Monday, February 23, 2009

God the Mother?

Pernah dengar istilah "God the Mother"? Entah gereja sesat mana yang menggunakan istilah "God the Mother"..

Tapi itulah yang kita dengar keluar dari mulut salah seorang ahli panel di TV1 bila membahaskan "Wajarkah Agama Lain menggunakan Sebutan Allah?" Saya bukan nak berdebat di sini. Saya bukan seorang ahli untuk berdialog. Tapi budak hingusan pun tahu bahawa dalam kepercayaan Kristian tidak ada istilah "God the Mother". Saya tanya kawan dari gereja Katolik juga mengatakan tidak ada. Entah la kalau ada kumpulan Kristian yang baru muncul dengan fahaman teologi yang berbeda. Sekarang ini macam-macam ada.

Tapi beginilah, kalau pihak tertentu mahu agama mereka dihormati, bagaimana kalau belajarlah pula menghormati agama orang lain? Salah satu cara menghormati adalah dengan cara membuat homework terlebih dahulu sebelum bercakap dalam talk show seperti itu.

Ada sekurang-kurangnya dua keuntungan kalau membuat homework, 1) Agama lain akan respek kamu dan 2) Tidak akan mempermalukan diri sendiri dengan betapa dangkalnya pengetahuan yang ada....

Tuhan has no gender kata orang. Tak berjantina. Kita menggunakan panggilan 'Father' bagi Dia sebab dari Dia berasal segala sesuatu. Kalau guna istilah 'Mother' itu membuatkan Tuhan Pencipta (yang nama amnya bagi kami adalah 'Allah') turun mertabat, sebab 'Mother' tu kan di kedudukan yang lebih rendah daripada 'Father'? Memang dalam kasus tertentu ada 'mother' yang kontrol tu 'father'. Tapi secara umumnya bukanlah begitu.

Syukurlah kitab kami tidak mengajar kami untuk membunuh dan menghapus orang-orang yang menghina Tuhan dan kepercayaan kami. Sebaliknya kami diingatkan untuk "mengasihi dan berdoa untuk yang menganiaya kami".. dengan kata lain "give the other cheek". Tapi kalau kami tersalah cakap ja... adalah yang mati di sana sini. Macam tidak lama dulu, satu orang lukis katun, huru-hara satu Eropah. Atau lebih tepat satu dunia? Tapi bila Tuhan kami dihina melalui Da Vinci Code... kami tetap minum teh tarik makan roti canai goyang kami seperti biasa. Kenapa? Kerana Tuhan kami dah biasa kena buat macam tu... Dia pernah ditampar, dipukul, dilukakan, diludahi mukaNya...... pokoknya Dia sangat menderita. Kemudian Dia di salib dan di sana Dia mati. Tetapi kematian dan kuburan tidak dapat menahan-Nya, seban selepas tiga hari, Dia telah bangkit daripada kematian dan pada hari ini Dia hidup!! Musuh-musuhNya menyangka dengan menyalibkan Tuhan yang mulia, mereka telah men-checkmatekan Dia. Ajaib Tuhan, tidak boleh berlaku dalam pertandingan chess/catur yang biasa... tetapi kerana Dia Tuhan, pada saat Iblis men-checkmate kan Dia di salib, pada saat yang sama Tuhan telah counter-checkmate si Iblis! Luarbiasa!

Ke sana pula saya...

So tiada 'God the Mother' dalam pengajaran kami... God's act of kindness like that of a 'mother' tu memang belambak dalam kitab .. tapi untuk mengatakan konsep Tuhan dalam Kristian itu adalah "God the Father, God the Mother, Holy Spirit" tu tidak tepat...

Yang tepat adalah The Father, The Son and the Holy Spirit. And the Father, The Son and The Holy Spirit is ONE GOD.

Salam damai..

P/s Dulu semasa masuk saja Darjah 1 kami terus kena baca Rukunegara. sewaktu-waktu kami akan laungkan itu semasa perbarisan pagi. Bapa saya merupakan Gurubesar kami. Kami juga selalu dingatkan jangan menghina kepercayaan dan agama orang lain. Ada baiknya kalau kita semua ingat-ingat pada Rukunegara...

6 comments:

Bobby Majimbun said...

Saya ada dengar juga tu God the Mother. First time...dalam TV lagi tu....hehehe

Itu Bible ada cakap..."the one who is in you is greater than the one who is in the world"

so....apa mereka boleh buat kalau saya mau panggil Allah saya? My Allah is in me....

Pat said...

Shalom..saya suka blog kamu. Saya masukkan url link blog kamu di dalam blog say. boleh kan? GBU

Anonymous said...

ada pulak yg bingung sampai bilang God the Mother?

Perisai dan Pedang said...

Boleh bah... Apa salahnya?

Atin said...

hi, terasa saya dibangkitkan dengan blog saudara ni..saya percaya bukan kebetulan kalau ayat kgemaran saya yang menjadi tema saudara ni(Yes 40:31) boleh sama..ada kuasa yang berhubung kait..saya terkadang lupa kalau 'saudara' kita tu turut dinubuatkan dalam Alkitab..dan blog saudara merangsang saya untuk mengasihi mereka..bukannya turut membenci dan menghakimi seperti mereka kan? dan demikian menjadi batu sandungan bagi kita apabila kita tidak menuruti firman Tuhan..tu, tanya si Pat..ada kat blog saya tentang artikel Rajawali..hehe..Praise de Lord..

Lydia said...

Hi, wah ada juga mcm tuh ka pla? fisti time sy dgr ni, mcmna juga la timbul idea begini ni.... ish ish ish...