya satu dan Dia berdoa agar kita semua menjadi 'satu' (Yohanes 17)? Anda juga ada kemuskilan yang sama?

Saya harap posting kali ini sedikit sebanyak dapat membantu.

Bah baca dulu Kisah Para Rasul 2: 1-4, 41-47. Kalau mau belajar Alkitab (Firman Tuhan ini, mau sabar, kena pelan-pelan, kena tunjuk kesungguhan, barulah ada hasil. Orang tidak sabar tidak akan dapat apa-apa)

Kisah Para Rasul 2: 1-4, 41-47 mengisahkan tentang gereja Tuhan yang pertama setelah pencurahan Roh Kudus di hari Pentakosta. Ini merupakan Gereja Asli yang telah dilahirkan oleh kuasa Roh Tuhan sendiri. Disebabkan gereja yang pertama ini telah dilahirkan oleh kuasa Roh Kudus sendiri,maka saya tidak melebih-lebih sekiranya saya berkata ciri-ciri yang terdapat dalam gereja yang awal ini selayaknya diambil dan dijadikan ukuran bagi semua gereja yang menyusul, dulu sekarang dan yang akan datang sekalipun. Dengan kata yang lain, apabila ciri-ciri yang terdapat dalam bahagian Firman Tuhan ini terdapat dalam sesebuah gereja yang ada dalam zaman mana sekalipun , maka gereja itu dapatlah dikatakan sebagai gereja yang benar di hadapan Tuhan, tanpa mengira apa nama aliran gereja tersebut.

Tanpa berlengah, apakah ciri-ciri khas gereja yang terdapat dalam teks ini?

Sebelum itu perlu dijelaskan di sini bahawa istilah 'gereja' yang saya gunakan di sini bukan merujuk kepada suatu 'bangunan gereja' melainkan kepada persekutuan orang-orang percaya yang datang berkumpul dan melayani dalam Nama Tuhan Yesus Kristus.

Jadi apakah yang patut menjadi ukuran bagi sesebuah gereja Tuhan yang benar?

Ada sekurang-kurangnya 9 ciri-ciri yang terdapat dalam Kisah Para Rasul 2: 1-4, 41-47 yang dengannya kita dapat mengenalpasti samada sesebuah gereja itu yang benar atau sebaliknya.

1. Gereja yang mengutamakan kepenuhan dan pimpinan Roh Kudus (2:1-4)

Apa kata Tuhan tentang ini? Dia pernah berkata Roh Kudus akan diam dalam kita. Roh Kudus akan mengajar dan mengingatkan kita semua yang telah diajarkanNya. Roh Kudus akan menginsafkan kita akan dosa dan hari penghakiman. Roh Kudus akan memimpin kita dalam seluruh kebenaran. Roh Kudus akan memberi kita kuasa selaku saksi-saksiNya di mana kita berada sampailah ke hujung bumi. (Yohanes 14:15-21, 26, 16:7-8, 12-13, Kisah Para Rasul 1:8). Dalam Wahyu 2-3, gereja diminta untuk dengar-dengaran apa yang mahu disampaikan oleh Roh kepada jemaat-jemaat.

2. Gereja yang mengutamakan Firman Tuhan (2:42)

Pengajaran rasul-rasul adalah pengajaran Kristus yang didasari atas Firman Tuhan. Lihat Yohanes 14: 15-26, Lukas 24;27, Matius 28:20)

3. Gereja yang mengutamakan doa (2:42)

Dikatakan oleh Firman Tuhan mereka setiap hari datang berkumpul dan berdoa bersama-sama. Ini terbukti benar dalam kitab Kisah Para Rasul dan surat-surat para rasul. Mereka menghadapi semua cabaran dan tentangan dengan kesatuan doa mereka (Contoh Kisah Para Rasul 4:31, 6:4,13:3,14:23,16;25,20:36,21:5,21:17)

4. Gereja yang mengutamakan kesatuan (2:44)

Gereja yang awal hidup bersatu dan dalam kasih Kristus. Kesatuan ini sangat indah kelihatan sehingga ramai tertarik dan turut percaya kepada Kristus. Ini merupakan doa Yesus pada malam sebelum Dia ditangkap untuk disalibkan. Realiti Kristus amatlah ketara dalam persekutuan dan perkumpulan gereja yang awal sehingga ini menjadi faktor utama yang mempersatukan dan memperkembangkan jemaat. Dan kesatuan ini diikat dengan kasih Kristus.

