Sunday, March 01, 2009

"Iblis, kau pasti akan menyesal!"

Tidak Alkitabiah? Cerita yang dibikin-bikin? Publisiti murahan? Tidak seperti yang diajar di sekolah Alkitab mahupun seminari? Penyampaian khutbah tidak seperti yang diajar dalam kelas homiletika? Ini tidak ngam dengan doktrin gereja SIB...

Barangkali itulah yang bermain di dalam kepala sesetengah orang terutama yang bergelar 'pastor'. Saya bilang begini sebab saya juga ada berfikiran begitu.

Saya merujuk kepada salah satu kesaksian yang diselitkan dalam khutbah sempena pertemuan pemimpin-pemimpin dan pekerja penuh masa gereja SIB baru-baru ini. Hamba Tuhan memberi kesaksian tentang bagaimana anak perempuannya yang berumur 14 tahun dijangkiti kuman di otak dan sudah berada di ambang maut. Pada ketika itu segala sesuatu seperti hancur dalam hatinya. Dia malah berkata pada dirinya dan kepada Tuhan.. "Selepas ini mana mungkin saya dapat mendoakan orang yang sakit lagi". Dokter pakar berkata akan berusaha sebaik yang mungkin tetapi anaknya besar kemungkinan akan mati menjelang awal pagi. Dan ketika itu jam sudah menunjukkan jam 2.30 pagi. Si hamba Tuhan ini mula hilang harapannya.. Tidak tahu apa lagi yang hendak dilakukan selain terus memohon dan memohon kepada Tuhan, tapi dalam masa-masa seperti itu Tuhan rasanya terlalu jauh dan seakan-akan tidak mendengar...

Tiba-tiba...

Tiba-tiba, sewaktu perasaan yang sangat tertekan, iman mulai muncul dalam hatinya. Dia tiba-tiba menjadi sangat marah kepada Iblis.. Dia mula bangkit dan berkata ke arah tubuh anaknya yang tidak sedar diri terlantar di katil "Iblis! Kau pasti menyesal kerana menyentuh anak dan famili saya! Kalau anak saya ini mati, kau pasti akans angat menyesal!! Kalau anak saya hidup pun, kau tetap akan menyesal, sebab kau telah sentuh keluarga saya!!"

Wooooo....... ! Meremang bulu roma! Saya pernah menengking Iblis pergi daripada mengganggu fikiran saya, saya juga pernah menengkingnya keluar dari bilik tidur sewaktu masih di sekolah Alkitab duuuuuuuuulu.... tapi pengalaman hamba Tuhan yang satu ini memang sangat luarbiasa...

Kamu tahu apa yang terjadi pada anak yang otak dijangkiti kuman itu? Sekitar jam 10 pagi, sedang bapanya (si hamba Tuhan) duduk di sisi katilnya dan meletakkan kepala pada tilam, anak perempuannya mengalihkan badan ke arahnya dan mengorakkan senyuman kepadanya...

Anak itu sembuh total!

Hamba Tuhan pandai memberi kata-kata penghiburan kepada jemaat bila dia berkata, "Saya tahu ramai di antara kita yang telah kehilangan anak kepada penyakit, tetapi itu bukan alasan untuk tidak percaya dan terus berharap kepada Tuhan..."

Keesokan harinya saya masih teingat kepada kata-kata si hamba Tuhan tadi .. "Iblis kau akan sangat menyesal! (Devil, you will regret the day you picked up on my daughter and my family! You will regret this..! ).

Saya mula berfikir "Bagaimana mungkin manusia dapat berkata begitu? Apa dasar kami? Bagaimana pula Iblis akan menyesal? Apa maksudnya?"

Tiba-tiba satu ayat Firman Tuhan muncul di benak hati saya .. Ayat Firman Tuhan itu berkata


"Tidak tahukah kamu, bahwa kita akan menghakimi
malaikat-malaikat?"


