Wednesday, May 21, 2008

Hampir tertipu atau tidak sensitif?

Saya masih di Kuala Lumpur. Tinggal dengan seorang kawan di sebuah hotel sederhana dekat Subang.

Saya mahu cerita apa yang baru taaadi saya alami. Kamu tentukan samada saya telah berbuat sesuatu yang betul ataupun tidak. Silakan memberi komen anda di bahagian komen di bawah sana tu..

Begini, petang tadi lebihkurang jam 6.30 petang saya bermesyuarat dengan beberapa orang kawan orang putih. Adalah bah yang kami bincangkan itu. Mesyuarat siap macam jam 9 begitu. Selepas itu saya pun pi Carrfour mau pi beli sesuatu... Saya sedang bergegas mau pi satu meeting lagi pada jam 10 pm.

Sewaktu di hujung jambatan dekat carrfour itu saya ternampak seorang lelaki separuh umur berserban berjanggut panjang berjacket putih berjalan perlahan-lahan hampir rebah. Lelaki itu sedang sikut beg pakain di bahunya dan tangan kiri seperti sedang meraba-raba bahagian dadanya...

Dia betul-betul di depan mata saya. Saya tidak boleh terus limpas dan pura-pura tidak nampak. Dia nampak sakit dan perlu diberi perhatian. Saya selalu bila saja nampak orang susah depan mata saya yang begitu-begitu saya akan teringat Matius 25 iaitu perumpamaan tentang domba dan kambing itu. Dalam hati saya berkata "Mana tau ini Dia yang sedang menyamar?" Tapi saya sedar ada juga yang suka ambil ksempatan terhadap kebaikan hati orang lain... Setuju? Saya pernah ditipu beberapa kali...

Kalau kau la kan? Apala yang kau akan buat? Limpas saja? Kejamnya.... Pura-pura tidak nampak? Jangan begitu..nanti Tuhan kasi buta betul2 apa macam? Apakah yang akan anda lakukan kalau ko?

Saya mendekati lelaki itu dan menyapa "Pak Cik, Pak Cik ok?" Saya mesti mengaku, bila panggil orang lain "pakcik" ni kan buat saya terasa macam 25 lah pula...Hehehehe. Kalau mau rasa muda, mula-mulalah hormat warga tua ni... atau yg lebih tua... Tapi kalau saya kamu kena panggil "brother" laa...

Saya mendekati orang tadi dan bertanya keadaannya. Dia jawab sambil terketar-ketar (lakonan senario kali) "Saya ok, nak... Saya cuma nak jalan ke Masjid sana tu..." Pada masa itu saya tidak nampak ada masjid yang terdekat. Tapi kemudian bila saya lihat dalam peta pada kawan sebilik saya, memang ada masjid di tempat yang ditunjuk "pak cik" tersebut.

Dia mula bercerita yang kawan mungkir janji tak bagi dia wang rm 250,000 untuk membayar kos pembedahan jantung yang dia baru lalui... dan sekarang dia sedang dalam perjalanan untuk bermalam di sebuah masjid yang dimaksudkannya.

Saya berfikir "Kalau dia baru dibedah, kenapa dia dibiar-biar jalan sendiri seperti ini? Adakah Jantung Negara sekejam ini membiar orang belum sembuh berjalan sendiri?" Saya mula berfikir barangkali saya sedang berhadapan dengan seorang penipu lagi. Macam yang saya bilang tadi, saya pernah mengalaminya...

Tapi saya tidak boleh tinggalkan orang itu begitu saja. Ini satu peluang untuk "berbuat baik". Saya berfikir setidak-tidaknya saya perlu mendoakan orang itu. Siapa tau dia betul-betul sakit kan? Saya terfikir juga mahu hantar dia sampai ke masjid itu dengan memapahnya tapi itu bermakna saya tidak ke pertemuan yang saya janji pada jam 10 itu... Apa harus saya buat? Satu yang pasti, saya mesti mendoakan orang itu. Saya pun memberitahu yang saya tidak ada wang yang cukup untuk membantu orang itu (dia minta rm36 untuk tambang bas balik ke Johor Baru).