5. Gereja yang mengutamakan pelayanan kasih (2:45)

Dikatakan dalam ayat ini "mereka yang menjual harta miliknya, lalu membagi-bagikannya kepada semua orang sesuai dengan keperluan masing-masing". Dengan kata lain mereka saling memperhatikan dan saling melayani sesama mereka. Inilah pelayanan kasih. Inilah misi gereja. Gereja yang awal bukan satu institusi seperti sekarang ini di mana 'jemaat' setia datang dan duduk mendengar tetapi dalam keadaan terasing dari sesama. Jemaat gereja awal mengenal siapa duduk di kiri kanan depan belakang dan peka dengan keperluan yang ada di sekitarnya sebelum berfikir bantuan atau misi ke seberang laut.

Yesus pernah berkata "Dengan demikian semua orang akan tahu, bahwa kamu adalah murid-murid-Ku, yaitu jikalau kamu saling mengasihi "(Yohanes 13: 34-35)

6. Gereja yang mengutamakan Perjamuan Kudus (2:46)

Gereja yang benar akan "mengutamakan" Perjamuan Kudus. Bukan setakat "mengadakan". Kalau "mengutamakan" maka itu menampakkan sikap gereja sementara kalau setakat "mengadakan" itu semacam "jangan tidak" dan "asal ada" saja. Bagaimana itu diterima jemaat, itu terserah pada mereka. Tapi kalau "mengutamakan" Perjamuan Kudus" itu bererti gereja cukup mengerti kepentingan dan penekanan yang tersirat dalam Perjamuan itu sendiri.

Kenapa perlu mengutamakannya?
  • Ia memperingatkan kita kematian kebangkitan Yesus dari kubur dan janji kedatangan-Nya yang kedua kali.
  • Ia merupakan pemberitaan Injil yang simbolik.
  • Ia membawa keinsafan akan dosa.
  • Ia mendorong kesetiaan sehingga kedatangan Kristus kedua kali.

Berapa kerapkah Perjamuan ini perlu diadakan? Dalam setiap persekutuan? Sekali seminggu? Sekali sebulan?Penekanan bukanlah pada kekerapannya melainkan pada pengertiannya. Saya percaya itulah yang cuba diperbetulkan oleh Rasul Paulus dalam 1 Korintus 11 itu.

7. Gereja yang mengutamakan pujian kepada Tuhan (2:47)

Gereja yang benar akan mengutamakan pujian dan penyembahan kepada Tuhan. Ini adalah kesinambungan ibadah umat Tuhan yang biasa dijalankan dalam Perjanjian Lama.

Mazmur 22:4 berkata Tuhan Allah bersemayam di atas puji-pujian umat-Nya.
Mazmur 100: 4 "masuk gerbang-Nya dengan nyanyian syukur"
Ibrani 3:16 "...menyanyikan mazmur, dan puji-pujian dan nyanyian rohani, kamu mengucap syukur kepada Allah di dalam hatimu".

Bila pujian ini penting maka jemaat Tuhan tidak akan berusaha datang tepat masa ke gereja untuk bersama-sama menaikkan pujian dan kesyukuran dan mendengar Tuhan.

8. Gereja yang benar membuahkan kesaksian yang baik (2:47)

Firman Tuhan berkata "Dan mereka disukai semua orang". Baguskan kalau ini realiti gereja dalam masyarakat masa kini?

Mengapakah gereja awal ini disukai oleh semua orang? Kerana kasih Kristus yang sangat ketara sesama mereka dan yang mereka ulurkan juga kepada orang lain seperti kepada orang-orang miskin, yatim piatu dan janda-janda (lihat Yakobus 1:27)

Ada tertluis dalam sejarah gereja bahawa apabila orang luar melihat keadaan kehidupan gereja yang awal, maka mereka akan berkata “Lihatlah betapa baiknya mereka itu. Lihatlah betapa mereka saling mengasihi…” dan kesaksian ini membawa ramai orang percaya kepada Kristus dan diselamatkan.

Dalam surat Filipi ada tertulis, "biarlah kebaikan hatimu diketahui semua orang" (Filipi 4:5). Saya percaya Tuhan bukan menyuruh kita untuk minta puji di sini...tetapi apa yang Tuhan maksudkan adalah Rise and shine! (Yesaya 60:1). Kita berbuat baik sebab Kristus telah terlebih dahulu berbuat baik kepada kita.

