Friday, February 10, 2012

Kita Perlu Perjanjian Baru

Renungan Pagi

Segala tulisan yang diilhamkan Allah memang bermanfaat untuk mengajar, untuk menyatakan kesalahan, untuk memperbaiki kelakuan dan untuk mendidik orang dalam kebenaran. Dengan demikian tiap-tiap manusia kepunyaan Allah diperlengkapi untuk setiap perbuatan baik. Sebab segala sesuatu yang ditulis dahulu, telah ditulis untuk menjadi pelajaran bagi kita, supaya kita teguh berpegang pada pengharapan oleh ketekunan dan penghiburan dari Kitab Suci. (2 Timotius 3: 16-17; Roma 15: 4)

Baca juga 1 Korintus 10: 1-11

Saya pernah diberitahu bahawa hanya  orang tertentu sahaja yang dapat memahami Alkitab. Saya jugadiberitahu kegiatan membaca Alkitab dapat membuat seseorang  kehilangan akal dan  boleh menjadi  gila. Pada mulanya saya memang terpengaruh dengan kata-kata seperti itu.  Sewaktu pertama kali membuka Bible (Alkitab)  saya dapati banyak nombor rujukan ayat di dalamnya. Kesan  pertama Alkitab terhadap saya adalah ia seperti buku panduan telefon atau seperti sebuah kamus tebal bertulisan halus. Terlintas kamus Oxford milik adik beradik yang lebih tua. Umur penulis ketika itu  sekitar 10 tahun. Minat untuk mengetahui lebih banyak tentang Bible (Alkitab) ditimbulkan  oleh banyak cerita menarik yang diceritakan oleh mendiang ibu kami. Sejak kecil penulis mula ada impian untuk mengetahui lebih banyak tentang Bible (Alkitab).

Sewaktu di Tingkatan 1, penulis diberitahu bahawa Alkitab itu sudah diubah dan tidak asli lagi terutama sekali bahagian Perjanjian Baru. Malah sampai ada seorang yang penulis kenal baik sampai sanggup mengoyak  dua Alkitabnya. Perjanjian Baru dibuang tetapi bahagian Perjanjian Lama  disimpannya  untuk dibaca.  Peribadi itu berkata Perjanjian Lama masih asli tetapi Perjanjian Baru adalah palsu. Dia berkata bahagian Perjanjian Lama  banyak persamaan dengan kitab agama yang dia anuti sekarang.

Pernahkah kita berhadapan dengan orang seperti ini yang mengatakan  Perjanjian Baru tidak betul tetapi  Perjanjian Lama itu betul?

Betulkah kita tidak memerlukan kitab Perjanjian Baru?  Mari mulakan penilaian kita dengan lupakan sebentarsemua maklumat  yang ada pada kita  berhubung Perjanjian Baru.  Kemudian mari  membaca Perjanjian Lama  dari Kejadian sehingga Maleakhi. Apakah yang akan temui di sana? Pembacaan Alkitab yang serius akan membawa kita kepada sekurang-kurangnya tiga pertanyaan  yang tidak akan terjawab sekiranya kita hanya membaca sehingga  kitab Maleakhi.

Pertama, dari Kejadian sehingga Maleakhi kita dapat membaca tentang janji kedatangan seorang Peribadi yang akan meremukkan kepala ular (Kejadian 3:15). Janji  ini dikembangkan kepada Abraham, Musa, Daud dan nabi-nabi. Tetapi sehingga zaman Maleakhi pun Peribadi yang dijanjikan ini belum kunjung tiba! Maka kalau baca sampai kitab Malekhi saja, maka  'Siapakah Peribadi yang dijanjikan?' Kedua, bila berhenti setakat Maleakhi kita juga akan tertanya-tanya apa tujuan dan makna sebenar korban-korban binatang dalam Perjanjian Lama.  Ketiga, Perjanjian Lama menjanjikan  suatu tanah air syurgawi yang aman damai di mana seorang budak kecil dan ular akan bermain bersama begitu juga sarigala dan domba akan bergumpul bersama. Oleh sebab itu apabila  kita berhenti membaca setakat di Maleakhi sahaja maka kita berhenti jauh dari maksud penulisan Alkitab yang sebenar. Maka di manakah kita boleh mendapatkan jawaban kepada tiga pertanyaan ini?