Ngam ka? kalau ko apa ko buat?

Saya pun bilang, mari saya doakan Pak Cik. Boleh? Dia bilang boleh. Saya pun berdoa "Tuhan, saya berdoa Engkau tolong bapak ini. Engkau saja yang lebih tahu keadaannya sekarang.." Belum saya jauh berdoa, Pak Cik tadi memberhentikan doa saya dengan lembut "Eh, anak berdoa dalam nama Isa kan? Isa itu Yesus. Saya tak apa punya. Saya terima doa dalam nama Yesus. Anak ini orang ketiga yang sudah mendoakan saya dalam nama Yesus. Sebab nama itulah saya dapat berjalan sejauh ini..." Saya tersintak.. Luarbiasa!

Saya bilang saya tidak dapat hantar "pak cik" itu ke masjid sebab saya tak ada kereta dan saya ada temu-janji. Sebenarnya saya sangsi terhadapanya. yang buat saya susah mau percaya adalah bial dia bilang dia baru siap bedah jantung... Saya tidak taulah, tapi mana ada pesakit yang baru dibedah akan dibiar berjalan seorang-orang begitu? Pertimbangan inilah yang buat saya susah mahu mempercayainya...

So saya mendoakannya dan meninggalkannya begitu saja....

Adakah saya hamir tertipu atau tidak sensitif?

What say you?

8 comments:

Anonymous said...

Hye pastor.. :)
Bagi saya,pastor tidak tertipu. Mungkin itu benar yang Pak Cik itu baru lepas pembedahan. Sebab,saya ada seorang abang yang pernah di operation jantung berlubang di IJN ( Institut Jantung Negara )4tahun dulu. Tetapi dia mampu terus berjalan selepas operation kerana sekarang pembedahan menggunakan teknologi Laser Operation, jadi bukan pembedahan yang guna pisau,gunting dan dijahit itu. Oleh itu, pesakit yang menjalani Laser Operation hanya akan disuntik di bahagian paha dan kemudian dimasukkan 'wayar'(saya tak tau pulak spesific name for it' hehehe.. jadi wayar halus tersebut akan dimasukkan kedalam saluran darah menuju ke jantung,di hujung wayar halus tersebut pula terdapat camera dan laser untuk melakukan pembedahan.

Jadi kesimpulannya,dengan adanya teknologi canggih sebegini, maka berkuranglah sedikit beban yang dialami para pesakit.

Dan saya sangat gembira kerana Pak Cik itu akan menyedari bahawa Tuhan Yesus pedulikan dia walaupun Pak Cik tersebut belum mengenali siapa Peribadi Agung itu sendiri.
Apapun,semoga suatu hari Tuhan membukakan pintu dan mata hati Pak Cik tersebut dan ramai jiwa lagi,amen.

Anonymous said...

Above is my comment Pastor.
JUE. @ AJ
SIB Shah Alam.
(22/05/08)

Anonymous said...