9. Gereja yang benar mengutamakan Amanat Agung Kristus (2:47)

Dalam ayat ini dikatakan "tiap-tiap hari Tuhan menambahkan jumlah mereka dengan orang yang diselamatkan"

Ayat ini bukan bererti mereka hanya duduk diam dan Tuhan yang menambahkan jumlah mereka.Tetapi ayat ini mereka semua keluar bersaksi dan Tuhan menyertai kesaksian mereka(peribadi, perkataan dan perbuatan) sehingga setiap hari ada saja orang percaya dan bertaubat. Dan mereka tak payah disuruh untuk bersaksi pun, melainkan kesaksian mereka menjadi gaya hidup mereka. Kalau hari ini Manchester United, Chelsea, Livepool dan Arsenal jadi perbual dan gaya hidup di kedai kopi, maka pada hari itu (dan sepatutnya jadi realiti hari ini juga), Kristus bangkit dari kematian merupakan topik hangat yang diperkatakan!

Amanat Agung merupakan gaya hidup gereja Tuhan yang awal. Bagaimana dengan gereja Tuhan yang ada dalam tahun 2008 ini?
Gereja awal keluar bersaksi, gereja masa kini keluarkan risalah dan "menjemput"..... Aduhai... Gereja masa kini cuba menjemput dan menarik dengan "kecanggihan" yang ada.... Tetapi daya tarikan bukan "tarikan Kristus", apala tu? Tapi banyak jugala kesaksian yang saya dengar dari ramai orang bagaimana motif awal datang ke gereja tidak betul tetapi kemudian menjadi 'betul' apabila mendengar dan menerima pemberitaan dan pengajaran Kristus dalam gereja. Yes!

Jadi yang mana satukah aliran gereja yang benar?

Anglikan? Roman Katolik? Sidang Injil Borneo? Karismatik? True Jesus? Hope of God? Glory Christian Centre? His Sanctuary of Glory? Pelita Cahaya Sabah? Protestant Church of Sabah? Seventh Day Adventists?Daily Bread?Methodist? Grace Chapel? Living Waters? Vineyard? United Pentacostal Church?Gereja Lokal?Revival Church? Gereja Injil Sepenuh? Emmanuel Church? Dan yang terbaru ..GISI? (Maaf saya belum tahu GISI huruf penuhnya apa..., maklum masih baru bah kan?)

Pertanyaan, yang mana satu betul?

Bagi saya, berdasarkan Firman Tuhan yang telah dihuraikan, betul salah sesebuah gereja ditentukan sejauh mana kesetiaan sesebuah gereja itu kepada 9 ciri khas yang telah digariskan oleh Firman Tuhan dalam Kisah Para Rasul 2:1-4, 41-47 ini.

Gereja Tuhan yang benar adalah gereja Tuhan yang

  1. Mengutamakan Roh Kudus.
  2. Mengutamakan Firman Tuhan
  3. Mengutamakan Doa
  4. Mengutamakan Kesatuan.
  5. Mengamalkan pelayanan kasih.
  6. Mengutamakan Perjamuan Kudus
  7. Mengutamakan Pujian Penyembahan
  8. Membuahkan kesaksian yang baik.
  9. Mengutamakan Amanat Agung.
Bagaimana sekarang, apakah yang kita perlu buat sesuai dengan Firman Tuhan yang kita telah perhatikan bersama?

  1. Terima Kisah Para Rasul 2:1-4,41-47 sebagai Firman Tuhan yang kita perlu taati.
  2. Buang sikap yang memandang rendah gereja yang lain.
  3. Pandanglah semua gereja dengan mata yang diperbaharui menyedari bahawa kesetiaan kita terhadap Firman Tuhan itulah yang menentukan kedudukan kita di hadapan Tuhan samada benar atau salah.
  4. Berdoa agar semua gereja kembali kepada Kisah Para Rasul 2: 1-4, 41-47
  5. Terimalah orang-orang percaya dari gereja-gereja lain sebagai saudara dalam Kristus di mana dengan mereka kita boleh bersatu dan bekerjasama dalam pelayanan Tuhan.
So apa kata mu? Kata orang putih "feel free to add"... Sekarang ni nak pi mandi dulu lepas tu pi sarapan... Mau sarapan apa aa hari ni? Mana sudah yang janji mau makan Tom Yam sama-sama tu?

Tuesday, March 25, 2008

Siapa punya telinga....