Lihat dalam 1 Korintus 6:3

Malaikat-malaikat yang akan dihakimi orang-orang kudus (orang-orang yang percaya kepada Kristus) merupakan malaikat-malaikat yang telah memberontak terhadap Tuhan. Seramai 1/3 malaikat-malaikat telah memberontak bersama Lucifer (Yesaya 14:12-15, Wahyu 12:1-9). Iblis dan pengikut-pengikutnya inilah yang akan dihakimi orang-orang kudus! Yang dimaksudkan Paulus dalam 1 Korintus 6:3 adalah malaikat-malaikat yang telah jatuh, yang sekarang lebih dikenali dengan sebutan "Iblis dan roh-roh jahat" atau "Iblis dan setan-setan"..

Bagaimana nanti penghakiman ke atas malaikat-malaikat dijalankan? Itu kita sama-sama tunggu apabila kita sampai di sana kelak...

Saya beberapa ayat yang kita perlu taati dan gunapakai pada hari ini

  1. "Usirlah setan-setan" (Matius 10:8)
  2. "Karena itu tunduklah kepada Allah, dan lawanlah Iblis, maka ia akan lari dari padamu!" (Yakobus 4:7)
Luarbiasa kan Tuhan kita?

7 comments:

Pat said...

Ya, pastikan menyesal!!hihi..Pr, sa suka posting ni. Best! Seperti baru dibangunkan dari mimpi ngeri..cewahh.TQ Pr..GBU

Anonymous said...

power jugak dia punya halau. wow.

pastor saja ada power gitu ka?

Perisai dan Pedang said...

God bless you too...!

panda montel said...

Huuuu Pastor.. sa diberkati betul ni.. Tima kasi ahh.. saat saya lemah sa caroi ni blog pastor.. hehhe

Anonymous said...

Saya sangat diberkati dengan kesaksian ini.Kebetulan saya sendiri pernah mengalami hal yang sama tetapi mungkin penyakit yang dialami anak saya tidaklah terlalu tenat, hanyalah demam panas yang sukar reda.Masa itu, saya merasa seperti iblis sedang mempermain-mainkan saya dan anak saya. Hampir 2 minggu anak saya masih demam panas dan panadol langsung tidak berkesan.Namun saya tetap berdoa dan percaya Tuhan mendengarku.Satu saat saya semakin geram dan mengutuk iblis "hei iblis!aku x takut dengan engkau,mengapa kau suka sangat mempermainkan saya, kau tidak akan dapat apa-apa,saya benci engkau,saya benci iblis dan terkutuklah iblis yang cuba mengganggu anak saya dan keluarga saya,dalam nama Yesus saya tengking engkau pergi kerana Yesus lebih berkuasa dari apapun".Saya sedar saya mengucapkan itu dengan hati yang terlalu benci dengan iblis saat itu.Keesokan harinya,anak saya telah sembuh.Puji Yesus.

Anonymous said...

baca ni kesaksian kn bkin sy sendri sdar dr mimpi..puji Tuhan...sgt memberkati.

Anonymous said...

Puji Tuhan...baca ni kesaksian bkin sya tringat pengalaman sendri..ada satu masa dlm taun 2010.sy tiba2 sakit.badan lemas,trutama skali d waktu siang langsung mcm x tenaga mahu buat keja tp yg menghairan kn kalo waktu mlm seolah2 sy brtenaga dan x merasa lemas p doktor kna bgi ubat mcm2 pn sma juga.mkn mnum pn x brselera.asal mkn muntah.asal minum muntah.tdur pn x tentu mimpi yg bkn2 la.rasa takut d hati pn mkin menebal seolah2 ada suara2 yg mengancam sy smpi ada satu msa sy mcm mau bunuh diri sja.tp syukur sy msi ingat Tuhan.sy x putus2 berdoa mama sy pn mendoakn sy.byg kn la msa tu yg ada dlm fikiran sym membygkn sy terlantar x benywa sda.3 mggu selepas ada kekuatan dlm diri sy.sy ckp iblis jgn kau ingat kau bulih lwn kuasa Tuhan.kalau ko rasa diri kau bijak Tuhan lipat kali ganda lgi bijak.sy x akan mengalah krana kuasa Tuhan berserta sya.dlm nama Tuhan yesus sy usir kau iblis.bsok dia bru ringan sy rasa mcm bru sembuh dr demam.