ah..pastor ngam la ko kasi tinggal dia..bukan apa ba pastor..byk kes begini berlaku..kalau pembedahan, sia rasalah guna laser atau apa2 alat yg canggih pun tapi kalau kes jantung punya, sia rasa teda doktor yg kasi biar pesakit dia jalan begitu saja..apa lagi bejalan tanpa iringan ahli keluarga..bahaya ba kalau kes jantung yang kana bedah..silap2 buli k.o..sori palis..doktor pun tdk mau kana bawa pigi mahkamah ba kalau ada yg k.o..so, sebelum ada yg k.o, bagus dorg halang tu pasakit daripada bajalan2 nda tentu arah..taktik saja ba tu pastor..mo minta duit..ngam la pastor kasi tinggal dia..padan muka..sia punya kes pun ada yg mcm ni..kes tipu punya..dulu sia tinggal dirumah abg sepupu sia waktu cuti sikul..di wangsa maju..time awal pagi pkl 8 lbh sia sdh bangun..yg lain masih tidur..tiba2 ada org panggil2 dari luar rumah..sia ingat posmen ka, penghantar surat kabar ka, jual sayur ka, sakali sia tinguk..nah..org cina dalam umur 40an bgtu..dia bilang dia tertinggal dompet dia di dlm teksi, jadi teda duit mo balik..sia tanya dia balik mcm mana dia buli pigi di wangsa maju, dia bilang dia pigi rumah saudara dia, tapi dorg teda di rumah pula..sia tgk muka dia mo menangis sdh oo pastor..kasihan pun ada, tidak percaya pun ada..last2 dia minta sia rm10 bikin tambang teksi balik rumah dia..nanti bisuk dia dtg dan kasi balik tu duit sama sia dia bilang..ba, sia nda makan tipu helah la pastor..sia ckp sama dia, di mana rumah ko, dia bilang di sri rampai..bah, sia yang salalu jalan kaki dari wangsa maju pigi sri rampai nda sampai 20 minit ni pun suruh la dia jalan kaki ja..amcam tu pastor??:-)

-djk-

Perisai dan Pedang said...

Memang susah juga mau pastikan. Barangkali cara yang terbaik adalah saya sendiri cuba jalan kaki dari Carrfour sampai sana Masjid itu. Cuba tengok kalau Pak Cik itu masih sana. Tapi saya percaya sebaik dia sampai di Masjid itu, ramailah orang-orang yang baik hati yang akan memberi dia pertolongan yang diperlukannya.. Ini saya cukup percaya. Saya percaya masih ramai bah orang baik-baik di Malaysia ini. Apapun, dia tak tipu atau dia nak tipu, dari pihak saya, saya ikhlas sewaktu mendoakannya..Thats the least I can do...

Anonymous said...

ya..sy sokong tindakan pastor utk mendoakan dia..patutlah bila mendengar nama Yesus, dia terus memuji krn ada ramai org kita yg telah mendoakan dia..nampaknya inilah yg menjadi suatu bukti dan tanda yang kehidupan org kristian dipuji oleh org yg belum menerima Tuhan..

dua hari lepas sy melihat rancangan TV1 mengenai forum perbincangan antara menteri dan pihak media..kebetulan tajuk forum itu adalah berkenaan "isu agama sensitif"..perbincangan ini menjurus kepada isu2 agama islam di malaysia yg mana berlaku byk hal yg tdk dpt diterima oleh sesetgh pihak..contoh spti wanita p.pinang yg murtad islam dan kembali kpd agama asalnya iaitu buddha, juga kes lina joy, keseragaman antara undang2 syariah dan undang2 civil serta byk lagi..

tapi apa yg membuka telinga, mata dan fikiran sy utk terus mendgr, melihat dan menganalisis perbincangan ahli2 panel itu yg terdiri drpd 3 org muslim dan seorg india adalah ketika org kristian dipuji krn mberikan layanan dan hospitality yg tbaik bagi org2 yg terpinggir dan rasa didiskriminasikn oleh masyrkat spt penagih2 dadah..

hal ini benar krn ada organisasi kristian yg menyokong dan membantu usaha itu agar penagih2 ini kembali kpd kehidupan yg normal dan pada masa yg sama menguatkan iman percaya mreka kpd Yesus..dgn erti kata lain, di injili..penagih2 dadah ini dtg dr plbagai latarbelakang agama, termasuk jg yg muslim..

psoalan yg menyebabkan ahli panel forum itu memuji organisasi kristian adalah, kita lebih proaktif dan ada usaha utk mbantu golonggan ini bbanding drpd pihak mreka sndri iaitu islam..