Saya mesti membuat satu pengakuan ini.... Saya tidak sempat membuat posting di sini sebagaimana yang saya janjikan kepada kawan-kawan sebab saya sering tersangkut di laman-laman seperti Malaysia-Today.net, Malaysiakini.com dan Othermalaysia.org. Teringin juga nak membaca semua artikel dalam Malaysiakini.com yang English punya tapi takde peruntukanlah untuk itu.... Ada sesiapa yang loaded yang bermurah hati nak selesaikan 'masalah' ni untuk saya? Hehehe

Baiklah. Saya mau tanya ni... Sedia?

Anda ada telinga? Cuba raba tengok? Atau pi bercermin kalau tu dua telinga masih sangkut di tempatnya? Ada kan?

Kalau ada, apakah kata Alkitab kepada setiap orang yang mempunyai telinga?

Baca Wahyu 2:7,11,17 dan Wahyu 3: 5,12,21

Ada tertulis dalam ayat-ayat ini bahawa sesiapa yang punya telinga harus mendengar apa yang dikatakan Roh kepada jemaat-jemaat.

Saya tidak mahu berdebat dengan golongan cendikiawan Kristian yang mengatakan sekarang ini Tuhan tidak lagi "bercakap" kepada manusia seperti dulu sebab wahyu bertulis (Alkitab) sudah lengkap diturunkan kepada kita. Kalau Alkitab bilang "Siapa bertelinga hendaklah ia mendengarkan apa yang dikatakan Roh kepada jemaat-jemaat...", maka begitulah itu. Bagus lagi golongan ini ajak saya pergi makan Tom Yam daripada ajak berdebat dalam hal ini.

Betulkah Tuhan masih bercakap-cakap kepada kita?

Kalau bilang "bercakap-cakap" dengan Tuhan itu memberi gambaran yang kita bercakap-cakap dengan Tuhan tentang Liga English..Liga Eropah, tentang wayang Narnia dan Iron Man yang akan datang... Saya tidak selesa menggunakan istilah Tuhan "bercakap-cakap" dengan kita sebab Dia tidak pernah bercakap tentang Liga Inggeris atau benda-benda yang seperti itu dengan saya. Cuma sekali tu, saya betul-betul meminta dari Dia yang Mahakuasa supaya German menang ke atas Itali semasa Piala Dunia hari tu... tapi saya rasa Dia lebih minat dengan pasukan Italy bah... (hahaha)

Kita mesti hati-hati bila bercakap tentang "mendengar suara Tuhan" ini. Jangan sampai kita meletakkan diri kita setaraf dengan nabi-nabi dan rasul-rasul Tuhan zaman dulu. Silap-silap ada yang disambar petir atau ditelan oleh tanah nanti... Dijauhkanlah kiranya bala dan tulah yang seperti itu daripada kita...

Tapi ada ayat-ayat yang menyuruh kita untuk mendengar suara Roh kan? Mungkin saja Tuhan tidak akan bercakap-cakap dengan kita tentang Liga Inggeris tentang bagaimana cantiknya jaringan-jaringan si Wayne Ronney atau betapa hensemnya Christiano Ronaldo (kalau saya wanita saya pasti tergila-gila ...oops ke situ pula haha) tapi cukup jelas Tuhan ingin berkomunikasi dengan kita dan kita perlu peka dengan apa yang hendak disampaikanNya.

Persoalannya: Bagaimana mahu mendengar? Bagaimana mahu mengenal suaraNya?

Ada tiga suara yang sering mempengaruhi kita setiap hari. Suka atau tidak suka, mahu atau tidak mahu, sedar atau tak sedar. ketiga-tiga suara ini sentiasa mempengaruhi kehidupan anda dan saya.

Apakah tiga suara ini?

1. Suara sendiri
2. Suara Iblis
3. Suara Roh/Tuhan

Bagaimana kita tahu yang berbisik di hati kita tu berasal dari Tuhan dan bukannya dari diri kita sendiri dan lebih teruk lagi, bukan berasal dari si Jahat @ Penyesat @ Iblis?

Suara sendiri adalah fikiran dan pertimbangan peribadi. Contoh dalam Alkitab adalah seperti

1. Bisikan hati/fikiran Nebukadnezar sewaktu berfikir tentang pencapaian dan kebesarannya (Daniel 4: 30)
2. Fikiran Orang kaya yang bodoh yang bangga dengan kekayaannya (Lukas 12: 19)

Suara Iblis atau suara roh-roh jahat yang diutus Iblis pula adalah suara yang mahu menyesatkan kita, mendorong kesombongan kita dan yang memutarbelitkan Firman Tuhan.

