Tuesday, May 20, 2008

Di mana sudah itu Satelit Chips 666?

Minggu lepas inbox mesej hp saya dihujani dengan sms... Tidak kurang juga yang menalipon untuk bertanya tentang perkara yang sedang heboh diperkatakan.. Apa yang berlaku buat perasaan saya bercampur-campur di antara rasa kelucuan, sedih dan rasa kesian....

Saya rasa lucu sebab baru saja mesej dalam sms begitu orang sudah panik dan ketakutan. Cuba kalau kita di negara lain di mana orang-orang percaya diburu dengan senapang dan tidurnya dalam hutan dan bukan itu saja, semasa tidur harus membuka sebelah mata!

Saya rasa sedih sebab betapa orang lebih cepat dipengaruhi oleh khabar-khabar angin dan bukan oleh sesuatu yang pasti seperti yang terdapat dalam kebenaran Firman Tuhan (Alkitab).

Saya merasa kesian sebab ramai orang percaya sekarang ini tidak merasa perlu untuk mendalami apa yang diajarkan oleh Firman Tuhan, sehingga mudah saja diumbang ambing oleh pelbagai perkara yang kononnya "ada tertulis dalam Firman Tuhan"? O brother....

Kamu tidak tahu apa yang saya maksudkan? Kalau kamu tidak tahu bererti kamu (yang sedang membaca) tidak ada menerima dua mesej sms di bawah ini:

SMS pertama

"Pdt. Silas Belamy m'minta kami truskan pesan ptg dr Amerika supaya b'mula dr jam 11 malam ini semua sim kad handfon dicabut dari hp dan disimpan sampai tarikh 14/5 pagi br digunakan sbb antikristus malam ini akan melancarkan satelit Chips 666 ke angkasa menyerang masuk melalui hp & jangan terima pgllan/sms dari no Axis dgn awalan 0866 dan 0838 @ apabila nombor masuk berubah jd merah mesti dimatikan, jangan diangkat,jgn dibaca sms tsbt,sbb 2 org tlah mati di Amerika di sbbkan mrka membuka pangglan"
Mesej diterima 13/7/08 21: 21:54

SMS kedua

Tanggal 12 mei 08 peluncuran satelit CIPS 666 oleh Amerika utk dicap di tangan/dahi manusia pengganti kartu krdt & wang untuk bblanja. Pengikut Kristus jgn mau trima cap 666 apabila diajak; kerna angka 666 adalah angka setan. wahyu 13: 1-18. Kirim kepada teman-teman yang lain sebelum terlambat! Sms dari seorang hamba Tuhan di Jakarta.
Mesej diterima 13/7/08 21:20:47

Bagaimana sekarang? Sekarang sudah 20 Mei 2008. Saya tak nampak ada apa-apa yang berlaku pun? Saya tak cabut pun simkad? Saya tak nampak pun mesej yang berubah warna menjadi merah? Jadi mana sudah itu?

Yang sangat melucukan pula adalah ini: Masa saya di Sabah saya dengar khabar angin ada 2 orang di Puchong Kuala Lumpur sudah meninggal kerana menerima mesej yang serupa itu. Diorang ni konon mati sejurus selepas menerima mesej itu dengan mulut yang berbuih-buih.
Tapi bila sekarang saya ada di Kuala Lumpur saya dengar pula khabar angin yang bilang ada orang di Inanam Sabah yang sudah mati sebeb menerima sms yang begitu... Alahai.... Inilah manusia, mudah sekali diperdayakan....

Satelit chip dilancarkan untuk menyerang orang-orang percaya? hahahaha

Kalau dorang mau pakai satelit, dari duuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuluuu lagi sudah boleh pakai maaa.. tengok saya teknologi Google Earth yang boleh dimuat turun dengan percuma tu.. Dengan perisian ini, atap rmah saya pun boleh nampak dengan satelit oooo.. Saya ingat lagi kerjarumah anak saya yang perempuan masa dia masih Darjah 6, dorang diminta untuk tunjukkan di mana mereka tinggal... apalagi, saya print out saja imej satelit kedudukan rumah kami!

Dengan teknologi It sekarang kita mudah saja dijejaki. .. Sekarang ini kod bar 666 tu dah pun digunakan dalam berjual beli dalam bentuk bar komputer di setiap barangan yang menggunakan sistem laser untuk semakan harga setiap barangan yang kita beli....

Memang, yang kita elakkan adalah jangan sampai tangan dan kepala kita dicap dengan no 666 tu la kan? Kalau betullah pelancaran satelit 666 tu benar-benar berlaku, jadi kenapalah? Bukankah itu tanda Kristus semakin sangat hampir kedatanganNya kalau itu 666 sudah muncul? Bukankah kemunculan 666 itu telah dinubuatkan?

Sebenarnya antikristus sudah lama muncul di kalangan kita. Macam kemunculan Yohanes Pembaptis tidak disedari, macam kemunculan Yesus yang pertama tidak disedari pada mulanya dan tidak dipercayai oleh ramai orang, demikian juga dengan kemunculan antikristus ini.

Apa kata Alkitab tentang si Antikristus itu?

