Friday, January 27, 2012

Tidak faham, telah dipalsukan atau malas?

Renungan Pagi: Dengan apakah seorang muda mmpertahankan kelakuannya bersih? Dengan menjaganya sesuai dengan firman-Mu. Firman-Mu itu pelita bagi kakiku dan terang bagi jalanku. Bila tersingkap, firman-firman-Mu memberi terang, memberi pengertian kepada orang-orang bodoh. (Mazmur 119: 9, 105,130)

Ramai orang ingin sekali membaca Alkitab tetapi mengeluh tidak memahaminya maka mereka berhenti sebelum bermula. Tetapi kenapa mesti begitu? Haruskah seorang bayi memahami proses penghadaman terlebih dahulu sebelum mula minum susu dan makan bubur?

Tidak kurang pula yang terganggu oleh pihak tertentu yang berkata Alkitab sudah dipalsukan. Betulkah? Kalau sudah dipalsukan maka itu bukan lagi Alkitab. Tapi anehnya, Alkitab yang dikatakan telah dipalsukan itu mengajar orang untuk saling mengasihi bukan membenci, mengampuni bukan mendendami, mengajar suami untuk setia sampai mati terhadap isterinya dan bukan senang-senang kasi cerai, mengajar jalan damai bukan perang, menolak rasuah, mengajar anak-anak menghormati ibubapa, mementingkan unit kekeluargaan, memperingati kudusnya pernikahan dan memberi nikmat serta kemerdekaan kepada mereka yang memanfaatkan firman Tuhan...

Tapi musuh utama kepada pembacaan firman adalah sifat malas kita. Kepada kita yang malas saya mau ajak kita melawat gerbang-gerbang yang indah. Ada 66 gerbang semuanya. Maksud saya 66 kitab dalam Alkitab dalam 66 hari. Senaraikan kitab dalam Alkitab lepas tu bacalah beberapa bab pertama (tak perlu habiskan) dalam setiap kitab sehingga selesai dilawati 66 "gerbang" itu. Tidak sampai 10 minit untuk melakukannya. Buatlah catatan ringkas di tepi senarai-semak 66 gerbang anda berhubung apa yang kita nampak, kesan di hati/minda atau apa juga pertanyaan yang timbul. Silakan.

Kita perlu ingat membaca Alkitab seperti masuk sekolah. Seorang budak Darjah 1 mustahil akan dapat menampung pembelajaran dalam peringkat yang jauh lebih tinggi... tetapi bila sudah melalui proses pembelajaran, lambat laun dia dapat faham juga tu nanti...

Apa macam? Masuk akal juga? Bah luangkan masa bersaat teduh di hadirat Tuhan dalam membaca firman dan berdoa.

Selamat pagi, famili and friends! Be richly blessed today! :)

No comments: