Tuesday, March 24, 2009

Kekayaan yang sebenarnya...

Miskin di hadapan Allah dan tidak kaya di hadapan Allah adalah dua perkara yang berbeza.

Tuhan Yesus berkata

"Berbahagialah orang yang miskin di hadapan Allah, karena merekalah yang empunya Kerajaan syurga"(Matius 5:3).

Di tempat lain Tuhan Yesus memberi contoh seorang kaya yang bodoh

"Ada seorang kaya, tanahnya berlimpah-limpah hasilnya. Ia bertanya dalam hatinya: Apakah yang harus aku perbuat, sebab aku tidak mempunyai tempat di mana aku dapat menyimpan hasil tanahku. Lalu katanya: Inilah yang akan aku perbuat; aku akan merombak lumbung-lumbungku dan aku akan mendirikan yang lebih besar dan aku akan menyimpan di dalamnya segala gandum dan barang-barangku. Sesudah itu aku akan berkata kepada jiwaku: Jiwaku, ada padamu banyak barang, tertimbun untuk bertahun-tahun lamanya; beristirahatlah, makanlah, minumlah dan bersenang-senanglah! Tetapi firman Allah kepadanya: Hai engkau orang bodoh, pada malam ini juga jiwamu akan diambil dari padamu, dan apa yang telah kausediakan, untuk siapakah itu nanti? Demikianlah jadinya dengan orang yang mengumpulkan harta bagi dirinya sendiri, jikalau ia tidak kaya di hadapan Allah."(Lukas 12: 16-21)

Miskin di hadapan Allah bercakap tentang 'menyedari keadaan kita yang berdosa dan tidak ada yang kita dapat bangga atau harapkan di hadapan Allah. Kita hanya berharap dan berserah sepenuh kepada anugerah dan belas kasihan-Nya. Dalam menyedari keadaan kita yang "miskin" kita akan datang kepada-Nya dengan penuh kerendahan hati dan sentiasa datang dengan pengakuan dosa dan memohon agar terus menerus disucikan (1 Yohanes 1:9) dan dikuatkan (Yesaya 40:31). Orang yang miskin di hadapan Allah adalah orang yang sentiasa menyedari keadaannya di hadapan Tuhan dan sentiasa berharap kepada-Nya. Orang seperti ini menyedari bahawa di luar Tuhan, kita tidak dapat berbuat apa-apa (Yohanes 15: 5).

Tidak kaya di hadapan Allah merupakan kemiskinan yang sesungguhnya. Sungguh menakutkan kalau ini berlaku pada kita setelah kita bersusah payah bekerja mencari wang dan mengumpulkan harta benda dalam dunia ini. Keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu sekarang ini membuktikan kebenaran kata-kata ini. Kekayaan dalam dunia ini ada batas gunanya. Peribahasa 'semut mati kerana gula' sesuai benar untuk orang-orang semacam ini. Kita semua perlu bekerja dan menabung, Firman Tuhan menasihatkan kita agar mencontohi semut yang rajin bekerja (Amsal 6: 6-8) tetapi janganlah sampai kita lupa siapa kita, dari mana kita, di mana kita dan kemana kita akan pergi. Orang kaya bodoh ini lupa semua itu. Pada fikirannya kehidupan dalam dunia ini hanyalah untuk bersenang-senang saja. Sekarang ini saya fikir ungkapan "the American Dream" iaitu "sandy beaches drinking rum every night" sudah sudah tinggal siulan, nyanyian dan yalah..... tinggal "American dream".. Sesungguhnya Tuhan sedang menggoncangkan dunia agar tinggal tetap apa yang tidak dapat digoncangkan.. (Ibrani 12: 26-29). Apakah yang tidak dapat digoncangkan? Iman kita (Lukas 18: 8, 1 Yohanes 5: 4-5)

Apakah sepatutnya yang diperbuat oleh orang kaya ini agar tidak dilabel Tuhan sebagai 'orang kaya yang bodoh?'