Buka dan baca dalam 1 Yohanes 2: 18-23

2:18 Anak-anakku, waktu ini adalah waktu yang terakhir, dan seperti yang telah kamu dengar, seorang antikristus akan datang, sekarang telah bangkit banyak antikristus. Itulah tandanya, bahwa waktu ini benar-benar adalah waktu yang terakhir.
2:19 Memang mereka berasal dari antara kita, tetapi mereka tidak sungguh-sungguh termasuk pada kita; sebab jika mereka sungguh-sungguh termasuk pada kita, niscaya mereka tetap bersama-sama dengan kita. Tetapi hal itu terjadi, supaya menjadi nyata, bahwa tidak semua mereka sungguh-sungguh termasuk pada kita.
2:20 Tetapi kamu telah beroleh pengurapan dari Yang Kudus, dan dengan demikian kamu semua mengetahuinya.
2:21 Aku menulis kepadamu, bukan karena kamu tidak mengetahui kebenaran, tetapi justru karena kamu mengetahuinya dan karena kamu juga mengetahui, bahwa tidak ada dusta yang berasal dari kebenaran.
2:22 Siapakah pendusta itu? Bukankah dia yang menyangkal bahwa Yesus adalah Kristus? Dia itu adalah antikristus, yaitu dia yang menyangkal baik Bapa maupun Anak.
2:23 Sebab barangsiapa menyangkal Anak, ia juga tidak memiliki Bapa. Barangsiapa mengaku Anak, ia juga memiliki Bapa.

Jadi siapakah antikristus itu? Antikrisus adalah orang-orang yang menyangkal Bapa maupun Anak. Maksudnya ialah tidak mempercayai rencana penyelamatan yang Allah Bapa telah rencanakan dan laksanakan dalam Tuhan Yesus Kristus. Mereka juga adalah orang-orang yang bilang Yesus bukan Tuhan, dia hanya seorang manusia biasa...Mereka menyangkal keTuhanan Kristus..

Siapakah 666? Banyak sudah spekulasi dan tulisan dibuat orang tentang si 666 ini..

30 tahun dulu ada "nubuatan" @ ramalan yang sangat terkenal ditulis orang. Tulisan itu bilang empayer Russia (USSR) adalah empayer Iblis dengan President nya sebagai 666 sebab di dahinya ada birth mark seperti tanda luka.. Ada juga tulisan yang bilang seorang ketua agama dalam kalangan denominasi Kristian adalah si Antikristus itu....Macam-macam la...

Saya juga bingung dengan ramalan dan "nubuatan" tengan siapa sebenarnya si Antikristus ini.. So bagi sesiapa yang betul-betul serius mahu menggali apa kata Alkitab tentang siapa si Antikristus itu atau "apa" si antikristus itu dengan lebih mendalam maka saya saran anda muat turun artikel dari situs ini yang tajuknya the False Prophet

Bah, bosan sudah? Ya la tu....

So mana sudah tu tu satelit? Sesiapa yang kenal da tahu nombor hp Pdt. Silas Belamy, tolong bagitau dia saya krim salam.... Harap dapat belanja saya makan bakso atau nasi padang di Jakarta suatu hari nanti... Insya Allah....

Salam damai....

5 comments:

Bobby Majimbun said...

i agree...sometimes i wonder where is faith and knowledge of the word?

Anonymous said...

huh..saya pernah kena marah lagi sama parents sebab melekehkan perkara sms tu..(sigh)..saya ada cari maklumat pasal satelit tu,dan langsung tiada kena-mengena dengan apa yang dinyatakan dalam sms..saya ada baca satu artikel yang mengatakan sms tu cuma gurauan seorang pelajar perempuan di Indonesia untuk kawan-kawan dia..saya pun hairan juga la orang kristian boleh percaya perkara yang hampir karut itu..

thanks pastor..

Anonymous said...

betul atau tidak yang penting kita perlu waspada dan tetap sedia. Jangan seperti 5 orang perawan yang kehabisan minyak. Atau seperti samson yang tidak menyedari bahawa Tuhan telah meninggalkannya setelah ia lena dibuai oleh "delila"

terima kasih pastor

Anonymous said...

ya just berjaga2 sb kta tda tahu bila ka ia kan dtg..

jack said...

ok la saya pun mahu kacau2 kamu ni..pasal tu 'sms' saya pun tidak percaya,tapi mengenai 666 tu saya yakin,ini semua rencana syitann sejak dulu lagi.simbol 666 ini gabungan daripada nama2 raja2 yang paling kejam zaman dahulu termasuk lah pemerintah dunia kita sekarang. mereka adalah antikristus.percayakah anda2 d luar sana bahawa pemimpin dunia kita dahulu dan sekarang adalah musuh kristus?mereka semua adalah sanak saudara dari dulu lagi,yang d pimpin oleh syaitan dan mereka adalah pemujanya,cari la kebenaran ini saudara.mereka sangat licik menyesat manusia,sampaikan nama yesus adalah tempat mereka berselindung d sebalik kepalsuan mereka,sedangkan mereka adalah penyembah tuhan matahari..itula sebap mengapa katolik mengubah sabat ke sabat lain(ahad),sebap ahad adalah sabat bagi tuhan matahari yang d sembah mereka,tapi nama tuhan kita iaitu yang menjadikan langit dan bumi telah d gunakan mereka sebagai kesesatan manusia,tahuka anda maksud 'sunday'?ia sangat berkaitan dengan tuhan matahari'iaitu 'hari matahari.saudara ku sekalian,saya tiada kepakaran dalam berkata kata,tapi ingat la ini...jangan percaya kepada kerajaan,syaitan menggunakan mereka semua..tolong kaji ini semua saudara,barula anda menilai saya..tolong doakan sy agar saya tidak d cobai iblis kerena membongkar rahsia ini..haliluya