jadi, beliau mgatakan peningkatan jumlah org muslim yg murtad di msia bukanlah disebabkan oleh usaha sesetgh agama yg melampau, ttpi krn kurangnya usaha drpd "diri mreka" sendiri..

hehe..just for sharing the infos pastor..melalut pnjg2 pula..sori..:-)

-djk-

Anonymous said...

by the way, sy suka baca post pastor dalam blog ini..keep it up..:-)

-djk-

Anonymous said...

apapun tindakan pastor tersebut telah memuliakan Nama Yesus. Pasti apa yang telah ditabur akan dituai(mungkin orang lain kalau masih sempat)

dilalala~ said...

Dia(Isa) berkata,"Sesungguhnya aku hamba Allah, Dia memberiku Kitab(Injil) dan Dia menjadikan aku seorang Nabi,

dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkahi di mana sahaja aku berada, dan Dia memerintahkan kepadaku(melaksanakan) solat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup; dan berbakti kepada ibuku, dan Dia tidak menjadikan aku seorang yg sombong lagi celaka.

Dan kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadaku,pada hari kelahiranku, pada hari wafatku, dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali"

Itulah Isa putera Maryam, (yang mengatakan) perkataan yang benar, yang mereka ragukan kebenarannya.

Tidak patut bagi Allah mempunyai anak,Mahasuci Dia. Apabila Dia hendak menetapkan sesuatu,maka Dia hanya berkata kepadanya,"Jadilah!" Maka jadilah sesuatu itu.

(Isa berkata),"Dan sesungguhnya Allah itu Tuhanku dan Tuhanmu,maka sembahlah Dia. Ini adalah jalan yg lurus.
Maka celakalah orang-orang kafir pada waktu menyaksikan hari yang agung!

(Surah Maryam:30-37)

Dan berimanlah kamu kepada apa(Al-Quran) yg telah Aku turunkan yg membenarkan apa(Taurat) yg ada pada kamu,dan janganlah kamu menjadi orang yg pertama kafir kepadanya. Janganlah kamu jual ayat-ayatKu dengan harga murah,dan bertakwalah hanya kepadaKu. Dan janganlah kamu campuradukkan kebenaran dgn kebatilan dan (janganlah) kamu sembunyikan kebenaran, sedangkan kamu mengetahuinya.(Al-Baqarah:41-42)

Dan sungguh, Kami telah memberikan Kitab (Taurat) kepada Musa, dan kami susulkan setelahnya dengan rasul-rasul, dan Kami telah berikan kepada Isa putera Maryam bukti-bukti kebenaran serta Kami perkuat dia dengan Rohul Kudus(Jibril). Mengapa setiap rasul yg datang kepadamu(membawa) sesuatu (pelajaran) yg tidak kamu inginkan, kamu menyombongkan diri, lalu sebahagian kamu dustakan dan sebahagian kamu bunuh? (Al-Baqarah:87)

Dan setelah datang kepada mereka seorang Rasul(Muhammad) dari Allah yg membenarkan apa yg ada pada mereka, sebahagian dari orang-orang yg diberi Kitab(Taurat) melemparkan Kitab Allah itu ke belakang (punggung), seakan-akan mereka tidak tahu. (Al-Baqarah:101)

Dan katakanlah,"Segala puji bagi Allah yg tidak mempunyai anak dan tidak pula mempunyai sekutu dalam kerajaanNya dan Dia tidak memerlukan penolong dari kehinaan dan agungkanlah Dia seagung-agungnya" (Al-Kahfi:111)

Mahasuci Allah yang telah menurunkan Furqan (Al-Quran) kepada hambaNya(Muhammad), agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam(jin dan manusia).
Yang memiliki kerajaan langit dan bumi, tidak mempunyai anak, tidak ada sekutu bagiNya dalam kekuasaanNya, lalu menetapkan ukuran-ukurannya dengan tepat. (Al-Furqan:1-2)