1. Iblis menyesatkan perhatian Hawa dengan memutarbelitkan Firman Tuhan (Kejadian 3: 1 banding dengan Kejadian 2: 16-17. Baca juga Matius 4: 5-6)
2. Iblis mendorong kesombongan dalam hati Hawa dengan mengatakan Hawa akan jadi sama seperti Tuhan sekiranya dia memakan buah terlarang itu (Kejadian 3: 5)

Kita perlu sangat berhati-hati sebab Iblis juga pandai guna Firman Tuhan untuk menyesatkan kita. Ada tertulis Iblis juga menyamar sebagai malaikat terang (2 Korintus 11:14)

3. Suara Tuhan pula adalah bisikan hati, suara hati, suara yang kedengaran yang bersesuaian dengan ajaran Firman Tuhan, bila ditaati akan memuliakan Tuhan dan pasti akan memberkati sesama manusia.

Bagaimana untuk mengecam suara Tuhan?

Sekurang-kurangnya ada 6 cara yang disebut dalam Alkitab tentang bagaimana seseorang itu dapat mendengar suara Tuhan.

1. Melalui Firman Tuhan yang kita baca (2 Timotius 3:16-17)
2. Melalui bisikan Roh (Yohanes 14:26) yang memperingatkan kita Firman yang sudah kita baca dan tersimpan dalam hati (Mazmur 119:9-11)
3. Melalui suara yang kita dengar (Yesaya 30:21)
4. Melalui orang lain (1 Petrus 4:11). Ini melalui hamba Tuhan yang berkhutbah, kongsi Firman Tuhan atau orang yang Tuhan utus untuk bercakap kepada kita secara peribadi.
5. Melalui keadaan (Roma 8:28) Tuhan juga berkata-kata sesuatu kepada kita melalui keadaan. Ini memerluka kedewasaan dan kepekaan terhadap Roh Kudus di tahap tertentu.
6. Melalui mimpi (Kisah Para Rasul 2: 17. Contoh Kejadian 41 )
7. Melalui penglihatan (Kisah Para Rasul 2: 17 banding Kisah Para Rasul 10: 9-16,16: 9)

Ada tiga syarat untuk mendengar suara Tuhan

1. Hidup dalam pengampunan dan penyerahan setiap hari. Pengampunan dari Tuhan dan saling mengampuni sesama manusia sangat penting untuk dapat mendengar suara Tuhan.
2. Hidup dalam sikap yang takut akan Tuhan Allah.
3. Hidup dalam kepenuhan Roh Kudus.

Disiplin untuk mendengar suara Tuhan.

Saya memilih disiplin nabi Yeremia untuk pelajaran ini. Yeremia sangat peka dan sangat jitu dalam soal mendengar suara Tuhan. Perhatikan keyakinannya dalam Yeremia 26: 15

Yeremia berkata "...Tuhan benar-benar mengutus aku kepadamu..."

Bagaimanakah dia boleh begitu pasti dan yakin? Dia boleh begitu yakin sebab

1. Yeremia telah dipilih Tuhan (Yeremia 1: 5)
2. Yeremia hidup menikmati Firman Tuhan (Yeremia 15: 16)
3. Yeremia hidup dalam doa (Yeremia 23:18,22)
4. Yeremia mengamalkan puasa (Yeremia 36:6)
5. Yeremia menyembah dan menantikan Tuhan setiap pagi (Ratapan 3: 21-26 banding Markus 1:35)

Tidak ada jalan pintas untuk dapat mengenal dan mendengar suara Tuhan. Untuk mengenal seseorang itu kita perlu meluangkan masa dengan orang itu. Demikian jugalah dengan Tuhan. Kita perlu bergaul dengannya dalam masa teduh peribadi dalam berdoa dan penyembahan peribadi. Firman Tuhan diumpamakan benih, tidak ada benih yang tumbuh membesar dan berbuah dalam sekelip mata. Dalam proses masa, dalam pimpinan Roh Kudus dan kerendahan hati di pihak kita maka benih Firman akan bercambah, berakar , bertumbuh dan berbuah dalam kehidupan kita.. Buah yang akan tinggal tetap, buah yang akan mempermuliakan Tuhan dan memberkati manusia. ...

Apa yang saya dapat kongsikan di sini adalah perjalanan hidup saya selama baru 24 tahun berjalan bersama Dia. Doa dan harapan saya, apa yang saya post kali in dapat membantu ramai orang. Sebarang pertanyaan, sila masukkan ke bahagian komen di bawah ini.

God bless you all!!