Puji Tuhan! Semuanya terjawab dalam Perjanjian Baru!Sebab apabila  kita melangkah memasuki Perjanjian Baru, di sana tertulis  dalam Matius 1: 1 , "Inilah silsilah Yesus Kristus, anak Daud, anak Abraham. .... (Matius 1: 1). Rupa-rupanya Perjanjian Baru merupakan penggenapan dan penjelasan kepada apa yang dijanjikan dalam Perjanjian Lama! Mesej  Alkitab yang utama adalah  "Yesus Kristus, Tuhan dan Penyelamat Semua orang percaya!") Di dalam Yesus Kristus Firman Allah   menjadi manusia oleh kerana kasih-Nya yang sangat besar untuk kita semua! 


Tuhan membuktikan kasih-Nya itu dengan mati untuk kita semua sehingga barangsiapa yang percaya tidak binasa melainkan beroleh kehidupan yang kekal. Semoga renungan singkat ini dapat menggalakkan kita untuk mula membaca menyelidiki serta mentaati pengajaran dan semua perintah yang terdapat dalam firman-Nya.

Tuhan memberkati kita semua.  

Friday, January 27, 2012

Tidak faham, telah dipalsukan atau malas?

Renungan Pagi: Dengan apakah seorang muda mmpertahankan kelakuannya bersih? Dengan menjaganya sesuai dengan firman-Mu. Firman-Mu itu pelita bagi kakiku dan terang bagi jalanku. Bila tersingkap, firman-firman-Mu memberi terang, memberi pengertian kepada orang-orang bodoh. (Mazmur 119: 9, 105,130)

Ramai orang ingin sekali membaca Alkitab tetapi mengeluh tidak memahaminya maka mereka berhenti sebelum bermula. Tetapi kenapa mesti begitu? Haruskah seorang bayi memahami proses penghadaman terlebih dahulu sebelum mula minum susu dan makan bubur?

Tidak kurang pula yang terganggu oleh pihak tertentu yang berkata Alkitab sudah dipalsukan. Betulkah? Kalau sudah dipalsukan maka itu bukan lagi Alkitab. Tapi anehnya, Alkitab yang dikatakan telah dipalsukan itu mengajar orang untuk saling mengasihi bukan membenci, mengampuni bukan mendendami, mengajar suami untuk setia sampai mati terhadap isterinya dan bukan senang-senang kasi cerai, mengajar jalan damai bukan perang, menolak rasuah, mengajar anak-anak menghormati ibubapa, mementingkan unit kekeluargaan, memperingati kudusnya pernikahan dan memberi nikmat serta kemerdekaan kepada mereka yang memanfaatkan firman Tuhan...

Tapi musuh utama kepada pembacaan firman adalah sifat malas kita. Kepada kita yang malas saya mau ajak kita melawat gerbang-gerbang yang indah. Ada 66 gerbang semuanya. Maksud saya 66 kitab dalam Alkitab dalam 66 hari. Senaraikan kitab dalam Alkitab lepas tu bacalah beberapa bab pertama (tak perlu habiskan) dalam setiap kitab sehingga selesai dilawati 66 "gerbang" itu. Tidak sampai 10 minit untuk melakukannya. Buatlah catatan ringkas di tepi senarai-semak 66 gerbang anda berhubung apa yang kita nampak, kesan di hati/minda atau apa juga pertanyaan yang timbul. Silakan.

Kita perlu ingat membaca Alkitab seperti masuk sekolah. Seorang budak Darjah 1 mustahil akan dapat menampung pembelajaran dalam peringkat yang jauh lebih tinggi... tetapi bila sudah melalui proses pembelajaran, lambat laun dia dapat faham juga tu nanti...

Apa macam? Masuk akal juga? Bah luangkan masa bersaat teduh di hadirat Tuhan dalam membaca firman dan berdoa.

Selamat pagi, famili and friends! Be richly blessed today! :)