  1. Orang kaya perlu bersyukur (Mazmur 50:14, 23)
  2. Orang kaya perlu membayar persepuluhannya (Maleakhi 3: 10)
  3. Orang kaya perlu kaya dalam berbuat baik, menjadi kaya dalam kebajikan, suka memberi dan membagi (1 Timotius 6: 17-19)

Kita diselamatkan dengan anugerah kasih karunia Tuhan (Efesus 2: 8) dan bukan dengan amal- baik kita. Kita tidak dapat diselamatkan dengan jalan berbuat baik kerana semua orang telah berbuat dosa dan upah dosa adalah maut. Yesus Kristus perlu mati disalib bagi menanggung hukuman dosa manusia dan darah-Nya yang tercurah menyucikan kita (yang percaya) daripada segala jenis dosa. Aamal baik yang kita lakukan setelah percaya dan menerima Yesus Kristus ke dalam hati semata-mata suatu ungkapan kepada apa yang telah berlaku dalam hati kita dan yang pasti sudah menjadi milik kekal kita iaitu:keselamatan. Orang yang tidak mempunyai hati yang suka memberi dan membagi berkemungkinan besar belum memiliki dan mengalami pemberian terbesay yang Tuhan Allah dapat berikan kepada manusia iaitu diri-Nya sendiri sewaktu Dia datang sebagai manusia di dalam Tuhan Yesus Kristus.

Saya tidak menggunakan istilah "anak Allah" sebab itu selalu di salah mengerti dengan pengertian biologi. Sebenarnya istilah "anak Allah" jangan di salah mengerti dengan pengertian biologi melainkan dengan pengertian yang saya sebut sebagai 'pengertian kata hubungan dan fungsi'. Apakah kata hubungan dan fungsi di antara mangga dengan anak kunci? Di antara kunci pada daun pintu dengan anak kunci? Pernahkah mangga kunci mengandung sembilan (9) bulan lalu melahirkan anak kunci? tetapi mengapa disebut sebagai anak kunci? Ia disebut anak kunci sebab hanya dengan anak kunci mangga dan daun pintu dapat di buka. Hanya dengan anak kunci kita dapat membuka rahsia disebalik pintu atau banrang-barang yang berkunci. Bukankah begitu? Jadi apabila kita menggunakan istilah Yesus Kristus sebagai "Anak Allah" sebenarnya bukanlah Allah itu beranak, melainkan Yesus itu adalah kunci satu-satunya yang dapat membuka dan membawa kita mengetahui dan memahami rahsia Allah yang perlu difahami kita. Ada juga bapa-bapa yang berfikiran pendek bila memarahi anaknya akan membentak "Bodoh! Anak anjing!" Bilamasa pula si bapa ni "projek" dengan anjing??? Kenapa disebut anak sendiri sebagai 'anak anjing'? Kerana sifat anak sewaktu di marahi itu barangkali seperti anjing sehingga menimbulkan kemarahan si bapa. Boleh mengerti? Jadi disebut "Yesus Anak Allah" itu maknanya 'Yesus bersifat Allah' dan memangpun Dia adalah Allah yang menjadi manusia. Tuhan Allah memang tidak beranak dan Dia pun bukan diperanakkan!

Kita bercakap tentang kekayaan yang sebenarnya...

Jadi apakah jalan supaya kita sentiasa 'kaya di hadapan Tuhan?'

1. Tidur secukupnya, jangan berlebihan (Amsal 6: 10-11, 24: 33-34)
2. Tetap masa teduh peribadi (Mazmur 5,Mazmur 108:3, Markus 1: 35, Kisah 5:21)

Amalan masa teduh peribadi seumpama bunga yang membuka kelopaknya untuk sinar mentari di pagi hari. Akibatnya bunga mengeluarkan haruman dan keindahannya kepada persekitarannya.. Kombinasi baja dan sinaran matahari membuatkan bunga indah dan memberkati. Demikian juga kombinasi Firman yang kita baca dan renungkan dalam hadirat Tuhan akan membuatkan kita harum dan indah kepada persekitaran kita... (Tetapi bau kematian bagi mereka yang akan biasa! Orang-orang yang tidak mengenal Tuhan 'sakit mata' melihat anak-anak Tuhan..)

3. Terus hidup sebagai persembahan hidup setiap hari (Roma 12: 1-2)
4. Terus mengalir dalam perbuatan baik, kebajikan, memberi dan membagi (1 Timotius 6: 17-19, Yohanes 7:38)


Kekayaan yang sesungguhnya adalah kehiduapan yang berkelimpahan, kehidupan yang mengalir keluar, di mana saja dan bila saja .. ada saja orang yang diberkati oleh Tuhan di dalam dan melalui kita. Yesus, Putra Allah memilih pasangan miskin untuk datang ke dalam dunia, hidup cara yang sangat sederhana..namum kekayaan terucah dari mulut dan kehidupan-Nya. Dia mati, dikuburkan dan dibangkitkan dari kematian semata-mata supaya anda dan saya dapat mengenal, menerima dan memiliki kekayaan yang sesungguhnya...

Pada hari ini, hitunglah dan kongsikanlah berkat-berkat-Nya....! ;-)

No comments: