Tuesday, March 31, 2009

Adakah DIA akan marah...?

Adakah keyakinan dan expressi iman kepercayaan kita akan ditentukan oleh segolongan politikus yang mementingkan diri sendiri?

Saya bercakap tentang larangan ke atas orang non-Muslim menggunakan tulisan dan sebutan "Allah". Atau adakah larangan itu hanya pada tulisan dan penerbitan dan bukan pada 'sebutan', atau kedua-duanya sekali? Yang penting ada larangan telah dikeluarkan. Larangan yang mendapat pelbagai reaksi bukan hanya di kalangan non-Muslim tetapi juga dari kalangan orang Muslim juga.

Saya tidak mahu hurai banyak la di sini. Saya tidak mau hurai dari segi sejarah dan teologi yang panjang lebar. Orang lain sudah buat itu. Kata orang,'I dont have to reinvent the wheel '.Saya hanya ingin bertanya "Adakah DIA (Allah), akan marah kalau orang-orang non-Muslim menyebut Nama itu?" Kalau DIA marah, apakah buktinya? Dalam kitab yang saya baca, yang saya percaya cerita-cerita dalam kitab saya ada juga dalam kitab Al-Quran, kalau DIA marah, akan berlaku pelbagai musibah ke atas manusia yang menyakiti hati-Nya. Tapi sejauh ini, sejak sebelum saya dilahirkan apakah musibah yang telah dijatuhkan ke atas kami yang telah dan sedang menggunakan sebutan "Allah" ini, jikalau memang salah kalau kami menggunakannya?

Tok Guru sendiri pernah berkata orang non-Muslim tidak salah kalau orang non-Muslim menggunakan istilah Allah. Jadi kenapa ada orang yang tahap perguruannya entah sampai di mana, yang mahu memandai-mandai melarang orang lain daripada menggunakannya?

Seperkara lagi, kalau dalam DIA (Allah), ada pengampunan dosa, bagaimanakah nanti orang berseru kepada Nama itu kalau orang non-Muslim dilarang daripada menggunakannya?

Kalian takut timbul kekeliruan? Masalah kekeliruan boleh diatasi dengan ajaran yang mantap. Jadi ajarlah belia dan beliawanis anda apa yang patut mereka faham dan amalkan.

Mengapa sibuk melarang orang berbuat benda yang baik? Bukankah menyebut Nama itu suatu amalan yang baik? Kalau ada orang yang menyebut Nama itu dengan sembarangan, DIA (Allah) tahulah bagaimana mengurus orang itu. Tapi setahu saya Allah itu kasih dan DIA paaaaaaaaaaaanjang sabar-Nya. Allah itu baik dan suka mengampuni sifat-Nya.

Mengapa sibuk melarang orang bebuat benda yang baik? Sepatutnya pihak penguatkuasa agama Islam dikerahkan untuk menutup semua tempat-tempat maksiat yang ada di sana-sini di seluruh negara..Mengerahkan tenaga kerja yang ada dalam membenteras pengedaran video-video lucah sebagai contoh... Siapa tahu pihak masjid dan gereja dapat bekerjasama dalam membentuk masyarakat yang lebih harmonis? Soal iman dan keyakinan biarlah menjadi pilihan hati peribadi, sebab akhirnya Tuhan bukan melihat apa yang diluar sahaja, tetapi Tuhan melihat apa yang sebenarnya di dalam hati setiap insan...

Saya nak tanya sekali lagi: Adakah DIA (Allah) akan marah?

Perisai & Pedang: Senyum-senyum selalu ;-)

5 comments:

stella said...

klu panggilan ALLAH itu dpt membawa kpd keselamatn, sa akan berebut n berusaha mempertahanknnya, tp memandangkan hanya YESUS jalan keselamatn, kebenaran & hidup,so im not really care about it.maklum la drang da rasa semakin tergugat n takut dgn nama ALLAH dikuatiri bertujuan utk menginjil org 'bawang besar'.Tapi terang Tuhan akan menerangi dn dinyatakan walau sesukar mana pun.Nama Tuhan akan semakin dikenali walau di tempat yg sgt gelap halleluyah !!

Anonymous said...

Klu dgn nama ALLAH dpt membawa kpd penyelamatan, sa akan berebut utk mempertahankannya, ttpi memandangkan hanya YESUS JALAN, KEBENARAN, DAN HIDUP so im not really care about it. Maklum la drang semakin merasa tergugat krna dikuatiri dgn nama itu bertujuan utk menginjil org 'bawang besar'.Ttpi terang Tuhan akan terus bersinar dan dikenali walau sesukar & segelap mana pun, halleluyah!!

Anonymous said...

Marah atau tidak bukan urusan kita. Kita perlu mengurus diri sendiri dulu di hadapan Tuhan. Belum tentu individu yang membawa isu perkataan "Allah" itu dapat mengurus dirinya bila di hadapan Tuhan. Namun akibat dari perkara yang timbul itu, akan membawa banyak perkara yang baik maupun tidak baik, bagi muslim terlebih lagi bagi non-muslim. Nah! marah atau tidak itu semua Dia yang menentukan......peace!!!

Perisai dan Pedang said...

Tuhan tidak marah namanya diguna oleh non-Muslim. So kenapa mau buat larangan menggunakannya? Tenaga pengajar mereka tidak dapat hilangkan kekeliruan itukan?

mikestation said...

sya tak harap banyak sgt drpd agama yg keliru tu la... sedangkan umatnya boleh saling membunuh sebab lain ideologi, di kalangan sendiri pun keliru.

sya teringat si Daniel yang kena 'ban' daripada menyembah Tuhan.

Orang Islam UMNO sibuk tidak mahu org lain menyebut nama Allahnya. Orang Kristian sibuk pujuk orang menyebut nama Yesusnya.

itulah beza antara agama unggul dgn agama keliru.

pendapat sya saja.