Wednesday, January 09, 2008

Blessed new year!

Rajawali masih terbang! Terbang terlalu tinggi sampai tidak kelihatan dengan mata kasar! Ha!Ha!Ha!

Ada yang bertanya samada saya dah tutup blog ini... The answer is not at all! Cuma tu la, bila dah terbang macam burung ke sana ke sini , payah nak duduk and write/type. Maaf, peminat semua! (Chee...)

2007 sangat cepat berlalu. Pejam celik pejam celik tengok tengok kita sudah pun dalam tahun 2008! Agaknya begitu juga akan berlaku dengan 2008 ini! So hows 2007 had been for you?

Bagi saya 2007 ini sangat bererti sebab dalam tahun ini saya dapat bersaksi dan membawa lebih ramai orang kepada Kristus dan menerimaNya sebagai Penyelamat dan Tuhan secara peribadi. Dalam tahun 2007 saya melihat pekerjaan Tuhan yang luarbiasa di dalam dan melalui saya secara peribadi. Dalam tahun 2007 juga saya ingat saya boleh sampai menangis masa berkhutbah bila melihat keadaan pemuda-pemudi yang seakan-akan dah muak dengan Kristus dan gerejaNya. ....Saya akan terus mendoakan kampung itu.

Keseluruhannya 2007 merupakan tahun yang kaya dan rancak dengan tuaian dalam pelayanan. Saya melihat sendiri kerinduan dan respon pemuda-pemudi kepada pemberitaan Firman yang lebih sungguh daripada tahun-tahun sebelumnya dalam pengalaman pelayanan saya. Puji Tuhan! Rasanya ada suatu suasana yang luas yang terbuka untuk pemberitaan, pengajaran Firman Tuhan. Melihat sendiri kerinduan dan respon jemaat khusus pemuda-pemudi kepada Firman Tuhan "is a reward in itself " kata orang putih.

Saya tidak boleh lupa ucap terima kasih kepada semua yang telah sedang dan yang akan terus mendoakan saya dan famili. Puji Tuhan untuk SMS yang dengannya kita dapat kongsikan perkara doa dan updates dengan mudah sekali. Masa-masa sekarang ini, lebih mudah bercerita dengan orang di Moscow daripada orang yang tinggal di taman yang sama.. Apapun, terima kasih untuk sokongan doa dan semua bentuk sokongan yang lain untuk saya dan famili. God bless u all!


Apakah peluncuran untuk 2008? Dalam tahun ini saya akan menggembalakan beberapa orang yang saya telah menangkan kepada Kristus. Saya juga berharap sangat saya tak sesibuk seperti dalam tahun 2007 supaya dapat lebih mendalami beberapa ilmu. Dari segi pelayanan pula saya mahu beri penumpuan kepada peneguhan keluarga bermula daripada mengeratkan hubungan suami isteri sebab saya percaya keutuhan gereja dan masyarakat bermula dari keutuhan suami isteri dan keluarga. Saya yakin berkat pengalaman ditimba beberapa tahun kebelakangan ini dapat dikongsikan untuk memberkati sesama tubuh Kristus. Doakan saya.

Adakah saya bercakap dalam teka teki? Tunggu dan lihat. God bless u!

1 comment:

Anonymous said...

memang penting sgt tu... peneguhan keluarga dan suami isteri. kalau dpt peluang sya pun mau dtg belajar dari pastor.